Pages

Tuesday, September 2, 2014

Macai-macai ANWARIYUN DAKWA ABIM DITUBUHKAN OLEH ANWAR IBRAHIM...

Fakta sejarah yang masih baru masih segar dalam ingatan pun nak diselewengkan,, kenapa,, kerana sebelum ini ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) begitu sinonim dengan Anwar, kerana ada macai-macai yang terlalu taksub kepada Anwar...

Sungguh taksub betul hingga selewengkan fakta sejarah tanah air.

ABIM tidak wujud tiba-tiba begitu sahaja. Ada faktor yang mendorong ABIM ditubuhkan pada tahun 1971 dan didaftarkan sebagai NGO 1972. ABIM wujud semua parti politik beku selepas 13 Mei 1986 dan NGO adalah badan yang dibenarkan bergerak. ABIM mula subur ketika PAS berada dalam BN (1974-1978) ketika mana PAS adalah sebahagian daripada kerajaan BN. Sebelum PAS bersama dengan komponen parti Perikatan, PAS berperanan sebagai check-and-balance kepada kerajaan Perikatan.

Apabila UMNO kehilangan banyak kerusi ditangan DAP dan Gerakan dalam PRU 1969, UMNO-Perikatan gagal tubuh kerajaan, manakala PAS menang besar kerusi Melayu di Kelantan. UMNO bimbang kehilangan ketuanan Melayu lalu cetuskan rusuhan kaum 13 Mei termasuk membakar tayar buruk di Kelantan sebagai tanda kononnnya rusuhan berlaku di seluruh negara. Emergency Ordinance telah digunakan untuk tujuan darurat dan MAGERAN mengambil alih negara. Semua parti politik dibekukan. Tun Razak pujuk Datuk Asri bersama tubuhkan BN untuk memulihara ketuanan Melayu dan Islam. Di zaman itu, asobiyyah Melayu masih kuat dalam kalangan pimpinan dan ahli PAS. Lalu PAS bersama parti-parti dari Perikatan bersetuju menubuhkan BN pada tahun 1974. Ramai orang keliru dan kata PAS masuk UMNO, PAS bergabung dengan UMNO. Hakikatnya PAS bergabung dengan beberapa parti lain tubuhkan BN dan bukannya bergabung dengan UMNO sahaja. Ketika inilah berlakunya lompang atau VAKUUM untuk check-and-balance kerajaan BN.

Kebanyakan golongan muda berpendidikan agama yang balik dari Timur Tengah pada awal 70an bergerak dalam dalam PAS tetapi tidak dapat bersuara lantang dalam PAS kerana PAS berada dalam kerajaan BN.

Lalu mereka berpakat mewujudkan satu NGO yang dapat memainkan peranan menegur kerajaan BN disamping menyampaikan dakwah secara lebih terbuka. Maka lahirlah ABIM mengisi vakuum itu. Ramai anak muda dari PAS turut bersama dalam ABIM untuk menegakkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran. ABIM digerakkan oleh mereka dari latarbelakang agama. Anwar bukan dari latarbelakang agama. Ijazah BA beliau di UM bukan bidang agama tapi Sastera. Hanya kerana beliau petah berpidato dan popular ketika itu beliau mendapat tempat dalam ABIM 3 tahun selepas ABIM ditubuhkan.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hasil beberapa pertemuan generasi pengasas ketika itu. Pengerusi penaja rasmi ketika itu ialah Ustaz Abdul Wahab Zakaria dan Fauzi Abd. Rahman (sekarang Dato’) sebagai Setiausaha Agung. ABIM merupakan sebuah badan bukan kerajaan Islam yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 17 Ogos 1972 di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di mana Ustaz Razali Nawawi (sekarang Profesor Dr) telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang pertama, manakala Anwar Ibrahim (sekarang Dato’ Seri) dipilih sebagai Setiausaha Agung. Pada tahun 1974 Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua. Ustaz Fadzil Noor dilantik menjadi Presiden ABIM apabila Anwar Ibrahim ditahan ISA pada 1974 ekoran Demonstrasi Baling di Kuala Lumpur

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Penerangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978) dan Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976).

Apabila PAS ditendang keluar dari BN pada tahun 1977 dan PAS kehilangan Kelantan pada tahun 1978, PAS telah menyusun semula kepimpinan dengan memperkenalkan gagasan Kepimpinan Ulamak dalam PAS melalui cadangan Dewan Pemuda PAS Pusat. Usaha pertama gagasan ini ialah membersihkan fikrah asobiyyah Melayu dalam kalangan ahli PAS.

