Pages

Saturday, September 6, 2014

Apa nak dikatakan lagi PAS dah termasuk dalam perangkap UMNO !

Aku rasa isu krisis politik Selangor dah nak sampai ke penghujungnya,,, tahniah buat umno,, anda semua memang hebat,, tanpa membuang setitis keringat, rancangan anda dah hampir nak berjaya...

Pada mulanya isu pembentangan RUU Hudud Kelantan di Parlimen digunakan oleh umno dan sekutunya dalam Pas,, namun tak berjaya,kecoh dan panas hanya seketika,, tujuannya nak kepada perpaduan kononnya,,, tapi mungkin kuasa Allah melebihi segalanya, rancangan mereka tak berjaya.. 

Umno masih tak berputus asa..menggunakan pula pakar-pakar mereka didalam parti PKR pula,,bermulalah Kajang Move, tak perlu aku hurai satu-satu persatu, maka sehinggalah kehari ini, maka inilah keputusannya..., 



Umno berjaya dalam package entah berapa banyak dalam satu....

Dari sini dah mula timbul cerita ni pula..




Sekarang dah timbul macam-macam cerita,,




Aku pun tak tau nak kata apa dah, apa pun secara peribadi aku sendiri setuju Pas menggunakan kebijaksanaan dan peluang yang ada didepan mata,, itu saja,,, TETAPI kalau berjaya wajib melaksanakan amanah Allah dengan sewajarnya, 
Contohilah negeri Kelantan yang dah pun melebihi 20 tahun dibawah Pas,, ambil dan lantiklah Dato Husam Musa Naib Presiden Pas sebagai penasihat kepada MB Selangor jika Pas berjaya....
Jika huruhara PKR dan DAP tak terima, dan berlaku PRN,, maka terimalah dengan redho dan seadanya,, kerana hangpa semua yang buat keputusannya... 
Apa pun umno dah berjaya memecah Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya,,, rakyat Malaysia bersiap sedialah menyambut kedatangan GST dan perbagai lagi masaalah yang mencekik rakyat,, apa nak diharap lagi kepada siapa,, ada pembangkang asyik nak berebut kuasa... 

aku rasa betullah dengan telahan ini...


Dengar dan layan apa kata TGHH





 

cuma macai-macainya sahaja yang tak tau cerita...




15 comments:

  1. hehehe jgn laa komplen bro. hang kena WALA' laa dgn Hadi. Kalau hang tak WALA', nanti dosa. terima laa dgn hati yg terbuka. Hang pun kena tanggung jugak sebab posting hang semenjak dua menjak ni pun ada menyumbang kepada perpecahan PR. Hang ikut emosi, tak membantu jernihkan keadaan. Tahniah bro. Tahniah. Semoga hang tidur nyenyak sebab hasrat dah tercapai.

    ReplyDelete
  2. Bhai mm...akhirnya lu juga takda beza dgn macai2 yg sedia ada dlm pkr serta pas...jln paling mudah utk menutup kelemahan dlm pakatan..mudah..umno salah..salah umno

    kemon bhai..tkkn lh lu juga snggup mngakui yg pemimpin pr yg ada samada pkr atau pas semuanya bangang belaka... hnya layak sbgi tukang karut dlm ceramah yg bermula dari hari ke2 selepas pru hngga hari terakhir sblm pru...

    senangnya mnjd pngikut dan perjuang parti...kelemahan dan kelebihan pemimpin ttp SALAH umno...ada 'pakar lah' ada tali barut lah..ada bla bla bla dan akhirnya SALAH umno...

    Knp skrg ni lu nk ckp pakar umno dlm pkr tu anwar..wan azizah..azmin..rafizi hahaha lu kelakar beb...yg cerdik dan ttp mulia pada blogger dan pentaksub pas maupun pkr tak lain tak bkn...DAP

    cukup2 lh DAP mnjd penonton kpd lawak satira politik melayu di bumi bertuah ini... umno berkuasa cina ttp kaya dan kaya... PR perintah pula cina bertmbh kaya dan lg kaya...melayu pr hnya gah dgn ceramah dan demo...

    panjang sikit lh bhai utk berfikir...mnkin lu tk menerima anwar sprti bnyk ahli pas yg lain..tidak semua menolak secara total siapa pak syeikh al juburi (smpi skrg mat syabu blm tarik tuduhan beliau di parlimen) bgitu juga dgn dap..wlupun lu lbh sngup memeluk kit siang dan guan eng dari mnhulur salam prsaudaraan kpd pemimpin umno..

