Pages

Friday, July 4, 2014

Buat semua pembaca - cerita malam tadi sebelum solat Isya!

Alhamdulillah, hari ini dah enam hari kita berpuasa, rasanya masa begitu pantas berlalu... 


Malam tadi sebelum nak solat isya, jurucakap surau (tak pasti setiausaha/pengerusi) mengambil peluang nak sampaikan maklumat kepada jemaah surau, maklumat pertama mengenai pertukara imam solat tarawaih, itu perkara biasa, kemudian beliau juga memaklumkan bayaran zakat fitrah dah boleh mula bayar malam keesokan, apabila amil yang dilantik dapat resit dari pejabat agama.

Nilai harga beras buat zakat fitrah di negeri rakyat perak pada tahun ini iala RM7.00... yang aku rasa terkejut juga la sikit, bila jurucakap tu umum, kalau ada sesiapa yang berada wang berlebihan dan nak buat wakat kepada Majlis Agama islam Perak boleh juga dilakukan melalui amil....

Tudia,,, semakin terserlah,, aku masih ingat waktu aku kecik-kecik dulu, di penghujung tahun  6puluhan, tradisi membayar firah lain dari sekarang, kerana arwah bapa aku salah seorang yang menerima fitrah,, disediakan beras dengan sukatan 1 gantang banghad, kemudian datanglan pembayar fitrah,, mereka pun mengakad,, Pak Lang, nak beli beras segantang,, dihulornya duit,, tak ingat berapa banyak, kemudia beras dan duit bertukar tangan,, dari sini bermulalah bayar fitrahnya, satu demi satu,,, 

Itu cerita zaman dulu, anak-anak muda sekarang memang tak tahu, apa yang aku nak cerita,,  bukan kerana tradisi beli beras kemudian huloq tarik, huloq tari dah tak ada lagi, tetapi nampak tak, sikit demi sedikit, hak kebebeasan kita nak beramal sudah ditarik oleh pihak berkuasa,,, 

Semua amalan yang beroleh sedikit keuntungan pada pihak kedua yang ada nilai diatas dunia akan diambil alih oleh pihak berkuasa dengan atas nama agama... 

Mula-mula zakat fitrah, kini nak berwakaf pun mereka juga nak,,, malah ada pula menteri berbangsa melayu, berketurunan elit, keluar arahan kalau ada pihak yang bersedekah kepada peminta sedekah akan didakwa,, ni apa cerita ni semua...

Cukuplah... bagaimana biro kerasi nak dapat sumbangan dari Majlis agama/baitulmal... memang memeritkan... kenapa bila nak kutip zakat, sang amil sanggup usung meja lipat dan kerusi bawa duduk merata tempat, malah ada ditepi long busuk pun sanggup,, sebabnya nak kutip duit,,,

kenapa tak sanggup turun padang cari fakir miskin buat siasatan betul atau tidak dan kemudiannya beri bantuan...tak perlulah fakir miskin terhegeh-terhegeh naik teksi datang ke pejabat baitulmai minta bantuan,, bila dah datang tersalah isi borang reject kena isi lain,, kekadang boss tak ada nak sain borang,, kena tunggu, kalau tak ada 2-3 hari kena datang lain,, kenapa begitu susah sangat, bab nak duit bila pembayar zakat datang, boss tak ada boleh pula terima..?..

Penutupnya sempena dengan dibulan yang penuh barakah, hari pula hari ini jumaat, aku dengan menyusun sepuloh jari mohon pada pembaca, kalau hangpa rasa ada rezeki berlebihan, bantulah sama ke atas pembinaan Komplek Taalim,, (lihat Banner Diatas), Sedekah amal jariah hangpa dah tentu tak dipersia-siakan, semuanya untuk ke jalan Allah, untuk pengetahuan bangunan sekolah, rumah penyelia asrama (warden) dah pun siap, cuma ada beberapa facilities lain yang terbengkalai dan memerlukan bantuan dari orang ramai..





18 comments:

  1. amil2 sanggup ungsung meja lipat n duduk tepi longkang kutip zakat fitrah sebab mereka dapat komisen pd setiap kutipan.. amil kan sebahagian daripada asnaf yg berhak dapat zakat.. tu kira komisen lah

    ReplyDelete
  2. hang x puas hati.. ape ni. mai la datang baitulmal manjung jumpa en azwari. atau en hafizi- pegawai baitulamal manjung. jumpa terang2 mengadu masalah korang. anak nak masuk universiti. nak minta bantuan. jumpa puan habibi. masalah fakir miskin. sampan, bot. jumpa puan zuraida. kalau x puas hati, jumpa depan2. no telefon maip manjung: 05-6886957. cakap pakai fakta. jangan suka menfitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa yang melalut.. ada ke aku tulis baitulamal manjung, aku tulis cerita diatas apa yang aku baca dan berlaku dalam Malaysia... kenapa ya.. ada rasa pedas juga ...

