Pages

Monday, June 2, 2014

PRK Teluk Intan - Siapa yang jadi Balaci Umno ? Jakim atau Kementerian Kesihatan?.

Aku rasa inilah permainan politik umno yang paling kotor.. Umno sanggup melakukan apa sahaja melalui agensi kerajaan demi untuk kemenangan calon tajaannya dengan menggunakan jenama BABI.


PRK Teluk Intan pada mulanya semasa kempen, calon DAP telah mendapat liputan ramai, namun bila isu agama didendangkan oleh umno, maka keluarlah satu poster ini, aku sendiri pun teruja dgn poster ni..


Panas beb,,, entak kut mana, di zaman era dunia siber terbuka musuh yang bertempur masing-masing mencari kesalahan sesama sendiri.... maka inilah akibatnya....


1 drp 5 perkara tentang calon DAP, suka coklat Cadbury...

maka tak semena-mena dalam kesibukan berkempen, maka keluarlah 2 jenis cokelat cadbury ada DNA babi... tak pasti siapa punya statemen, kementerian Kesihatan punya keputusan,, Jakim tukang pelaksanaan,, maka hebohlah, keluarlah muka-muka melayu pencacai atas nama NGO islam,, menunjukkan kebodohan mereka hingga nak samak darah yang ada dalam badan serta mahu menyaman sykt cadbury..

Alih-alih hari ini....

Cadbury: Jakim sahkan bebas DNA babi


BANGI - [DIKEMASINI] Dua produk Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi disahkan bebas daripada unsur haram itu berdasarkan analisis yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kedua-dua sampel produk coklat dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam diambil dari kilang pengeluar produk tersebut di Shah Alam.

"Bukan hanya dua sampel dihantar untuk dianalisa Jabatan Kimia tapi 11 sampel. Keputusan analisa keluar pagi tadi.

"Keputusan analisis makmal terhadap Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok 200813 M01H12 dan 200813 M01H12, DNA babi tidak dikesan.

"Bagi Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok 221013 N01RI1, DNA babi tidak dikesan," katanya dalam sidang media tergempar, sebentar tadi.

Menurutnya, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk syarikat Cadbury.

"Bagaimanapun, memandangkan perkara ini melibatkan tanggungjawab dan integriti syarikat, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula merangkumi bahan mentah aliran pemprosesan, penyimpanan, peralatan dan lain-lain bagi memastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

"Laporan pemeriksaan menyeluruh tersebut akan dibentangkan semula dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum Sijil Pengesahan Halal Malaysia dua produk tersebut dikembalikan," katanya.

Jamil Khir menegaskan, kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pihak dalam soal halal haram di negara ini.

"Kerajaan tidak melindung mana-mana pihak sebab bukan ringan nak tanggung soal halal haram ini.

"Kita akan panggil semua pihak untuk menyelaraskan semua perkara. Saya nak tegaskan, hanya Jakim yang boleh mengumumkan tentang halal bukan pihak lain," katanya.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan penemuan DNA babi dalam produk makanan Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no 200813M01H I2) yang bertarikh luput 13 November 2014 dan Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Alahai Jakim,,, terpaksa buat kerja-kerja haram dengan menggunakan binatang yang haram,, semuanya haram.. jangan-jangan dapat duit gaji bulan ni pun duit haram..






9 comments:

  1. mungkin UMno adalah balaci kpd babi.. babi mendatangkn keuntungan kpd pndapatan kerajaan.. malah babi x dikecualikn drpd GST.. cukai babi memang mahal.. samalah juga dngan produk berkaitan babi.. mula2 haram.. kemudian harus.. last skali halal sbb darurat ikut fatwa muzakarah.. apa nk jadi la..
    https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/t1.0-9/q71/s720x720/10418320_650162838401501_7489547689895689188_n.jpg
    https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/t1.0-9/q71/s720x720/10407025_669680073127012_265358234516955775_n.jpg

    ReplyDelete
  2. berita baik untuk semua rakyat Malaysia..
    https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/t31.0-8/q71/s720x720/10348815_602763286503063_7496879699635213477_o.jpg

    ReplyDelete
  3. Jakim. Jangan Anda Keliru Iman Mereka

    ReplyDelete
  4. JAKIM ada DNA UMNO

    ReplyDelete
  5. Aku rasa la kan..perkara macam ni elok kita tanya ustaz jurangan69..hahaha

    ReplyDelete
  6. Terima kasih MM. Hang antara faktor kemenangan BN di Teluk Intan. Orang benci kat hang, sokong BN.
    Terima kasih yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, setuju. Apa yg MM buat ni semua trick lama, dah basi dah.

      Delete
  7. siapa pemilik makmal yang digunakan oleh JAKIM untuk menguji coklat cadbury?

    ReplyDelete
  8. salah sorang ahli kimia' ros cincin

    ReplyDelete