Pages

Wednesday, June 18, 2014

Terkini - Seorang menteri umno dah mula risau kecut perut....

Parti Cina MCA rakan umno dah mula nak kan jawatan dalam kabinet,,, sebelum ini tak mau malu-malu kucing... kemudian seorang lagi ahli Parlimen Teluk Intan yang juga Presiden Parti Gerakan pun dijanjikan menteri kabinet...

Maka..

Menteri umno era zaman Pak Lah, kemudian dilantik semula oleh Najib sambung tugas menteri , hari ini dah mula risau.... terpaksalah merapu merepek...dan terpaksalah membodek..



KUALA LUMPUR – [VIDEO] Tindakan MCA menarik diri dan kemudiannya mahu kembali dalam kabinet disifatkan sebagai membebankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, bebanan itu ditambah lagi dengan permintaan terbaru MCA Terengganu yang mahukan jawatan Kabinet lebih banyak untuk parti itu.

“Apa yang berlaku sekarang ini ialah kerana MCA sendiri yang menarik diri daripada menyertai kabinet. Apabila sekarang ini, mereka mahukan tempat itu kembali, ia dilihat membebankan dari segi siapa pula yang mahu dikosongkan ataupun apakah kita memerlukan satu jumlah Kabinet yang terlalu besar kerana ada desakan-desakan untuk mempunyai bilangan lebih ini.

“Saya rasa dalam konteks ini, menarik diri telah membebankan perdana menteri, sekarang nak jumlah yang banyak, sekali lagi membebankan PM. Jadi, akhirnya kita kena bersedia menerima kebijaksanaan yang akan diputuskan perdana menteri,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Hari ini, Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw berharap lebih dua pemimpin MCA akan dilantik sebagai menteri dalam barisan Kabinet baharu kelak.
Menurutnya, pelantikan seorang atau dua orang pemimpin masih tidak mampu memenuhi keperluan masyarakat Cina di negara ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, tiada kuota ditetapkan untuk mana-man kaum untuk jawatan Kabinet ekoran ia ditentukan berdasarkan kepada pencapaian.

“...menentukan kedudukan tidak berdasarkan kuota. Ia berdasarkan kepada kebolehan atau kemampuan. Kita kena serah kepada kebijaksanaan beliau untuk menilai siapa yang menunjukkan kemampuan terbaik terutama sekali dalam kita melangkah ke pilihan raya umum akan datang.

“Sebenarnya tidak ada apa yang disebutkan sebagai kuota Melayu, Cina dan sebagainya. Ia lebih berdasarkan kepada konvensyen bahawa dalam negara kita ini pelantikan anggota Kabinet itu berasaskan kepada permuafakatan yang datang dari konsensus. Mereka itu datang mewakili pelbagai pihak, kaum, negeri, latar belakang dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kasim menegaskan setiap menteri yang dilantik berkhidmat untuk semua rakyat tanpa mengira kaum mahupun negeri .

“Kita pilih menteri bukan nak ikut kaum. Menteri untuk semua. Macam saya, ada orang Cina ada orang India, orang Siam.

“Jadi, Shahidan untuk semua. Najib untuk semua. Siapa-siapa jadi menteri kerana kaum ini tak boleh. Mesti untuk semua,” katanya.


Ha ha ha,, sama-sama kita tunggu siapa yang akan kena...siapa yang akan pencen..., 

5 comments:

  1. Salam tuan.. Ini url baru Bloglist Malaysia. Minta tolong update ke bloglist tuan..
    http://bloglist-malaysia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Bijaksana ke Panda Malaysia tuuuu.. Sepanyol pon tersingkir awal diramalkan juara..

    ReplyDelete
  3. UMNO adalah parti yang wujud kerana kebodohan Melayu..andai Melayu cerdik UMNO dah jadi bangkai....kesinambungan UMNO adalah atas kekurangan akal orang Melayu....

    ReplyDelete
  4. Nampak mcm keluar buih.

    ReplyDelete
  5. Buang saja Ahmad Sabree ni sbb dia tu bukan layak jadi menteri sbb masa berhujah dg DSAI, jelas sangat akal keldainya.

    ReplyDelete