Pages

Sunday, July 27, 2014

Dato Seri Anwar Ibrahim - Jom kita beraya esok!!!.

Tinggal beberapa jam sahaja lagi Ramadhan AlMubarak akan meninggalkan kita ....
Bila berlakunya PRK secara suka-suka iaitu di Kajang, aku dari awai lagi dah setuju,,, hangpa boleh pi semak balik entry-entry aku waktu tersebut....


Aku dah malas nak korek balik asal usul bagaimana manusia bernama Anwar ni bermain politik,, menggunakan platform Pas, kemudian melompat masuk ke kancah tong taik umno...

Dia memang manusia hebat...kerana kehebatannya negeri Perak yang sebelum ini diperintah PR dapat dirampas oleh umno,,, pada tahun 2009, yang jadi mangsa DS Nizar  sehingga kena sembah derhaka..boleh juga KLIK sini.

Malas aku nak masuk campor hal ehwal krisis negeri Selangor, namun bila duk selidik balik sebelum ni, rasanya macam banyak yang tak kena... 

Lihat sendiri fakta-fakta... 








Malah orang yang bakal dilantik pun sebelum ini ?..... 

Rupa-rupanya ada cerita lain kut....


Dan baca pulak apa pandangan blogger otai Mat Samankati mengenai TSKI... 


Namun, alhamdulillah.... cadangan mereka tidak mendapat persetujuan Pas...

Keseluruhan dari krisis ni, pimpinan Pas dah mula kalut.... Timbalan Presiden keluar kenyataan lain, Presiden pula macam lain,, 
Kemudian turut diikuti oleh pimpinan Pas yang lain... 



Anwar punya kepentingan peribadi,, yang kononya atas nama nak ke Putrajaya,,, pimpinan Pas habis celaru...

Cukup-cukuplah macai PKR yang kalut.... 



Jangan nanti semua pengundi menganggap PKR .... 




Kesian,,, apa pun jom kita beraya dulu.... 


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...








20 comments:

  1. tahniah kerana entri kali ini lain drp yg lain! teruskan menulis artikel spt ini! biar PR pecah dan jatuh! terima kasih kerana kini bersama kami menentang PR! semoga kerajaan baru akan memerintah selangor selepas raya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah kerana post MM kali memang padat, mantap & menyentap lagi tersentap..! mungkin natijah lpas keluar dari madrasah Ramadhon ni.. apa pn sblum ni aku dh banyak komen komen pasal menyokong isu mengekalkan serta mmpertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim ni.. akhirnya 2 org pemimpin besar Pas kita sependapat dngan pendirian aku ni.. Alhamdulillah.. MM lepas ni sekali lagi akan dituduh taik UMno, agen Umno & sebagainya.. sekian... Salam Eidulfitri buat penyokong DSAI semua.. i love uuuu..

      Delete
  2. Apa-apa pun Anuar telah mengubah landscape politik negara. Buat umno tak diam duduk. Kita dah tengok persembahan Pas sebelum kehadiran Anuar. Kena kelentong dek umno sokmo. Umno pun tak takut langsung pada Pas. Boleh kelentong je. Pemimpin pas bangga kununnya ulamak hebat. Mereka cerita tentang ulamal2 besar spt Hassan Al-Banna, Syed Kutub dll. Realitinya ulamak tersebut bukan saja kaya ilmu pengetaunan dunia akhirat tapi juga pejuang yang keluar masuk penjara dan akhirnya dibunuh syahid. Ulamak Pas ada ke. Bagi saya lebih ulamak Mat Sabu drpd lain-lain pemimpin Pas. Anuar lebih dekat dengan ciri2 ulamak2 besar tersebut. Kaya ilmu pengetahuan dunia, ada pengetahuan ttg Islam, keluar masuk penjara, kena belasah separuh mati di fitnah dll. Kalau Pas nk berdayasaing perlu golongan Pas profesional yg tadbir Pas. Umno tentunya akan ketar lutut sbb susah nak kelentong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong, pemimpin pas tak sedar diri. Siapakah yang menangkan mereka di selangot? Nak harap org melayu dah lama pas terrtiarap,dah menang pi hina pulak bangsa yang memberi mereka kemenangan itu. Inikah ajaran islam?

