boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, May 5, 2009

Pembayaran Zakat Mungkin Dikuatkuasa!!!!

Salam Sejahtera...
Dalam perjalanan ke Taiping petang tadi terdengar berita jam 7.00 ptg dlm kereta yang Menteri Agama yang bari Mej Jen (B) Jamil Khair memaklumkan kerajaan 1Malaysia akan menguatkuasakan bayaran zakat seperti mana Cukai Pendapatan.. Aku semak dalam akhbar online tak ada pulak... rupanya bab ni tak dapat sambutan kot... cuma ada DI SINI.

Baguih tu memang baguihlah bila zakat dapat dipertingkatkan...tang tu aja baguih.. bab lain perlaksanaan, tanggungjawab dan amanah pentadbiran wang zakat aku tak pasti, sebab sebelum ni pun dalam blog terbaharu Mantan Mufti Perlis Dr Asri dia ada mempertikaikan juga mengenai wang zakat..bukan untuk yang berhak iaitu asnaf yang 8 tu...

Yang itu satu hal... lagi satu aku tak pernah dengar laporan dari mana-mana majlis agama berapa jumlah kutipan zakat yang dapat di pungut.. yang dok dengar Tabung Haji memberi zakat, bank rakyat membayar zakat, syarikat korporat mebayar zakat.. tetapi jumlah dalam setahun berapa zakat dapat tak pulak dengar...tak taulah mungkin aku tak terbaca kut....

Ini lagi satu yang aku herannnn sangat... pasai zakat saja yang nak dikuatkuasakan.... Rukun Islam yang lain tak nak pulak.. kalau pun satu lagi tabgkap orang tak puasa... ada sesekali tu tangkap lelaki Islam tak sembahyang jumaat... tapi tu 1 sekali dalam 10 tahun kut.. jarang-jarang dengar...

Kalau nak kuatkuasa tu kuatkuasa semua sekali apa yang diperintah oelh Allah yang tersebut dalam Quran... aaa tu baru OK...jangan tang zakat saja... sebab dapat hasil... lepas tu janganlah ulang lagi macam kes wang zakat yang disalah gunakan waktu Dr Yusof Noor jadi Menteri yang jaga agama satu ketika dulu, wang zakat kat Wilayah Persekutuan telah hilang... kes tu pun senyap begitu aja...

Lepas tu duit zakat yang terkumpul tu hangpa kena perabis bagi kat asnaf yang 8, jangan dok simpan nak buat pelaburan..., beli bangunan, buat lawatan seperti yang disebut oleh Dr Asri, dan lain-lain lagi yang ikut sedap tembolok yang menjaganya... tu yang aku tak berapa suka...

Apa pun yang terbaiknya sebagai menteri yang bertanggungjawab dengan islam bukan begitu caranya, adalah lebih baik jika rakyat Islam yang mampu diberi kesedaran tentang Rukun Islam yang keempat itu, jikalau umat Islam yang ada kesedaran, Insyaallah tanggungjawab tersebut akan dilaksanakan sebagaimana tanggungjawab sembahyang, puasa dan juga haji... 

Cuma disini terpulanglah kepada sipembayar kepada siapa yang berhak untuk dibayar zakat tersebut dan tak semestinya kepada Lembaga Kutipan zakat yang dilantik oleh kerajaan atau kepada Majlis Agama islam.

4 comments:

  1. AKU TERINGAT KAT ARWAH USTAZ FADHIL NOOR, DIA MEMANG BAGUS, MASA TU ULAMAK MEMANG KUAT!

    SEKARANG NI RACUN ANWAR DAH MENULAR DALAM PAS....AKU HARAP GOLONGAN ULAMAK AKAN BANGUN DAN AMBIK ALIH PAS!

    HIDUP NIK ABDUH!

    ReplyDelete
  2. DEY...PARPUKARI...
    LU PUNYA CABAR STANDARD BUDAK TADIKA KEMAS...AKU ULANG BALIK..STANDARD BUDAK TADIKA KEMAS...LAGI SE SEKALI AKU ULANG STANDARD TADIKA KEMAS... AKU MASIH INGAT WAKTU KAU CABAR CIBERBORON, BI LA SEMUA DAH SETUJU..AJAK DEBAT DALAM YM...APA CERITA....DAH PI MAIN JAUH-JAUH..SYOH..SYOH.. JANGAN CAMPOR ORANG TUA-TUA PONYA HAL....SYOH..SYOH

    ReplyDelete
  3. ni apahal nyibuk pasa bomoh kat sini? salah tajuk kot si parpu nih...

    ReplyDelete
  4. Bab nak kutip duit laju saja nak luluskan undang2.Lagipun zakat pendapatan tak ada dalam kitab.Boleh rujuk ulama.Kalau nak keluar juga elok bagi direct kat orang miskin daripada bagi dekat pejabat zakat negeri.Banyak yang seleweng.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari