Pages

Friday, August 1, 2014

Tahniah Dato' Seri Anwar Ibrahim! Anda berjaya !...

Jumaat pertama dalam bulan syawal, dah 5 hari kita beraya, sepatutnya kita berada dalam suasana harmoni beraya,,, tetapi apa yang berlaku sangat menghampakan sesama dalam jemaah Islam,, pada mulanya tak mau menulis dah isu lapok begini,, tetapi rasanya kalau dibiarkan boleh menjadi barah dalam parti,, musuh parti sentiasa ternganga menahan nafas menunggu peluang..

Akibat dari situasi tersebut timbul rasa tak puas hati dari kalangan akar umbi,,, kalau dulu keluhan akar umbi susah diketahu atau difahami,, tetapi sekarang zaman gadjet, cukup mudah,, masing-masing boleh luahkan perasaan mengikut citarasa tersendiri...










 Sebab atau punca utama .....




KENAPA ...WHY ?.. 
 Apakah ini sebabnya ?
 


Akibat dari keinginan yang tak boleh ditunggu sehingga ke PRU14 , maka inilah jadinya... 

 








Huruhara bakal pemimpin Pas..


seboleh-sebolehnya Anwar nak diperlakukan sebegini,,,

Dan bukan begini... hu hu hu..












akibatnya macam-macam tambahan perisa yang keluar... siapa empunya kerja..


Apakah mereka yang berada dalam bulatan seperti digambar atas..


.  




 Kenapa Anwar tak boleh minta pandangan buah fikiran daripada rakan-rakan yang lebih berusia daripadanya?..

 Sepertimana  Tan Sri Khalid ni....

Yang mendapat tempias sekarang secara percuma ialah Pas... 



Sehingga ada yang menyarankan pimpinan Pas kena Puasa Maryam pulak dah.... Klik Sini ...




 Kesimpulan dengan apa yang berlaku...

 rasa-rasanya boleh diguna pakai juga kut... walaupun ini idea macai BN....

Buat pimpinan Pas dan Pkr..... sejarah lama tak perlah berulang lagi... cukup hanya sekali.. 


Akibatnya Pas hilang kepercayaan waktu tu.... cukuplah...

Buat Saudara Anwar Ibrahim ingat balik apa yang anda warwarkan sebelum ini....




Kepada macai-macai Anwar yang mana tak puas hati dengan entry ni,, kalau hangpa nak komem apa pun silakan,, aku siar,,, selagi tak menyentuh peribadi seseorang,,, itu hak hangpa,,, hak aku aku tak puas hati ,, aku tulis.... 
Selamat berpuasa 6 hari di Bulan Syawal..
,

28 comments:

  1. MM dalam bab ni sila lah ikut arahan mustapa ali..........jangan mengeruh lagi keadaan. Jelas hang dah tewas selama ramadan apabila hang paparkan perkara di atas......cukuplah allah sebagai saksi, kita teruskan perjuangan kita.....

    ReplyDelete
  2. Kenapa baru nak persoalkan hal amanah orang yang membocorkan? Bagaimana pula akhlak diri orang yang membuat cadangan itu. Itu beramanah ke? Islam mengajar demikian ke? Adakah itu sifat manusia yang Allah nak jadikan sebagai Khalifah diatas muka bumi. Mana mungkin akan ada penghormatan dari bukan islam jika itu sifat atau akhlak yang dimiliki oleh orang yang dirinya dikatakan Muslim? Apa..Allah tu sekejap nampak..sekejap tak nampak apa kita buat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh tidak.. baru sekarang aku tahu apakah hikmahnya Pakatan Rakyat tewas & maseh x diizinkan Allah untuk memerintah negara... baru menang majoriti 2/3 di Selangor pemimpin Pakatan ramai jadik mcm sarkis.. nk tukar itu nk tukar ini sesuka hati je.. semoga Allah menunjukkan yg benar itu benar.. & yg munafik itu munafik...

      Delete
  3. Buangkan nila setitik jangan sampai rosak susu sebelanga...

    ReplyDelete
  4. lebey baik pekena roti jala kuah kari ostak kazim dulu !!! baeek punya!!!

    ReplyDelete
  5. lebey baik pekena roti jala kuah kari ostak kazim dulu... baeek punya !!!

    ReplyDelete
  6. Manjung Mari,

    Persoalan hari ini yang selalu bermain dalam otak ramai orang..... Kenapa Khalid perlu disingkirkan sedangkan selama ini beliau dilihat bekerja dengan baik sehingga mampu mengumpulkan dana untuk kerajaan negeri sehingga 3 billion ringgit.

    Bagi pandangan aku, Khalid Ibrahim berkelakuan baik sebelum adanya 3 billion ringgit dalam simpanan kerjaan negeri Selangor. Tapi setelah duit itu ada dihadapan mata nafsu Khalid sudah berubah laku kerana dalam hal peribadi Khalid Ibrahim mempunyai hutang saham bernilai lebih kepada RM80 juta ringgit yang perlu dibayar pada bank.

    Khalid Ibrahim yang diibaratkan sebagai berok petik buah kelapa yang sebelum ini memang taat pada tuannya, tidak garang pada orang yang memandangnya sebagai berok, aktif menggugurkan buah kelapa tua untuk diberikan pada yang berhak.

    Tapi tiba-tiba berok itu berubah kelaku tidak mahu mendengar arahan dari tuannya yang memengang tali cerut leher agar menurunkan kelapa tua untuk diagihkan pada penduduk kampong. Disuruh petik buah yang muda....tidak mahu, disuruh turun juga tidak mahu.

    Malah Khalid berok sudah berani merenung tuannya dengan menyeringaikan taring nya sebagai tanda biadap dan kurang ajar. Jelas sekali Khalid berok jenis tidak mengenang jasa tuannya yang telah memberi peluang memanjat pokok kelapa.

    Perubahan Khalid berok itu telah menimbulkan tanda tanya mengapa dia jadi begitu.... siapa yang telah bagi pil kuda kepada nya sehingga dia tidak lagi mengenal siapa tuannya. Keadaan menjadi bertambah pelik apabila Khalid berok lebih mesra pada orang yang berserban dan berjubah seolah-olah orang itu tuannya pula.

    Disebabkan Khalid berok tidak mahu mengikut arahan maka berfikirlah tuannya bersama ahli keluarga menyelidik secara terperinci setiap gerak kerja yang telah dia lakukan....akhirnya mereka faham mengapa Khalid berok jadi berok celaka.

    Rupanya ada kaitan MoU melangsaikan hutang peribadinya. Bagi memenuhi syarat MoU itu dia mesti jadi barua pada pemimpin UMNO Baru dan juga PAS.

    Untuk mengenal siapa dalang dibelakang Khalid berok, maka secara mengejut mereka cipta satu perangkap bernama ‘langkah kajang’ tanpa berunding dengan sekutu parti PAS. Slogan yang digunakan ialah langkah kajang lonjakan ke Putrajaya. Ini memberi maksud PKR, DAP dan PAS mesti bersatu dalam satu akujanji berpasukan sebelum melaksanakan cita-cita menawan Putrajaya.

    Dengan izin Allah agenda langkah kajang telah memberi petunjuk bahawa sebahagian pemimpin PAS adalah ahli UMNO Baru yang memengang kad ahli PAS berpura-pura memperjuangkan islam dan hudud. Itu sebabnya kita boleh lihat setiap rancangan Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Pakatan Rakyat ada saja segelintir pemimpin PAS bertindak menghalang rancangan tersebut dilaksanakan.

    Dalam keadaan terdesak itu, Hadi Awang tiada pilihan kecuali berkeras mempertahankan jawatan Khalid sebagai menteri besar Selangor. Dan ahli biasa back-up dari belakang.

    Bagi aku, kreditibiliti PAS sebagai parti islam sudah tidak terpakai dalam Pakatan Rakyat kerana parti itu jelas ada hubungkait dengan UMNO Baru dan menyokong Khalid menderhaka pada parti PKR. Jika aku tidak sokong tindakan PKR dan DAP menyingkirkan Khalid dari jawatan menteri besar ia bakal menyusahkan hidup aku sebagai rakyat Selangor dimasa akan datang.

    Orang yang kalut ketika ini bukan PKR atau DAP tapi mereka adalah wakil rakyat PAS dan para pencacai dari longkang upahan UMNO Baru. Rahsia pengkhianatan mereka terhadap Anwar Ibrahim dan rakyat Selangor sudah terbongkar.

    Nasi sudah jadi bubur lambok. Apa pun usaha yang dilakukan sekarang, pengundi Cina dan penganut agama krisitian Selangor tidak akan mempercayai lagi pada pemimpin PAS. Melayu sekular juga sedang memainkan peranan. Pemimpin PAS merancang.....Allah juga merancang..... Siapa yang kena ?

    Apa jua hujah yang cuba memper elokkan perangai PAS disamping menghina Anwar Ibrahim dan Wan Azizah tidak akan menggugat perasaan rakyat Selangor malah jika berlaku pembubaran DUN pun tidak akan menakutkan rakyat Selangor kerana dalam fikiran mereka sudah ada parti yang bakal mereka pilih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. woi.. MoU punya pasal mau tukar MB sesuka hati kau ingat PKR parti tunggal mmerintah Selangor..?? mana bukti itu Khalid terlibat dlm hal tu semua..? projek DSAI banyak yg trbengkalai woi.. projek 16 September... projek krisis Perak@adun PKR lompat parti pun disalahkan Pas jugak.. PKR suci x brsalah.. DSAI meme hebat.. semua bersalah trmasuk berok2 di atas pokok & di hutan kecuali DSAI. FULL STOP..!

      Delete
    2. Ko ni dari planet mana huh?

      Delete
    3. Kerusi PKR menang pun sikit dari PAS. Dpt ihsan jawatan MB pon dari PAS sbb kebolehan TS Khalid. Kalau ikut demokrasi, pas yg layak kerusi MB selangor.

      Buat pemilihan pimpinan pkr dah 3 bulan tak selesai jugak. Kat india sana yg rakyat 900 juta pon 2 minggu selesai. Ketumnya lidah bercabang, parti anak beranak, pengikut pulak bercakap macam mabok ketum. Parti serpihan umno ni tak sedar diri lagi.

      Delete
  7. Anwar ibrahim kemaruk kuasa..

    ReplyDelete
  8. MM kau pun terikut2 buat ulasan yg kau sendiri kabur. Berentilah tunjuk pendpt berserabut kau tu.

    ReplyDelete
  9. Mm dah gila esem, segala kebusukan isi perutnya sudah mula di keluarkannya mmg ustaz kazim terbaek kerana. Sudah mengenalinya dari awal. Dedahkan lah lagi keburukan org neraka sedang
    menanti anda wahai MM

    ReplyDelete
  10. PAS akan selalu huru hara selama kumpulan El Haraki tidak dikuburkan. Geng ini adalah geng ulama muda dalam PAS yang merasakan hanya golongan nya saja yang layak memim;pin PAS. Golongan yang bukan aliran agama atau pandai berbahasa arab hanyalah dianggap sebagai alat. Kalau tak percaya kau orang catitlah tarikh aku tulis ni. selagi golongan ini aktif, aku amat yakin dalam tempuh 3 kali muktamar lagi atau bila TGHH mengundur diri dari jawatan Presiden, perang besar akan meletus. Harus dingat peranan hassan ali dan Nasaruddin md isa masih berjalan. Group nasaruddrin tantawi, din ayam, nik abduh, nik zawawi, khairuddin attakiri dan ramai lagi akan melebelkan diri mereka sebagai ulama yang perlu berada ditampuk kuasa kepimpinan. Perlu diingat juga back up kepimpinan mereka yang masih dalam perkaderan amat ramai. Peringkat khalid samad, mat sabu, mahfuz, hussam, hatta ramli dan lain-lain sudah kekurangan kader kader nya, mungkin kerana golongan ini muda kurang berminat apabila muak dengan golongan El heraki ini. Benih ini subur bila dewan ulama berada dibelakangnya. kita tunggu dan lihat kalau sesuatu tidak dapat dilakukan oleh pemimpin yang paling Cool iaitu Ustaz Tuan Ibrahim.

    ReplyDelete
  11. Sebenarnya dlm situasi skrg bukan nk cari siapa yg betul dan siapa yg salah ..
    Utk TSKI, kalau benar perjuangan anda tiada berkepentingan peribadi, ikut shj keputusan mesyuarat ..
    Jadikan Syaidina Khalid ibni Walid sebagai contoh dan ikutan ..
    Takkan timbul masalah sebegini ..

    ReplyDelete
  12. aku ingatkan ustaz umno je kaki pening osetad hok ini pon pening gok..dup ker dhob

    ReplyDelete
  13. Masalah sebenar dari DSAI, kalau dia tak ada Malaysia akan aman dan dijauhi dari bala.