      Delete
    2. inikah ajaran Islam..? Tan Sri Khalid disokong oleh parti Pas tetapi cuba dicantas oleh parti sendiri tanpa alasan yg jelas & konkrit.. org ameno hatta org DAP pn naik heran wei...

      Delete
  3. syabas manjung kerana akhirnya bersama kita....semoga kita berjaya memerintah selangor semula selepas pru 14 nanti..hidup umno..dulu kini dan selamanya...

    ReplyDelete
  4. MB bole diganti tetapi bukan spesis anwar...

    ReplyDelete
  5. Bro MM, Hadi maksum tu bila nak bentangkan post-mortem kedah dan terengganu kalah masa pru? Lama dah aku dok tunggu ni. Agak2 kau, gaji din ayam dalam Perangsang tu brp puluh ribu sebulan? Lepas terengganu dan kedah, hadi maksum pedajal selangor pulak. Terbaik laa hadi maksum ni. Dia mmg nelayan yg berjaya.

    ReplyDelete
  6. Dlm politik org mahukan pribadi yg jelas halatujunya.kalo nak jd pm or bercita2 mesti jelaskan dan bawa gayakerja ke arah itu.biar org nampak cara kita bekerja serta bukti.bkn jenis malu2 tikus tp dlm hati mengelegak teringin tp penakut.leader bkn jenis suruh org wat itu ini.leader adalah tujukkan bagaimana sesuatu kerja itu telah dijalankan or lakukan utk diikuti.dlm hal ni aku setuju dgn anon 11:07 walau aku bkn penyokong tegar mana2 parti.tp hati lebih condong kpd PAS dan x miss pangkahnya.cuma aku agak pelik tuan dato sri presiden boley wat keputusan dlm keadaan kurang sehat krn baru kuar spital.hanya mendgr pandangan tnpa mencari selidik ke hulu hilir bertanya sendiri.asas suda ada pd kenyataan selepas meeting 8 ogos.tp ni awal2 lg dh pancung.becelaru anak2 ayam kat bwh neh.aku tgok PAS ni suka berkasta2 dlm kepimpinan.ada high lower class.profesional n ulamak.ahli kuli batak yg hanya sanggup lakukan apa shj asal perjuangan mendaulatkan agama tercapai.

    ReplyDelete
  7. Manjungmari,

    Aku memang suka dengan artikel yang kau cipta mengenai Anwar Ibrahim dan partinya PKR. Walaupun begitu aku tetap hormat Anwar Ibrahim kerana sehingga saat ini tiada satu makhlok yang berani memberi bukti sahih bahawa beliau pernah terlibat dengan rasuah. Dalam parti PAS, jika disiasat secara adil dan telus sudah pasti ada yang sangkut dengan kes rasuah.

    Biarpun Anwar Ibrahim dilihat cakap tak serupa bikin aku tetap menghormati dia kerana dia mampu menyatukan antara PAS dengan DAP duduk dalam satu kandang yang sebelum ini Hadi memandang pemimpin DAP sebagai kapir harbi.

    Untuk menghina kita boleh tuju pada seseorang saja tapi kau pun sendiri tahu bahawa semua pemimpin parti politik cakap tak serupa bikin. Lihat saja Hadi selaku presiden PAS buat tuduhan melulu tentang pil kuda, parti komunis tanpa memberi apa-apa fakta dan bukti.

    Dinegeri Kedah, dia gagal menyelesaikan kemelut dalam kerajaan negeri yang dipimpin oleh DS Azizan tapi dia tetap berlagak seperti wakil tuhan. Bila kerajaan negeri berpindah tangan, dia buat muka selamba seperti tunggul kayu reput.