    bhai lu yakin ke dgn Allah tidak mnkehendaki pnyatuan umat nya samada umno pas atau pkr..hahaha sapa yg mnjd perantara lu dan Allah..jgn mmbuat telahan yg jauh sngt bhai sbb kita cuma hambaNya...

    sblm ini aku cuma mmbaca entry lu tntng langkah kejang...malas nk komen sbb lu mnyatakn sesuatu yg mmng ada pada ahli pas tntng KETUM...ttp akhirnya lu juga mmbuktikn yg tahap pemikiran...alahai SALAH UMNO..UMNO SALAH..

    parti lu masih kukuh sbb suara ulamak masih ada...pngikut ulamak masih kuat.. klu lh mat syabu mnjd presiden dan dibantu oleh pemimpin setaraf mahfuz hmmm bertepuk dan bersoraklh DAP sbb ini akan mmbuktikn politik melayu tk lebih dari 'menang sorak..tanahair tergadai...'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini alasan paling mudah. Salahkan orang lain , walaupun tak ada kena mengena.
      kah kah kah.
      Macamlah orang lain semuanya bodoh.

      Delete
  3. Apala hang mengarut ni. ni bukan perangkap UMNO ni perangkap PKR

    ReplyDelete
  4. Sekarang... makan Umno, minum Umno, main Umno, kerja Umno, tidur Umno, mimpi Umno, bangun tidur Umno...

    Betul ke, salah ke TETAP Umno. Maka Umno memang untuk Malaysia !

    He..he..he... PAS Ulama nak join ok jer.. group yang lagi satu elok pegang jawatan despatch PKR / DAP. Nanti tiada lagi pulak budak suruhan.

    ReplyDelete
  5. Semua yang buat komen hanya cuba nak mengakkan benang basah masing-masing ,cuba kita balik kepangkal jalan dan bermuhasabah diri kita apakah kiat sudah hilang kewarasan berfikir, yang jadi masaalah sekarang ialah pencetus kemelut dan penyokong masing-masing tidak mahu duduk semeja untuk bersua muka bagi mencari kebenaran dan macai-macai yang tidak tahu hujung pangkal cuba menyalakan api dengan minyak yang tinggi bahang bakarannya dan pemimpin pun tidak memainkan peranan sebagai seorang yang memimpin maka kesempatan telah digunakan oleh musuh seoptimanya,oelh itu banyakaknkan beristifar untuk mendapatka keredhoaan dari yang Maha Esa. Amin!!!!!

    ReplyDelete
  6. Bro...lu jangan tiba-tiba sayang PAS. Posting lu kebelakangan ni pun banyak pecahkan orang. Lu tanggungla sendiri.

    ReplyDelete
  7. Hadi boleh berbeza pendapat dgn anwar dan lim kit siang, itu perkara biasa. Tapi jgn cakap belit belit dan keputusan berubah ubah. Lidah hadi bercabang, harini cakap lain, esok lain pulak. Majlis syura dah mcm tak berfungsi. Ini takdak kena mengena dgn pkr, dap atau umno, ini 100% salah hadi dan menantu. Sudah-sudah laa hadi, sejarah dah byk buktikan yg politik 'kipas istana' tak pernah menguntungkan PR.

    ReplyDelete
  8. LARANGAN BERBOHONG

    Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

    "Biasakan kamu berkata benar kerana kebenaran itu menuntun kepada kebaikan dan kebaikan itu menuntun ke syurga, dan seseorang itu selalu berkata benar sehingga dicatat disisi Allah s.w.t. sebagai sdiddiq dan awaslah kamu dari dusta kerana dusta itu menuntun kepada lacur (kejahatan) dan kejahatan itu menuntun kedalam neraka dan seseorang itu biasa berdusta sehingga dicatat disisi Allah s.w.t. sebagai pendusta."

    Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "kamu anggap orang itu munafiq dengan tiga tanda iaitu:

    ~Jika berkata ia berdusta
    ~Bila berjanji ia mungkiri
    ~Jika berjanji sumpah ia langgar

    Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Malik berkata: ketika Luqmanul-Hakim ditanya:

    "Apakah sebab sehingga kamu dapat mencapai kedudukanmu itu?" Jawab Luqman:

    "Dengan benar dalam berkata-kata dan menunaikan amanat dan meninggalkan apa yang bukan kepentinganku."

    Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shafwan bin Sulaim berkata Rasulullah s.a.w. ditanya:

    "Apakah orang mukmin yang dapat menjadi penakut?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ya."

    Ditanya pula: "Apakah mungkin seorang mukmin itu pendusta?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Tidak." Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ubadah bin Ashshamit r.a. berkata Rasulullah s.a.w. ditanya:

    "Jagalah enam macam untuk dirimu sendiri, saya dapat menjamin untukmu syurga. Enam perkara itu ialah:

    ~Benar-benarlah jika berkata-kata
    ~Tepatilah jika berjanji
    ~Tunaikan amanat
    ~Jagalah kemaluanmu
    ~Pejamkan matamu
    ~Jagalah tanganmu

    ReplyDelete
  9. Kalau anda tidak berupaya hendak menentangnya, adalah lebih baik anda masuk menyertainya..Mungkin dapat laba dan habuan.Itulah dunia hari ini, manusia dah terbalik bukan dunia dah terbalik.Kita berada dalam fasa dunia yang keempat, zaman kesombongan sebelum kedatangan Nabi Isa untuk kemenangan Islam sebelum berlakunya kiamat.Inilah zaman penuh pancaroba dan dugaan.Mawas diri supaya tidak terperangkap dengan mereka yang menyalahgunakan agama untuk mencapai cita cita mereka.

    ReplyDelete
  10. Apa yang berlaku antara PAS, PKR dan DAP adalah kerana ego pemimpin. Kenapa Langkah Kajang hanya diberi tahu pada DAP tapi tidak diberi tahu pada PAS ?

    Puncanya mudah saja..... untuk mengelak dari pengetahuan puak PAS-UG yang sentiasa mahu mengadu-domba suasana bertujuan bagi menggagalkan apa saja program persefahaman antara tiga parti itu. Mereka menyembunyikan dirinya dengan mengungkit puak Anwarinas sebagai puak yang mendatangkan masaalah dalam PAS.

    Langkah Kajang, tujuan utamanya adalah untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai ADUN Kajang untuk mengambil alih jawatan menteri besar Selangor dari Khalid Ibrahim.

    Siapa Khalid Ibrahim, apa kesalahan Khalid Ibrahim, kenapa Khalid Ibrahim mahu dipecat adalah urusan parti PKR kerana Khalid Ibrahim adalah ahli parti PKR kerana parti itu boleh mencalonkan maka parti itu juga boleh menidakkan pencalonan sesiapa saja dikalangan ahlinya tidak mengikut perintah.

    Persoalan nya, apa muslihat Hadi mendahului kuasa parti PAS mengeluarkan kenyataan yang dia beriya-iya mempertahankan Khalid atas alasan dia tidak bersalah. Kenapa Hadi menyibuk seperti tuan dalam urusan PKR sedangkan DAP bersetuju Khalid dipecat dari jawatan menteri besar ?

    Dari kenyataan yang dikeluarkan kita tahu Hadi amat marah pada Anwar yang mahu menggantikan Khalid kerana jika Anwar jadi menteri besar Selangor PAS-UG tidak boleh lagi bersandiwara bersama UMNO Baru dalam Selangor.

    Kini Wan Azizah telah memenuhi impian itu dan malah mendapat sokongan dari dua ADUN PAS membuatkan beliau mempunyai sokongan majoriti dalam perlantikan nya sebagai menteri besar Selangor. Perkembangan itu juga telah membuatkan Hadi menjadi bertambah marah.

    Bila perancangan demi perancangan nak berpelok dengan UMNO Baru gagal, membuatkan tipu muslihat dan hasad dengki yang terkumpul dalam dada Hadi terhadap PKR dan DAP tidak mampu disembunyikan. Ramai yang geleng kepala melihat ulamak PAS berpolitik. Pengundi akan berfikir banyak kali sebelum bagi undi pada calon PAS dalam pilihanraya.....

    Hanya ahli PAS yang wala' saja yang akan kekal mempercayai apa saja yang dikatakan oleh Hadi Awang khasnya Manjung mari....semuga jumpa jalan menuju ke syurga..............kah..kah..kah..

    ReplyDelete
  11. Tu sebab UMNO masih menang sbb melayu PAS dan PKR BANGANG BANGANG belaka...kalau semuanya UMNO hebat, apa guna ada parti melayu lain

    ReplyDelete
  12. Aku tak setuju UG tapi KN boleh. PENIN

    ReplyDelete
  13. dalam politik tiada sahabat dan musuh yang kekal

    ReplyDelete