    ReplyDelete
  14. Nak tanya sikit? antara pemimpin Malaysia yang terkenal di dunia Arab dan Barat, siapa agaknya? adakah beliau ustaz atau Tuan Guru al taktahui? adalah beliau ulama tersohor dalam parti yang mendokong islam? adakah beliau bapak mertua kepada sesiapa ke?. Masalah Selangor adalah masalah dalaman. Dalam politik tak semua boleh diceritakan. Tan Sri Khalid Ibrahim ok, bukan orang pertikaikan beliau sebagai orang yang korup, salah guna kuasa, maman duit rakyat atau apa apa yang negatif. Masalahnya ialah masih ada ruang untuk memperbaiki kepimpinan dan tadbir urus di Selangor, dan ini memerlukan penyusunan semula mb, perlantikan mb baru perlu dlm memberi nafas segar dalam pentadbiran. Ini perlu dan harus dilakukan. Sebelum ini TSKI tak pernah dinilai sebagai mb, setelah menjadi mb beliau dipuji atas prestasi yang ditunjukkan, walaubagaimanapun masih ada ruang kosong/longgar yang boleh ditambah baik. Kepimpinan Parti Keadilan telah membuat keputusan untuk memberi ruang kepada Wan Azizah untuk menggantikan TSKI. Samada berjaya atau gagal, beliau harus memulakan dahulu sebagai mb. Dalam berdakwah kita tak boleh putus asa, begitu juga berdakwah melalui politik. Sifat pendakwah perlu sabar dan cekal, berpesan pesan dgn penuh kesabaran dan berpesan pesan dgn penuh kebenaran. Jangan dah menang 2-3 negeri, dakwah dah mula longgar, habis sepenggal rakyat dah mula muak, dan yg paling hairannya masih rasa gagah untuk campur tadbirnuruz negeri lain. Selain negeri Kelantan yang berjaya di tadbir oleh TGNA, tak nampak kejayaan lain untuk negeri negeri yg pernah dipimpin oleh ulamak tersohor parti islam (kalau ada mungkin saya tak perasan rasanya). Buat MM perjuangan masih jauh, dakwah harus berterusana. Masih ramai lagi orang buj!an islam yang perlu didakwahkan, diberi kefahaman islam. Mungkin kita tak berpeluang untuk berucap di forum forum antarabangsa bercakap mengenai islam dan peradabannya, menghadiri seminar dunia bercakap mengenai perbezaan agama, tetap kita masih boleh bercakap mengenai islam dengan kawan kawan yg bukan islam, di forum forum kedai kopi atau sewaktu mesyuarat tingkap. Wallahu A'lam

    ReplyDelete
  15. Letih bab MB Slngor ni. Tetiba pulak Najib dpat wajah baru samada datangnya dari kebosanan rakyat terhadap kerakusan DSAI atau simpati MH 17!!
    Hj Hadi sudah tak sesuai menjadi Presiden. Dah makin hari melalut. Sana sini rakyat berckp hal kepimpinan PAS yg tak senada. PkR makin kucar kacir. Memilih pemimpin berbulan2 tak selesai. Jika ini berlarutan, jgn mimpi nak menang PRU akn dtg...waimah kalau ada PRK pun, PR akan kalah

    ReplyDelete
  16. terbukti sudah bahawa memang benar MM asdalah penyebar fitnah dan Batu Api.Begini kah sikap penulis PAS.Malu aku jadi pengikut yang mampunya penulis sebegini.Sepatut dalam keadaan begini MM bolih menjadi penulis yang mendamaikan jiwa semua pemimpin dan pengikut PR.Tapi tidak.Bedrtaubatlah sebelum Allah meragut nyawa kamu

    ReplyDelete
    Replies
    1. MM sebenarnya berani mengkritik mana yg dirasakan x berapa betul.. tapi apabila si fanatik taksub kepada Anwar Ibrahim baca post dia... akan mula jadi hilang prtimbangan.. mcm la Anwar Ibrahim tu x pernah buat silap.. sepatutnya ada memang ada chech & balance... ada yg menegur bila silap.. bukan semua mengampu membabi buta.. menyokong x tentu pasal.. Anwar Ibrahim harus bertaubat.. he he he...

      Delete
  17. He elek anon 7:17.......ari tu kata DSAI spy amarika, pastu spy sulu dan sekarang pun dsai juga......pegi mampus lah ameno.

    ReplyDelete
  18. DSAI bukan spy amarika..tapi dia menipu satu dunia dengan projek 16 sept. dia...yg paling haru..dengan kuasa yg diberi pas dan dap, DIA yg lantik BINI dia sebagai pengganti DS Khalid...dah kurang lelaki ke kat selangor?..Rakyat bukan bodoh...mereka akan tanya kitab mana yg pas pakai bagi menyokong perlantikan wan azizah ni...ketara MM ni pejuang politik dengan umpan agama sebagai pancingan undinya

    ReplyDelete
  19. Thanks very nice blog!

    Also visit my homepage; acne treatment for oily skin

    ReplyDelete
  20. ni kes nak bercerai ke.? ke dah lama tak dapat nafkah..

    ReplyDelete
  21. Hi there friends, how is everything, and what you would like to say on the
    topic of this post, in my view its in fact awesome for me.


    Also visit my blog - domain

    ReplyDelete
  22. analisis dr zuhdi serope haramjadah nak salahkan pembocor maklumat...pengkhianat sebenor ade dlm PAS ..Din Ayam menantu TG Hadi dan koncu sebenor-benor hantu raya pakai sereban

    ReplyDelete
  23. Dah mual dah aku dengar/baca cerita Anwar/PKR/PAS/DAP/MB Selangor nih.... Anwar ni paham ke orang semua dah MUAL? nak jaga Selangor pun huruhara... cam mana nk dapat Malaysia?

    ReplyDelete