Apabila Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri 1981, beliau mencari watak dan ikon Islam yang boleh mengimbangi wajah Islam yang ada dalam PAS, maka Tun M memujuk Anwar masuk UMNO dengan pelbagai tawaran melalui Prof Ismail Faruqi. Anwar masuk UMNO pada tahun 1982 untuk membantu UMNO berhadapan dengan PAS. Selama 16 tahun Anwar dalam UMNO, kemudian ditendang keluar dari UMNO. Tahun 2014 ini genap 16 tahun Anwar berada di luar UMNO. Tapi Anwar dulu sebagai politikus dan Anwar sekarang sebagai politikus tidak ada bezanya. Tidak ada anjakan baru paradigma dalam politiknya kecuali memperjuangkan kepentingan survival politiknya melalui PKR dan PR.

Kesimpulan. Anwar bukan pelopor penubuhan ABIM. Anwar bukan dari latar belakang agama, maka tidak hairan dia boleh bersama Tun M dalam UMNO dan menentang perjuangan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh PAS. Apabila beliau ditendang keluar dari UMNO, PAS melalui Ustaz Fadzil mengajak PAS membela Anwar akibat kezaliman UMNO BN ke atas Anwar. Anwar dipapah semula sehingga PKN tertubuh, kini bernama PKR, boleh hidup sendiri tetapi masih membawa DNA UMNO (nepotisme, kronisme) dalam diri mereka yang belum terhapus lagi.



Sumber : Albangi Selangor

20 comments:

  1. Sejarah 13 may 1969 yang ditulis diatas tu banyak yang menyimpang... Assobiyyah pulak bukan sahaja pada bangsa... kalau sesama parti pun assobiyah jugak namanya... contohnya Mat Sabu ditangkap kerana bersalah berkhalwat, maka pemimpin pas berusaha dan berjuang membebaskan tanpa usul periksa, maka assobiyah lah namanya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sang Anonymous 11:42AM,
      Seandainya membela yg dituduh tanpa yg di tuduh di buktikan bersalah dan seandainya yg membela telah di perdaya bahwa yg di tuduh tidak bersalah walhal sebenarnya bersalah dan yang membela itu di gelar ASSOBIYAH..maka SAH lah Ke BAHALOL lan anda sebagai manusia yg berakal dan yg mukallaf yg FARDHU menuntut ilmu!

      Delete
    2. fahami istilah assobiyah dahulu sebelum beri komen...

      tiada penerangan istilah assobiyah yang lebih baik dari apa yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w...

      carilah supaya kita menimpakan musibah ke atas sesuatu puak/ kaum disebabkan kejahilan kita sendiri!

      Delete
    3. Hmm..so..wa yang menentang assobiyah ini secara keras di tuduh x faham makna assobiyah la? haaa..bahalol sungguh umnorians. Kalau dalam PAS pun ada juga yg berassobiyah..kerana umat manusia (especially melayu) suka "BERBANGGA dengan KETURUNAN..tetapi tidak MENJAGA KETURUNAN" ada paham?

      Delete
  2. Pagi-pagi lagi Manjung mari ni buat cerita tentang Anwar.Teruk sangat ke Anwar buat pada kamu ni Manjung?Aku rasa Anwar ni dah rogol bini kau atau mak kau kot.itu sebab kau geram sangat pada Anwar.betul ke

    ReplyDelete
  3. aku ingat sgt ketika anwar nak masuk amno, dia buat roadshow ke IPTA, masa tu aku di ITM shah alam telah p jugak dengar ceramahnya di dewan sri budiman, balik dr ceramah anwar, bertengkar dgn budak johor yg sokong sgt anwar masuk amno.

    term kami yg tak suka dgn perkembangan tu ialah 'masuk tong taik utk cuci tong taik' tapi ada jugak yg membangkang, sekarang selepas beberapa lama, terbukti anwar terpaksa keluar tong taik sbb bukan saja dia tak dpt bersihkan tong sebaliknya dia pun hampir bau taik mcm org lain dlm tong.

    tapi itu dulu, sekarang mungkin anwar dah belajar dr kesilapannya, amno tak boleh dibaiki lagi umpama buah yg dah reput dan semakin busuk. amat bodohlah org yg menyokong amno.

    tentang penubuhan pkr, org mcm aku memang mempersoal kenapa tak masuk saja pas kan lebih kuat berpadu tenaga dlm 1 parti, rupa2nya kecerdikan dan ilham almarhum ustaz fadhil noor sgt tinggi, beliau yg menyuruh anwar menubuhkan parti baru (yg aku dengar anwar memang nak masuk pas aja), dan dgn penubuhan PKR dan seterusnya barisan altenatif, pembangkang menjadi kuat dan akhirnya gelombang reformasi mengubah keadaan politik m'sia hingga - tak terbayang sebelum tu akan jadi mcm tu. Semua terjadi dgn kehendak Allah jua.

