Pages

Friday, May 9, 2014

Menteri ayam rupanya yang terlibat dgn skandal bank rakyat.

Dasar manusia melayu tak sedar diri,, tak cukup dengan kebodohan dan bangang bertingkat-tingkat, rupa-rupanya ada pula perangai salah guna kuasa yang tak sepatutnya dimaafkan lagi..


 1865 6 1 1902

Hassan Malek pecat Sabaruddin Chik?

 | May 9, 2014
Menteri Perdaganan Dalam Negeri Hassan Malek didakwa telah memecat Pengerusi Bank Rakyat kerana enggan memberi pinjaman tanpa faedah kepada Deepak Jaikishen.




datuk hassan malekPETALING JAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek  (gambar) dikatakan memecat Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik kerana enggan meluluskan pinjaman RM40 juta tanpa faedah selama 30 tahun kepada ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.
Menurut Setiausaha Kerja Barisan Nasional Parlimen Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju menyambung perkhidmatan Sabaruddin di Bank Rakyat, tetapi Hassan telah mengingkari keputusan Perdana Menteri.
“Semangat saya hilang sejak diberitahu oleh seorang kawan saya yang kerja di Bank Rakyat mengenai seorang peminjam yang mengaku ada hubungan rapat dengan Najib dan isterinya,  diluluskan pinjaman berjumlah hampir RM 40 juta selama 30 tahun tanpa faedah,” kata beliau dalam posting Facebooknya.
Katanya, beliau konsisten bahawa setiap penyalahgunaaan kuasa harus dilawan dan ditentang.
“Tak kira dia dari Umno atau tidak,” tegasnya.
Deepak dikatakan adalah  kawan rapat Rosmah Mansor dan Hassan didakwa telah mengarahkan Bank Rakyat untuk meluluskan permohonan Deepak, tetapi semua ahli lembaga pengarah bank tersebut enggan berbuat demikian.
“Saya berharap mesyuarat kabinet dapat bincangkan kisah Deepak yang telah mendapat ehsan menteri yang menjaga Bank Rakyat hutang pinjamannya RM40juta dibayar tanpa faedah selama 30 tahun,” katanya lagi.
Zaharin yang juga bekas calon ahli majlis tertinggi Umno bertanya masihkah ada hubungan yang akrab antara Najib dan Rosmah dengan lelaki penjual karpet.. setelah dimalukan dengan beberapa tohmahan dan memberi maklumat palsu kepada parti pembangkang?
Sehubungan dengan itu beliau meminta menteri yang ada sekarang jangan sombong dan angkuh.
“Belajar dari pengalaman Sabaruddin yang pernah jadi Setiausaha Agung Umno dan menteri yang dilantik jadi Pengerusi Bank Rakyat. Khabarnya Perdana Menteri pun sudah setuju disambung sepenggal lagi, bagaimana pun, itu kuasa menteri yang jaga bank itu, jika dia tak mahu sambung Perdana Menteri tak boleh berbuat apa-apa, tetapi tindakan itu sama saperti melawan arahan Perdana Menteri.
Pada masa yang sama, Zaharin rasa sudah tiba masanya Najib memikirkan individu yang dilantik menjadi Lembaga Pengarah termasuk Pengerusi, di agensi dan syarikat kerajaan seorang yang berpengalaman dan profesional.
“Lantik seorang satu sahajalah. Jangan jadi macam Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di Permodalan Nasional Berhad (PNB), semua anak syarikat PNB  beliau jadi Pengerusi.. pendapatan dan elaun semua syarikat dia ambil,” dakwanya.
Katanya lagi, yang lucunya semua kereta untuk Pengerusi anak-anak syarikat PNB pun dia guna.
“Macam mana agaknya dia pakai kereta sampai banyak itu dan elaun ratus ribu sebulan itu. Dia makan emas ker? “ soalnya.


Apakah Najib nak biar menteri sekoq ni.... tanpa apa-apa sebarang tindakan..

6 comments:

  1. The section, "They Forgot the Whole Grains," explains the research regarding
    whole grains and the effect of whole grains on reducing heart disease risk, "Folks who have diets containing daily whole grains have 26% less heart disease, 36% fewer strokes, and a 43% lower cancer rate. The number 47 represents that age of Jonas’ mother when the brand was created. I enjoy finding solutions to problems and have many more ideas to come.

    Here is my blog :: advanced test-o-boost
    side effects

    ReplyDelete
  2. baguslah.pinjaman tanpa faedah ni blh diperluaskn pd peminjam3 lain.mintak mentri ayam ni luluskn...

    ReplyDelete
  3. NOK NOK
    Allooo..Pojie, lo taknak citer ke pasal Party Sebantal ngn Lo tu???? Pemilihan huru hara..kahkahkah...bersih bebenor la tu yer..ahakss...pastu Presiden ngn Punahsihat chow entah kemana....last2 UMNO gak yg salah...kuikukkui....

    ReplyDelete
  4. Kerana baki ptptn rm100 anak saya x tahu & tidak di beritahu adanya baki maka dia dikenakan interest sampai rm1k++.

    Aduyai senang2 40juta tanpa interest?

    ReplyDelete
  5. Hadi Awang Kafir Harbi..

    Hadi Awang Kata Orang Kafir.. Hadi Awang sebenar2nyer KAFIR LAKNATULLAH.

    Ya Allah Matilah Hadi Awang Dengan Di Panah Petir kerana Hadi Awang Kafirkan orang Islam Lain, Umat Muhammad.

    ReplyDelete
  6. RM 40M tanpa faedah... utk 30 tahun... inilah antara sebab pinjaman berskala kecil dikenakan faedah sehingga 6% setahun... jika RM40M dikenakan faedah 1% setahun... berapakah keuntungan...

    kita buat pengiraan fixed 1% X 30 =30%

    30% X 40,000,000.00 = RM 12,000,000... banyak tu, macam2 boleh buat...
    tak perlu nak potong subsidi untuk rakyat...

    ReplyDelete