      Delete
    2. Adoiii .... hang nih. Atas tu citer lain, jangan la melalut.

      Delete
  3. manjung mari. kalau hang rajin nak buat amal. datang pejabat maip ambil beras fidyah. cakap kat en hafiz. nak ambil beras fidyah untuk orang susah. kalau hang nak ambil selori. dia bagi. tak tipu sebab aku dah mintak banyak kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biaq betoi hang nie.begitu mudah dibagi selori beras.lain mcm punya promote nie.setahu aku duit zakat/fitrah nie nak sampai kepada yg hak punya ler susah.alih alih hang minta selori mudah plak dapat.ish,pelik nie.ikut suka hang la.ada aper aper kut.

      Delete
    2. itu masalahnya.. patutnya pihak baitulmal yang buat inisiatif cari org2 susah ni.. bukan guna org tengah utk pass pada org susah.. lebih teruk lg takde org yang nak sampaikan bantuan pada yang susah ni.. tak payah la sembang baitulmal boleh bagi selori.. nak tunggu org susah dtg mintak kat baitulmal pon dah cukup menyusahkan org yg susah tu.. akai tadak!

      Delete
  4. Semasa bujang dulu aku rasa duit fitrah yang aku hulukan kepada kakak yang dukung anak kecil
    diseberang jalan masjid kuantan adalah zakat yang benar2 sampai kepada yang HAK!

    ReplyDelete
  5. Susah nak caya pusat zakat skrg ni. Kutip juta2. Ntah mende dia buat dgn duit tu. Piiirah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong anda...kalau x takkan masih ada yang miskin.

      Delete
  6. Aku tak pecaya langsung dgn pusat zakat. Duit zakat beli hotel... Beli kedai.. apa jadah? Sampai dtg ke opis suruh potong gaji utk zakat. Pastu duit zakat dpt berapa sen je ke asnaf. Org pusat zakat swndiri yg story. Kpd yg tak tahu... Zakat pendapatan takde dalam mazhab syafie.

    ReplyDelete
  7. Kita bersedekah kerana Allah. Tidak usahlah pilih-pilih. Sedekahlah kepada sesiapa saja.

    ReplyDelete
  8. Xsampai tu satu hal.. Boleh geng mesyuarat katvhotel lima bintang... Pakai duit kerajaan ke pakai duit zakat ... Heran aku geng jabatan agama ni...

    ReplyDelete
  9. This received some improvements with the
    arrival of i - OS 7, but it wasn't enough to convince users.
    Such apps not only keep aware of the activities of the church but also help you to
    participate in time there. Users can choose any elements; the app will show
    different objects made from that element.

    Look into my site - 8 geeky handmade iphone cases (www.eshoha.com)

    ReplyDelete
  10. Manjong mari atau setan dah mari? udah2 la tabur fitnah.

    ReplyDelete
  11. Cakap biarlah dengan ilmu, main hentam cakap je tak ke semena2 udah fitnah orang. Jgn jadi bodoh sombong. Buat malu kat org ja. Jgn cepat melatah, pegi ja mana2 pusat zakat tanya sendiri depan2 kemana dan apa yg dah dibuat dgn duit tu. Tak perlu malatah kat sini. Barulah org yg menggunakan akal namanya. Silap sebar, dosa fitnah yg dpt.

    ReplyDelete
  12. aku pelikla semakin ramai org bayar zakat kat baitulmal sedangkan org miskin sentiasa ada malahan x berkurang pun..kalau org x percaya kat baitulmal kenapa pertambahan pembayar sentiasa meningkat saban tahun?..adakah umat Islam di malaysia semakin malas nak agih zakat sendiri kepada yang HAK!..terutamanya kepada saudara mara terdekat...tapi aku tgk baitulmal ni ok je, sedara aku kena sakit buah pinggang baitulmal ipoh tanggung RM3000 sebulan, yang bagus tu ada, tapi kadang2 saja kita x nampak..harap admin blog ni bagi info biar seimbang, jangan hanya nampak tahi cicak di atas selembar kain putih, yang putih buat x nampak...kalau x ali anggap artikel ko ni lebih pada pitnah je di bulan remdan.

    ReplyDelete
  13. mmg btl....patutnya korg gi cari org susah..bkn depa yg kna cari hang utk minta

    ReplyDelete