Pages

Wednesday, November 11, 2009

Cerita Lanjut Kes Kickdeffela...

Salam Sejahtera...

Cerita ini aku salin balik dari blog Saytomunafiqen, beliau mendapat cerita penuh....

KICKDEFELLA dibawa masuk ke PMBK oleh Exco terbabit pada tarikh 3 April 2007 manakala Ir Arifahmi pula dilantik menjadi CEO PMBK baru tidak sampai 3 bulan iaitu sekitar bulan Syawal lalu.

Sepanjang tempoh 3 April 2007 sehinggalah tarikh pemecatannya semalam (10 Vovember 2009), KICKDEFELLA hanya muncul 3 atau 4 kali setahun di pejabat PMBK. Itupun bukan masuk ke pejabat tetapi sekadar tunjuk muka sahaja. Habis sangat pun untuk hantar surat atau ambil surat sahaja. Ataupun untuk berjumpa dengan CEO PMBK sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Bilik yang diperuntukkan kepada KICKDEFELLA di PMBK langsung tidak pernah beliau sentuh dan akhirnya bilik itu diberikan kepada pegawai yang lain oleh PMBK. Beliau tidak kisah pun !!!!

Apabila pemecatan ini berlaku ramai yang terkejut dan memaklumkan bahawa mereka tidak tahu pun KICKDEFELLA sebenarnya berkhidmat dengan PMBK dan gajinya dibayar oleh PMBK. Termasuk Exco Exco kerajaan negeri Kelantan sendiri.

Umum menganggap gaji KICKDEFELLA dibayar oleh Exco terbabit dan berkhidmat untuk Exco terbabit. Beliau sentiasa berada di pejabat Exco terbabit dan di rumahnya sendiri berbanding menunaikan amanah di PMBK.

Mana mana syarikat pun akan memecat beliau jika begitulah cara beliau bekerja. Jadi, tidak timbul soal beliau dizalimi atau dianiayai oleh sesiapa.

Mengenai tuduhan pihak tertentu bahawa Ir Arifahmi mempunyai "rekod buruk" berkaitan mutu kerjanya, persoalannya, kenapa setelah KICKDEFELLA dipecat, barulah hal ini dihebohkan?

Kenapa tidak diwar warkan sejak dulu lagi? Kenapa setelah pemecatan KICKDEFELLA berlaku?

Berbalik kepada persoalan KICKDEFELLA dizalimi dan dianiayai. Sepanjang tempoh sebelum Ir Arifahmi dibawa masuk ke PMBK, setiap kali bermesyuarat perihal tanah ataupun projek, akan ada suara suara yang akan "menyambar" tanah atau projek itu atas nama TG Hj Nik Aziz sedangkan TG Hj Nik Aziz tak tahu apa apa pun. Ayat "Tok Guru nak" itu sering berkumandang di dalam mesyuarat PMBK.

Waktu itu, siapa yang berani bertanyakan kepada TG Hj Nik Aziz tentang benarkah tanah ataupun projek itu beliau nak? Takde. Kecuali Exco itu sahaja.

Apabila Ir Arifahmi dibawa masuk ke PMBK, amalan menyalahgunakan nama TG Hj Nik Aziz ini tidak lagi berlaku kerana Ir Arifahmi akan bertanya sendiri kepada TG Hj Nik Aziz jika ayat "Tok Guru nak" ini berkumandang di dalam mesyuarat.

Sekali lagi kita berbalik kepada persoalan asal, adalah KICKDEFELLA dizalimi dan dianiayai oleh sesiapa sehinggakan beliau dipecat oleh PMBK? Jawapannya, TIDAK.

Persoalan tersebut timbul akibat rasa kurang senang Exco terbabit apabila cengkaman beliau ke atas PMBK menjadi longgar apabila Ir Arifahmi dibawa masuk ke PMBK dan segala "kerja jahat" beliau didedahkan satu persatu kepada pengurusan PMBK dan Menteri Besar Kelantan.

Jadi, persoalan ini ditimbulkan bagi mengubah isu daripada isu "tangan tangan jahat di PMBK" menjadi isu "tangan tangan jahat Ir Arifahmi". Kenapa ini berlaku? Pastinya kerana Exco terbabit mahu mengukuhkan semula cengkamannya ke atas PMBK dan itu hanya akan berlaku sekiranya Ir Arifahmi berjaya ditendang keluar daripada PMBK.

Jadi, bagi KICKDEFELLA dan Exco terbabit, sama ada cepat atau lambat, Ir Arifahmi "wajib" dijatuhkan. Maka, muncullah laporan demi laporan kepada SPRM supaya kredibiliti Ir Arifahmi terhakis sedikit demi sedikit.

Itu tujuan yang tersurat. Tujuan yang tersirat pula adalah untuk menjatuhkan TG Hj Nik Aziz setelah Exco terbabit mendapat maklumat bahawa nama beliau bukanlah nama yang dipilih oleh TG Hj Nik Aziz bagi mengisi kekosongan kerusi Menteri Besar Kelantan selepas pengunduran TG Hj Nik Aziz.

