Pages

Friday, August 22, 2014

Catatan sebelum Magrib - Bertafakur dan Kuliah Magrib Perdana...

Bila aku tak update blog bermacam komen yang aku dapat bersangkutan dengan krisis MB Selangor,,, aku terpaksa tangguh seketika, kerana ada isu yang lebih penting...


Tengahari tadi waktu khutbah jumaat, aku duk tunggu juga kut-kut tuk khatib nak menyuarakan isu panas bab bergabung dan bertafakur 1Malaysia... 
Tuk khatib asyik duk sebut bab beriman, tak beriman jika tak berani menyuara pandangan pada pemerintah,,, sedap lah tu, tapi ia duk memusing bab iman sahaj kemudian sedikit isu Gaza Palestine,,, sampai khutbah kedua pun bab bertafakur tak ada di sebut,,,
Sedangkan tuk khatib ni kira ok juga sebelum ni, sensitive pada isu semasa,,, tu yang aku rasa hairan dan pelik.. entahlah... mungkin nak tunggu majlis fatwa agaknya... 

Sedangkan 2 orang mufti tak bersetuju manaka seorang mufti lagi macam takut-takut sikit... tak berani kata tak boleh atau boleh... ha ha ha,, macam ni punya mufti pun ada...

Oleh kerana aku bukan seorang Ustaz,, kang ada pula ostad cap ayam kat manjung ni,,, bertazkirah lagi duk sebut aku... jadi aku syorkan hangpa dengar apa kata dari ustaz ni,, walaupun ustaz ni bukan mufti, tapi hujahnya aku bersetuju 100%..


Tapi sedih,,, pemimpin Pas pun sama-sama ikut bergabung,, 




Dan lagi sedih,, berserban dan pakai hitam, harap-harap mereka ni tak berniat untuk sama-sama bergabung....


Bukan ustaz dalam video tu orang saja yang keluar hujah bergabung... 

 Ulama muda umno pun tak setuju juga...



Tapi nak buat macam mana,, arahan menteri ni punya angkara..


 Ok tutup kisah berkabung,, ini ada lagi satu kisah bakal berlaku besok malam di Manjung.. Dua hari lepas aku terpandang banner ni,,, 


Untuk pengetahuan ko orang ustaz ni sama spesis dengan 100% Zamihan Al Gari, Abu Syafiq dan Kazim Roti Jala cicah Kari... manakala pengikut dimanjung,, ada 5-6 orang ostad- ostad cap ayam.. Mula aku malas juga nak ambik pot,, tetapi tgh hari tadi aku jumpa satu artikel mengenai ustaz ni... 

Jadi aku copy paste balik... 


MENJAWAB FITNAH NURUDDIN AL-BANJARI

Seorang agamawan dari Indonesia baru-baru ini, Nuruddin Al-Banjari dengan rakus dan tanpa rasa takutnya kepada Allah melontarkan fitnah secara terbuka ke atas salah seorang tokoh Islam yang jelas berjuang di atas tauhid dan sunnah serta menyeru umat manusia meninggalkan segala macam bid'ah dan kesyirikan, Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahhab (tokoh yang digelar sebagai Wahhabi) sebagai penumpah darah umat Islam.

Lihat sedutan video yang memaparkan fitnah dahsyatnya kepada Syaikh Muhammad bin 'Abdul Wahab ini: http://www.youtube.com/watch?v=y4bTv9reD5g.

Tahukah anda, sebenarnya fitnah beliau ini tidak lebih sekadar sebuah lagu klasik lama yang cuba didendangkannya semula untuk menipu orang ramai, sekaligus mengajak orang ramai untuk meninggalkan dakwah tauhid yang diperjuangan oleh Syeikh Muhammad dan beralih kepada pelbagai aneka bid'ah yang sedang dipertahankannya.

Nah, inilah jawapan ilmiah daripada Dr. Ustaz Firanda Andirja, pendakwah Sunnah yang tekun menjawab pelbagai kedustaan penentang dakwah Sunnah Nabi di Indonesia:



Ya Allah sekiranya tidak benar fitnah 'agamawan' tersebut, panjangkanlah umurnya dan timpakanlah ke atasnya fitnah agar umat Islam dapat membezakan mana yang haq dan mana yang batil!