    Bila ada isu berbangkit mengenai menteri besar Selangor dia tunjuk lagak seolah-olah pandai dalam segala hal.... dengan mengatakan Abdul Khalid mesti kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

    Seolah-olah dia tidak terlibat dan tidak gagal dalam menyelesaikan krisis kerajaan negeri Kedah. Tidakkah itu juga dikatakan cakap tak serupa bikin ?

    Kalau nak cerita pasal gila kuasa.... Bukan saja Anwar Ibrahim, aku juga malah semua orang yang tahu berpoitik akan berusaha mendapat kan kuasa untuk menyamun ekonomi. Cuma cara menyamun itu dilihat haram atau tidak.Tanya pada Mat Saman Kati yang dianggap mahir berpolitik.... dia aktif dalam politik untuk jadi barua atau jadi penyamun ?

    Pada peringkat awal memang nampak alim seperti Khalid Ibrahim, tapi bila duit sudah ada didalam tangan.... sama seperti Tun Mahathir kata.. kita mesti kaya kan diri sendiri, anak dan isteri dulu sebelum nak kayakan orang lain.

    Dalam hal ini aku percaya cuma Nik Aziz saja yang tidak bertindak bergitu, tapi cuba lihat orang yang berada dikeliling ketika dia berkhidmat sebagai menteri besar kelantan dulu... kroni siapa yang rembat hasil hutan balak di Kelantan ?

    Aku berharap Khalid Ibrahim akan membubarkan DUN. Disamping itu PKR dan DAP mesti letakkan calon mereka dimana saja ada calon PAS dan BN bertanding. dalam pilihanraya yang ke 14 bagi membuktikan bahawa PAS dan BN adalah parti yang disukai oleh rakyat 1 Malaysia.

    Jika PAS dan BN menang, boleh wujudkan kerajaan perpaduang....

    Namun Selangor dipenuhi dengan orang berfahaman sekular..... dalam hati mereka kata " pergi mampus dengan hukum hudud PAS yang penuhi dengan temberang, bodoh tidak boleh diajar, pandai tidak boleh diikut......"

    Walau apa pun pandangan aku, namun aku ucapkan selamat hari raya pada manjungmari, kalau ada salah silap aku mohon maaf zahir dan batin....he..he..he..



    ReplyDelete
  8. Suruh laa sapa2 bawak usul PAS keluar PR. Kita tengok laa sapa yg kena. Kalau rasa PAS kuat sangat sokongan dari rakyat, duduk laa sendiri2. Baru 2-3 penggal ni ja org dok undi PAS, tu pun sebab PR lawan BN. Suruh laa hadi bawak PAS keluar PR, dok kacau daun ja buat apa? Hang ingat kami selama ni undi pas sebab hadi ka? Kami undi sebab nak lawan BN laa. Jangan bodo sombong sangat.

    ReplyDelete
  9. Hang pandai no bila perak jatuh tuduh anwar.awat tak rampas balik pilihan raya lepas klu kuat sangat.pas ni nasib baik ada TG nik aziz ja klu harap haji hadi abis melingkup..

    ReplyDelete
  10. Manjong mari ni dsh ckp besar nmpk, kalau tak kerana dsai pas merempat. Aku skeluarga pun tak akan sokong pas kalau tidalk kerana dsai. Aku ada 7 undi yang setia utk pas tapi tidsk utk pru 14 nnt..haji hadi tak layak memimpin pas sbb suka ckp bohong, tetapi aku amat menghormati dan sayang tg nik aziz.majong mari,din ayam nasarudin dan haji hadi adalah perosak parti islam semalaysia.