Bagaimanakah imej TG Hj Nik Aziz boleh dicalarkan? Cukup dengan hanya mencedera parahkan Ir Arifahmi. Memadai dengan menghakis sedikit demi sedikit kewibawaan Ir Arifahmi. Apabila Ir Arifahmi berjaya dipotretkan sebagai seorang CEO yang tidak amanah, maka tentulah pihak yang melantik Ir Arifahmi itu juga secara tidak langsung berjaya dipotretkan sebagai pihak yang mengamalkan kronisme.

Jika ini berlaku, maka berjayalah puak puak serigala lapar ini untuk menguasai PMBK dan seterusnya menguasai Kelantan dengan tersungkurnya TG Hj Nik Aziz.

Benarlah kata kata seorang pimpinan PAS di Kelantan - PAS AKAN JATUH DI KELANTAN APABILA TG HJ NIK AZIZ TIADA. JATUH BUKAN KERANA UMNO MENJADI KUAT TETAPI JATUH KERANA PEREBUTAN KUASA SESAMA PIMPINAN PAS DI KELANTAN.

Yang benar benar kelihatan seperti "gila kuasa" atau gila "kerusi MB Kelantan" hanyalah Exco yang seorang itu sahaja.

Kami akan terus membongkar dan mendedahkan segala galanya jika yang dipecat itu masih mahu mengatakan dirinya dizalimi dan dianiayai oleh PMBK.

Jangan sentuh TG Hj Nik Aziz kerana kami akan berdiri di hadapan beliau selagi mana beliau mentaati Allah swt dan Rasul-Nya.

9 comments:

  1. careful sikit tuan

    mungkin di sebaliknya,exco yg seorang lain mungkin tidak mahu exco tu jadi MB.


    aku org bachok

    ingat lagi tak apa anak tok guru buat dulu kat ayah dia sendiri,inikan menantu.

    ReplyDelete
  2. Berani komen sebagai ANON jer ker wahai ANON 11:43 ?

    Menyamar ANON atau menjadi ANON bagi membela rakan baik?

    Sekarang nih masa untuk membersihkan kerajaan Kelantan daripada daki daki hitam dan busuk.

    Bukan untuk melaga laga atau mengalih topik.

    Apa yang Ust Nik Abduh buat kepada Tok Guru? Isu penasihat syaitan ker?

    Tok Guru pun dah kenal pasti syaitan syaitan manusia di sekeliling beliau.

    Soal penasihat syaitan itu tidak timbul lagi.

    ReplyDelete
  3. gambaran yg diberi seolah-olah siasatan oleh TGNA sudah selesai dan segalanya telah terbukti 100%.

    kita pun tertanya-tanya 'kebenaran' ini hasil siasatan siapa? jangan pula ianya juga adalah telahan seseorang semata-mata. seperti terlalu convinced ianya adalah dari siasatan menyeluruh CSI yg tidak dapat disangkal lagi.

    soal PMBK yg bayar gaji, tak silap saya lah, dulu-dulu ada sheih beritahu dalam blognya yg gajinya dibayar oleh PMBK. benda ini bukan lah rahsia. ini lama dulu, kalau saya tak silap lah. boleh buka entry2 lama sheih untuk sahkan.

    sheih bekerja untuk exco dan negeri kelantan, sudah tentu mesti dibayar gaji. PMBK adalah milik negeri, kenapa pula menjadi isu jika gaji dibayar oleh PMBK? kalau minta exco tu bayar, nak bayar dgn apa? bukannya sheih tu buat kerja untuk exco itu semata-mata pun.

    minta maaf lah, apa yg saya nampak dari penjelasan ni hanyalah seperti cemburu di atas keadaan sheih dapat gaji seolah-olah untuk ber-blog semata-mata.

    kalau betul exco itu membolot projek atas nama TGNA, memang patut tindakan dikenakan ke atas nya. ini senang dibuktikan. minit mesyuarat boleh di keluarkan untuk menunjukkan ini. diharap CEO PMBK ini bersikap profesional dalam hal ini. jika benda ini tergantung tanpa bukti-bukti dan hasil siasatan yg kukuh, dia juga yg akan terpalit kelak.

    - kuntau

    ReplyDelete
  4. Cerita macam ni yang tak shok didengar

    ReplyDelete
  5. diharap ahli pas semua bersifat terbuka dalam hal ini. apapun pekerjaan kita diunia ini adalah amanah dari allah. jika berlaku penyelewengan patut ditegur. janganlah menyorok kesalahan yang berlaku demi kebaikan umah. ingatlah pas tegak diatas landasan islam.

    ReplyDelete
  6. BELIAU DIBAYAR GAJI UNTUK BERKHIDMAT DENGAN PMBK DAN BUKANNYA UNTUK BERBLOG MENAIKKAN NAMA INDIVIDU
    TERTENTU.

    ReplyDelete
  7. Apsal guna ANON jika sudah ada nama?

    Musykil, kan?

    ReplyDelete
  8. Aku cadangkan kena buat AGM dan tubuhkan Jawatankuasa Disiplin untuk selesaikan masalah ini!

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Ana rasa BLOG ni dan POSTING asal (yg ditulis oleh blog lain) ni adalah pemecah belah dah tidak tahu langsung hal sebenar.

    Nak kecek pasal brito hal ehwal dalaman negeri Qlate pun biar tahu ada fakta2 dan bukan persepsi semata2.

    Dah jadi Fitnah kepada kedua2 pihak dah skrg ni.

    pemecah belah betul.

    Ore Qlate

    ReplyDelete