NURUDIN AL-BANJARI & AHBASH (TOKOH KHAWARIJ SEMASA)

Ramai umat Islam tidak tahu bahawa Nuruddin al-Banjari sangat menyanjungi seorang ulamak khawarij, Ahbash yang telah mengkafirkan sebahagian besar para ulamak Islam. Antara ulamak besar yang telah dihukum kafir oleh tokoh Khawarij pujaan Nuruddin Al-Banjari ini ialah:

1- Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyah
2- Syaikh Muhammad Ibn Al-Wahhab
3- Ibn Al-Qayyaim Al-Jauziyah
4- Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani
5- Syaikh Ibn Bazz (mantan Mufti Arab Saudi)
6- Syaikh Muhammad Shalih Al-'Uthaimin

Tidak ketinggalan menerima hukuman yang sama sebagai kafir oleh tokoh besar Khawarij ini ialah Prof. Dr Yusof Al-Qorodhawi, Sayid Sabiq, Mutawwali Sya’rawi dan ramai lagi.


Untuk mengenali siapakah itu Ahbash dan ajarannya, lihat pautan berikut:



Jika Nuruddin Al-Banjari dan tokoh pujaannya Ahbash ini memiliki lidah yang ringan dalam melontarkan fitnah ke atas para ulamak besar Islam, maka usah dihairankan jika mereka ini melahirkan ramai murid-murid yang juga gemar kepada amalan memfitnah, mengkafir dan memaki hamun umat Islam yang tidak searah dengan mereka.

Allahul musta'an.

Link : Klik Sini...

Jadi terpulanglah kepada ko orang Manjung yang berminat dengan ceramah,, bagi aku tak payahlah,, ostad ni dah tak laku kat Indon mai cari makan kat Malaysia.... banyak lagi kisah nya bila ia bagi ceramah.... cukuplah.. aku sekadar menyampaikan,,, aku lebih rela mengaji dengan ustaz yang berani berkata benar dengan bersumberkan hadis dan Al-Quran, bukan dengan hujah Tok Guru saya kata.... he he..














9 comments:

  1. Hye asyik hentam ust ja pon..adakah ibnu qayyim sesat saudara..mengenai tentang berkabung nie byk pendapat tntg perbahasannya..ntahla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yer pun pro syeikh tok guru muhammad abdul wahab...xperlulah menyerang menuduh orang lain khawarij ....islam muncul dan subur di malaysia ni atas usaha tok guru pondok...malah tokohx2 pro TUAN GURU ABDUL WAHAB pun asas pengajianya lahir dari sekolah dan pondok yang ditubuhkan ulama pondok kitab kuning ...adakah kita mengatakan mereka banyak buat bidaah dan sesat????????????

      Delete
  2. kalau ko perasan ada sorang manusia je di jalan yg benar sekarang bro..dia ialah anwar ibrahim..sebab tu 17 haribulan hari tu pas sokong mereka bro hahaha...
    ko bikin lawak la bro...ko pun duduk dlm longkang tapi ko sebok tengok kekotoran org hahaha..ko masuk rajalawak la bro..apa la ko ni bro..

    ReplyDelete
  3. ManjungMari..
    Ostad2 apa pon yg lu bilang sbg cap ayam..khawarij..sesat..fitnah dsb nya, sume tu mndpt RESTU hatta mndpt FULUS drp suku sakat parti racist LIWAT-fitnah setan2 yg dah pon dikenali..