    ReplyDelete
  11. Cuba tanya kenapa Hadi menyokong Khalid?
    Cuba tanya Iskandar kenapa sokong Khalid?
    Cuba tanya Hadi berapa Gaji menantunya dibayar oleh anak syarikat kerajaan negeri dan apa fungsinya?
    Cuba tanya berapa bajet Iskandar terima untuk PAS Selangor dari Khalid dan wangnya dari mana?
    Ini semua kait mengait dengan kepentingan diri. Seorang Presiden parti Islam yang menkhainati rakyat atas kepentingan peribadi telah mengkhianati rakyat dan BERLAKU PECAH AMANAH.
    Sebelum buat tuduhan melulu keatas Anwar, ingat lah kalau bukan kerana Anwar takdak siapa kenal PAS dan PAS akan kekal parti kampung. Adalah 3 atau 4 kerusi Parlimen. Usah mimpi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri.
    Ingat Presiden PAS yang kehilangan Kerajaannya di Trengganu. Presiden PAS bersekongkol dengan Azizan hingga hilang Kedah kepada BN. KELANGTAN AKAN HILANG DAN BALIK KEPANGKUAN BN PADA PRU 14. Insyallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju bhai...sbb tu kerusi pkr paling bnyk di selangor jika dibndingkn dgn pas kan...hahaha itu pun klu pkr + dap...

      Delete
    2. berapa banyak kerusi dun PKR di Kelantan ye..?? 3 Parlimen PKR di Kelantan lingkup masa PRU 14 baru2 ni.. jangan marah,.. nanti kena beli.. sapa yg beli..? UMno/B end yg beli.. ha ha ha...

      Delete
  12. Bro, byk soalan2 tu. Jawab laa. Raya lagi ka?

    ReplyDelete
  13. MM..
    nuar memang bnyk tipu-muslihat PERANG/politik, ttpi utk jahannamkan umno-SETAN yg dikenal
    Manakala hadi buat muslihat/AUTA utk bagi sikutty dan umno-setan yg dikenali NAFAS utk hidup lg

    MM..
    TV3 bagi ruang kpd hadi n ug utk kucar kacir lemahkan pr dan memusuhi/mragui nuar
    TV3 jugalah tempat sgl tipu lucah liwat fitnah sengaja direka diwar2kan utk bunuh karier nuar

    MM..
    kita sama2 tuggu apa akan jd dgn naseb nuar dan hadi
    kini nuar dah pon keluar dari tong TAIK umno yg berselupat dgn TAIK fitnah liwat & lucah

    sebaliknya hadi dan lobai2 ug pulak dah SYOK brmain AUTA khianat n fitnah dgn masuk kdlm tong TAIK umno n ingin berkuasa brsama umno,,elok sesangatlah tu klu nik aziz pon jd sekepala sekaki dgn hadi, umno-setan dikenali tentu gembira menyambutnya dgn hamparan 'hudud' tong TAIK mrk

    Musuh pas pis pus kini bukanlah lg sikutty umno-setan dikenali sbaliknya adalah nuar yg pernah diliwat dilanyak difitnah hampir mati oleh BAPAK perompak setan2 yg dikenali dinegara ini!

    MM..apb kamu & nik aziz pon dah sekepala dgn hadi,,maka LENGKAPlah kegumbiraan umno-setan dikenali yg kini sehat SEGAR utk brnafas kembali utk terus mnipu MEROMPAK dgn semahu2nya!!

    Syabas umno, syabas tok2 lobai guru..syabas MM..alhamdulillah dah jls, thank you Allah
    smoga kamu semua berjaya biar pon naseb RAKYAT derita...& biar kan rakyat marhain MAMPOS!!

    ReplyDelete
  14. Apa punya majal pun tak tau la ko mm.ada ke amik contoh zaid ibrahim ko kan tau zaid ibrahim ni masuk parti sebab nak jawatan je.ko tengok la parti yg dia masuk skrang ni apa jawatan dia .terus layu parti tu..rupanya pikiran ko pun tak kemana..kah kah kah

    ReplyDelete
  15. An outstanding share! I've just forwarded this onto a colleague who
    has been doing a little homework on this. And he actually bought me lunch simply because I found it for him...
    lol. So allow me to reword this.... Thank YOU for the meal!!
    But yeah, thanks for spending time to discuss this subject here on your website.



    Review my weblog :: alta white price

    ReplyDelete