    mungkin fitnah dan penindasan kpd anwar adalah atas dosa beliau masuk amno, tapi penindasan/hinaan/fitnah ke atas anwar sgt besar - pada aku harap2 kita tidak terpalit sama dlm saham fitnah tersebut. dan perjuangan anwar dlm menumbangkan sebuah regim yg amat zalim juga merupakan perjuangan yg sgt tinggi, semua org harus turut sama bersatu kerana jika dibiarkan regim tersebut terus berkuasa, anak cucu kita akan rasa seksanya nnti. tengoklah sekarang dgn keruntuhan moral org malaysia, kos sara hidup yg sgt tinggi dan golongan elit yg terlampau mewah dan boros, jurang taraf kehidupan sgt berbeza. siapa yg bersengkongkol dgn regim zalim, maka dia termasuk dlm golongan org yg zalim jugak.

    ReplyDelete
  4. Ada Yong perduli siapa tubuhkan ABIM? atau JIM? atau ISMA, atau apa2 jer yang sejenama dengan demer.

    Tapi kalau demer buat kerja baik untuk Islam, Yong tetap akan sokong.

    Kalau dia dok jerit2 "Hidup Melayu" sedangkan tanah rijab Melayu habis digadai/jual oleh geng yang menjerit2 "Hidup melayu" Yong akan lawan.

    ReplyDelete
  5. It's actually a cool and helpful piece of information. I'm glad that you simply shared this helpful information with us.
    Please stay us up to date like this. Thanks for
    sharing.

    Take a look at my blog :: youtube video thumbnail generator

    ReplyDelete
  6. perkh kalau nak menipu pun pi masuk parti umno la manjung mari oii dlm umno ramai penipu keh keh keh.... memalukan islam je hang ni.....

    ReplyDelete
  7. Sejarah anda tentang penubuhan ABIM adalah salah sama sekali. Memang penajanya arwah Ustaz Zakaria dan Fauzi Abdul Rahman. Tetapi organisasi yang aktif sebelum ABIM adalah PKPIM. Ramai terlibat dalam penubuhan ABIM termasuklah Sanusi Joned dan Dato Kamaruddin yang terlebih dahulu masuk UMNO. Individu-individu yang terlibat menubuhkan ABIM masih hidup, pergilah tanya mereka seperti Prof Razali Nawawi sendiri. ABIM hampir sekali namanya APIM ikut ceritanya kerana ada yang mempersenda kemungkinan dipanggil APAM pula. Pening juga sikap MM ni. Apa sebab marah sangat kat Anwar.

    ReplyDelete
  8. Saya taklah sokong Ustaz Kazim.. tapi sejak 2 3 menjak ni saya sokong kata kata dia dlm video tu.. "B****nya ........." sakit hati sgt or dedam kesumat kat AI..

    ReplyDelete
  9. MM sila rujuk ABIM wilkipidia ada fakta sebenar. TK

    ReplyDelete
  10. manjung mari..
    bawa idea macai umngok nampak?
    sama laa tu...sebijik

    ReplyDelete
  11. hehehe MM ni blogger copy paste. dalam kepala dia ada banyak ruang kosong dan gelebung2 angin.

    ReplyDelete
  12. Tiada siapa yang perfect di dunia ini dan tiada siapa yang boleh lari dari buat kesilapan. Kenapa perlu ada orang buat salah, kita kutuk dia sedangkan kita tidak ada usaha untuk menilai diri kita. Lihatlah apa yang kita boleh buat untuk kebaikan kita dan sedarlah kita bukannya perfect.