    DAN..
    Sama sebijik dgn lobai2 fakeh yg berUG sembunyi2..yg bersarban jaja pil kuda kat tv3..yg konon2 sokong Khalid Ibrahim takde bukti SPRM kata ada rasuah...ini pon jelas NAK jd sekutu sehati dgn geng2 ketuanan LIWAT-fitnah_LUCAH setan2 yg dikenali jugak,,puak2 nih mana ada dpt FULUS drpd setan2 dikenalikan??, cuma pakai Vellfire jer

    Klu Zamihan al-Ghari, Kazim dan Fathul Bari ddlm naungan puak2 setan2 yg dikenali.. manakala geng2 sarban lobai fakeh trmasuk Nik Aziz pon konon2 nak berHUDUD kdlm tong TAIK setan2 fitnah-LUCAH-wal-RASUAH tu..tak kan hang tak NAMPAK jelas lagi???

    Bg aku isu berkabung tu adalah isu picisan yg TAK jd kudis pon...berbanding isu FITNAH pil Cuddha yg terang2 KHIANAT yg brtopeng mcm nabi yg dipuja2 sbg fakeh dan lebih LAKNAT lg ia dibuat diTV3 yg sgt2 trkenal CELAKA dusta auta fitnahnya!?

    klu anwar tu pendusta dan pmbohong hatta dihumban kdlm neraka jahannam skalipon aku masih mnjd PEMERHATI utk melihat dia brusaha tumbangkan legasi sikutty setan yg dikenali..ttpi lobai2 fakeh terutama UG dan Hadi dgn AUTA-khianat diTV3 nak masuk kesyurga PALING tggi yg mana la agaknya??


    Nik Aziz dan dewan ulamaknya elok buat fatwa pasal underwear putih xxxl dan isu auta-KHIANAT pil kuda Hadi kat TV3 yg terang2 NYATA, drpd sebuk mncari dalil2 HUDUD dan nas isu berkabung yg takde pon paedahnya

    MM, lu pikir laa sendiri ostad2 lobai sarban jubah mana kah yg sesat dan yg manakah lebih gelap dan yg lebih pekat!?

    ReplyDelete
  4. Tolong betulkan saya jika tersilap.
    Berkabung dlm Islam hanya ada 2 keadaan situasinya.
    Pertama, bila berlakunya kematian ahli keluarga, kita 'dibenarkan ataupun diharuskan' untuk berkabung tidak lebih dari 3 hari.
    Manakala situasi kedua, hanya bagi isteri yg baru kematian suami 'diwajibkan' isteri itu shj berkabung selama 4 bulan 10 hari.
    Selain drp 2 situasi tersebut, tiada amalan berkabung dibenarkan. Minta pencerahan

    ReplyDelete
  5. Sudahlah manjung mari,kau takut nak hentam Pas yang patah balik menyokong PR.Apalah Pas ni takut nak bersedirian atau sekurang-kurangnya bergabung sementara dengan umno untuk rampas kuasa di Selangor.Manjung.Hentamlah Pas sikit biar peminpin sedar sikit.

    ReplyDelete
  6. penceramah tu seorang ustaz...dia ada hujjah...ustaz nasarudin juga ustaz...dia ada hujjah tersendiri,,,so bersangka baik la...berlapangdada...jgn taassub bodo...ko kena adil...islam tertegak atas hujjah.

    ReplyDelete
  7. Tue la asyik2 nk menghengtam org je...abis smua ustaz ko hentam...ko jerla mnjung mari ostaddddd yg terboekkkk...dh naik mnyampah lk aku baca blog ko yg asyik hentam ustaz...

    ReplyDelete
  8. Aku ni kira pemvaca setia jgak blog ni tapi sejak akhir2 ni nmpak pelik pemikiran tuan blog ni... hr tu hntam anwar mcm gila lagi. Hari hentam ustaz nuruddin pulak. Pelik.

    Kalau tak bersetuju dlm beberapa hal takkan ada lesen boleh fitnah dan hentam ustaz nuruddin sebegitu sekali malah menyamakan ustaz nuruddin mcm kazim dan fathul bari... oh silap besaq. Adakah taraf ilmu mereka sama? Adakah benar ustaz nuruddin dah tak laku di indenesia?

    Come on lah.. takkan prejudis sampai memfitnah? Berlaku adillah dlm menilai, kalau hanya anggapan yg belum tentu betul, x pyhlah tulis takut tanggung dosa fitnah pulak.

    ReplyDelete