Pages

Monday, May 26, 2014

Kesian -- Ostad Kazim terlepas jawatan Senator..

Ha ha ha.. niat Najib nak mertabatkan ulama-ulama dunia didalam umno tak kesampaian buat seorang ustaz selebriti terkenal..

Maka dapatlah kat ostad wakil dari umno Tumpat Kelantan.

Asyraf Wajdi, Dr Kui Hian angkat sumpah senator

26 Mei 2014

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang (tengah) mengucapkan tahniah kepada Anggota Dewan Negara yang baharu, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (kanan) pada majlis mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara di sini hari ini. - Foto Bernama
  • Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang (tengah) mengucapkan tahniah kepada Anggota Dewan Negara yang baharu, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (kanan) pada majlis mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara di sini hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Prof Dr Sim Kui Hian hari ini mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara.
    
Upacara angkat sumpah dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.
    
Asyraf Wajdi, 38, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, merupakan lulusan Ijazah Kedoktoran (Kewangan dan Perbankan Islam) Universiti Loughborough, United Kindom.
    
Selain bertindak sebagai penyelaras akademik di Institut Perbankan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 2006, Asyraf Wajdi juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah di Affin Islamic Bank hingga kini.
    
Ketika ditemui pemberita, anak kelahiran Kuala Lumpur itu berkata beliau akan memfokuskan isu berkaitan golongan muda dalam persidangan dewan.
   
"Apa sahaja isu yang menjadi tumpuan oleh golongan muda akan saya beri perhatian selain isu halal dan kewangan Islam," katanya.
    
Sementara itu Dr Kui Hian, 49, pula adalah Ahli Lembaga Pelawat Hospital Umum Sarawak dan pernah memegang beberapa jawatan dalam bidang kesihatan termasuk menjadi presiden Persatuan Jantung Kebangsaan pada 2008 dan pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (Sarawak) pada 2007.
    
Berkelulusan Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan MBBS daripada Universiti Monash, Australia, Dr Kui Hian berkata beliau akan turut memberi fokus kepada golongan muda terutama dari Sarawak.
    
Dalam pada itu Abu Zahar turut mengingatkan supaya kedua-dua mereka memberi fokus kepada budaya kerja cemerlang dan mentaliti kelas pertama.
    
Beliau turut berharap anggota Dewan Negara sebagai golongan profesional, dapat mengemukakan hujah tanpa rasa takut atau malu, dan komited demi kepentingan bangsa,agama dan negara. - Bernama

Apa pun kazim tak kisah kan,, selebriti dah pun sekarang ni,, kata dulu nak tak mau ceramah,,, alih-alih duk ada tersemboi lagi...



7 comments:

  1. apabila kazim berkata-kata.... wakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://scontent-a-kul.xx.fbcdn.net/hphotos-xfp1/t1.0-9/10277539_621890697879221_370303276349158111_n.jpg

      Delete
  2. Dengan Nama Allah SWT
    Kan elok lantik JURAGAN 69 dari Ustaz Mohd Kazim Elias untuk menjadi SENATOR. Bila PM Najib lantik JURAGAN69 jadi SENATOR barulah kena dan cukup koruom kebanganan bila berucap di Malaysia. Pendapat saya kenapa Ustaz Mohd Kazim Elias belum nak berhenti sepertimana beliau pernah berkata akan berhenti keluar di TV kerana beliau masih mencari dan akan terus mencari JODOH nya @ Tag line nya KALAU DA JODOH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...hj gunakan nama Allah utk mngutuk...hahaha...rasanya semakin dekat syaitan dan iblis di hati lu bhai..utk pngetahuan lu tiada sesiapa didlm umno yg kenal aku..dan aku bkn sesiapa didlm umno...simpati aku buat lu yg meletakkn nama Allah ttp tidak mnjaga pertuturan..tang mana silapnya tu..hj dh hj dah..mnkin ilmu lu melebihi uke kot...

      Delete
    2. Ustaz juragan bermunafik waraq.kih.kih.kih.kemon bhai....tak perlu berlakun ler.sembang kasi orang bimbang.

      Delete
  3. Buat apa nak kesian, sepatutnya bersyukur dapat menjauhkan UKE drp bersekongkol dgn parti yg boleh menyumbangkan dosa kpd UKE. Biarlah dia aman berceramah perkara yg diredhai Allah SWT, semoga dgn itu dia mendapat berkatNya.

    ReplyDelete
  4. Hampir2 dibaham serigala. Mungkin ciri2 jemaah masih wujud walaupun dah istihar keluar jemaah. (serigala tak suka serban).

    ReplyDelete