    ReplyDelete
  13. Anwar pun tak kata dia tubuhkan Abim , cuma Abim amat popular dan segar ketika era kepimpinannya. Beliau bukanlah berpendidikan berlatar belakangkan agama Islam tetapi pengetahuannya dalam Islam tidak boleh diperkecilkan (mungkin tidaklah setinggi saudara Manjung Mari atau sehebat ahli agama geng-geng pak lebai kopiah longgaq dalam parti Pas). Suara, pandangan dan ucapannya masih ada nilai di persidangan yang membabitkan agama, terutama di forum antarabangsa. Sejauh mana kebencian atau remuk hati saudara Manjung Mar terhadap Anwar tak akan sesekali mengubah hakikat ini. Pembabitan beliau ke dalam politik telah mewarnai pentas politik negara. Penyertaan beliau ke dalam parti UMNO agak mengejutkan, tambahan pula kemasukannya diumum secara langsung oleh Tun Mahathir (Presiden Umno ketika itu), hinggakan pengkritik beliau memberi gelaran ABIM sebagai Anwar Bodoh Ikut Mahathir. Apapun kesannya memberi keuntungan buat parti pemerintah, kebangkitan islam di Timur Tengah yang dikhuatiri memberi kelebihan untuk Parti Islam Semalaysia yang lebih mirip Parti Melayu kedua berjaya diimbangi melalui imej islamik peragaan Anwar. BN khususnya Umno menang besar pada PRU ke-6, semakin kuat pasa PRU ke-7 dan bertambah gagah pada PRU ke-8.9 & 10 (tahun 90an ekonomi negara agak kukuh sehinggalah rantau Asia Tenggara mengalami zaman kemelesetan pada hujung 90an) Ketika mana Anwar dipecat atas alasan salah laku moral tercetuslah era reformasi. Rentetan peristiwa itu kegagahan BN semakin terhakis, sehingga majoriti 2/3 BN berjaya dinafikan (untuk semenanjung jumlah kerusi agak seimbang), Bukanlah tujuan untuk memuji memuja Anwar ke tahap dewata suci lagi maksum, apa yang pasti watak@diri Anwar wujud dalam peristiwa yang berlaku. Tahap ilmu dan iman bukan diukur dari jubah dan serban yang dipakai. Sebaliknya kata-kata dan
    tindak tanduk kita yang akan menjadi nilaian. PAS dulunya pernah menjadi parti 'belasahan' terutamanya di kawasan majoriti melayu dan penyokong tegar Umno, calonnya ramai yang hilang wang deposit. Itu adalah kisah duka ketika mana Umno dianggap amat perkasa untuk ditumbangkan. Sejarah tinggal sejarah. Walaubagaimanapun itu bukan lesen untuk bermegah apatah lagi mendabik dada. Perjuangan masih jauh, anak orang Umno merempit, anak orang Pas pun turut bersaing, anak orang Pas berdating, anak orang Umno pun ada yang berdating dengan anak orang Pas, orang Umno sembahyang berjemaah, orang Pas pun lebih ramai berjemaah. Tak banyak beza antara keduanya. Ringkas kata parti Pas lebih menonjol sebagai parti kaum melayu persaing kepada parti Umno berbandng imej agamanya. Sebab itu Pas masih lagi kalah dan terus kalah kepada Umno di kawasan besar majoritinya melayu terutamanya kawasan kampung. Mereka yakin Umno lebih terjamin daripada Pas. Senario semasa dengan gejala sosial serta ancaman terhadap akidah umat islam memerlukan Pas kekal dalam Pakatan Rakyat. Pas perlu kekal berdakwah (hakikatnya kerja dakwah adalah tanggung jawab setiap orang Islam) terutamanya berdakwah di dalam kerajaan dan untuk membentuk kerajaan Pas perlukan majoriti dewan rakyat dan hampir mustahil untuk memperolehinya andaikata Pas berjuang secara bersendirian. Dalam apa jua peperangan, selain doa strategi untuk menang amat penting.Biar pun musuh di pihak yang salah dan kita di pihak yang benar tetapi musuh menggunakan strategi untuk menang, Allah akan memenangkan musuh. Tak tahulah pula selama Ini Pas mempraktikkan strategi untuk menang ataupun memang merancang untuk kalah. Wallahu a'lam.... Untuk saudara Manjung Mari, kalau kita tak mampu untuk memuji seseorang, jangan kita mengejinya, andaikata kita tak mampu membantu seseorang jangan kita menyusahkannya, Kalau kita susah untuk berbakti, jangan kita memperlecehkan bakti orang.

    ReplyDelete
  14. Hwi,manjung biadap.Kau tak baca ke komen dari musuh-musuh kau ni.kebanyakan dari pakatan (PAS Dan PKR).Agaknya kau ni memang Umno cuma berselindung sebalik Pas.Separuh badan kau diatas macam Pas sebab pakai kopiah dan separuh bawah badan kau Umno sebab buntut kau sentiasa bernajis walaupun di samak

    ReplyDelete
  15. tahniah mm...

    nampaknya umpan anda dah mengena...

    secara mantiqnya ada orang mengaku dirinya macai secara tersirat...

    walau secara tersuratnya dia tak mengaku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara anonymous 9.00 .memang secara mantiknya ada orng mengaku dirinya macai dan secara tak mantiknya kau juga macai.tak payah pakai umpan semua ornag tau Manjung Mari macai Umno sama juga kau.

      Delete
  16. Camna dgn IRC pulak wahai manjungmari?

    ReplyDelete