Pages

Friday, March 5, 2010

Cetusan Pagi Jumaat..

Salam Sejahtera...

Malam tadi UPU tempat aku buat Usrah, Naqib malam telah memberi sedikit sebanyak nasihat motivasi dan kekuatan untuk menghadapi cabran yang semakin getir untuk ahli-ahli jamah tempuhi segala macam bentuk halangan yang diketuai oleh UMNO, harapan yang ada pada kita untuk mencapai kemenangan hanyalah janji-janji dan bantuan dari Allah sahaja, kalau nak dibandingkan antara kita jemaah Islam dan PR nak hadapi UMNO memang tak terdaya, mana nak mampunya, bukan lawan sesama parti, tetapi lawan dengan agensi kerajaan.

Sewaktu dalam isu-isu semasa, terutama masaalah YB-YB dari PKR yang melompat keluar dari parti, demi kebaikan bersama PR adalah disyorkan kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PKR pada PRU12 yang lalu, sebaik-baiknya hendaklah digantikan oleh parti PAS atau pun DAP, itu yang seeloknya, dan masaalah ini Aduka Taruna pun ada menulis kerusi-yang-dikhianati. Kalau calon dari PKR juga yang bertanding dikerusi-kerusi yang telah dilompat itu, besar kemungkinan kerusi tersebut akan dapat pada BN semula, banyak faktor-faktor besar yang boleh membawa kepada kekalahan PR di kerusi tersebut.

Dalam kontek negeri Perak pula selain daripada PKR yang kena berkorban buat masa ini 3 kerusi 1 Palimen Bagan Serai, 2 lagi dari DUN Changkat Jering dan Behrang, apakata kerusi DUN Jelapang dari DAP itu diberikan kepada PAS dan IR Nizar bertanding disitu, ini bukan cadangan aku, tetapi cadangan dari bekas aktivis dan calon PAS juga saudara Kamal Koh, bagus idea ini, selain dari itu, mengenai kerusi-kerusi EXCO adalah diharapkan janganlah nak dimonopoly oleh DAP sahaja seperti yang lalu, iaitu 6 DAP, 3 PKR dan 1 PAS, kita tak nafikan oleh kerana DAP menang 18 kerusi, tetapi persepi pengundi atas pagar dari kalangan orang Melayu yang masih phobia dengan DAP akibat cerita-cerita buruk dan tahyol dari UMNO mengenai parti DAP, ingat DAP ingat Bintang Tiga dan macam-macam lagi...

Jadi DAP harus buat pengakuan dari sekarang lagi, seperti mana baru-baru ini Lim Kit Siang membuat pengakuan yang DS IR Nizar tetap akan jadi MB jika PR menang lagi di Perak. Tetapi apakah Nizar boleh lagi menjadi MB jika PR menang, harus kita ingat kemenangan Zambri 5-0 ke atas Nizar tempohari hari banyak sebab dan musababnya,

Keberanian, kecerdikan dan ketegasan yang ada pada DS Nizar itu adalah satu daripada sebab istana tidak mahu DS IR Nizar menjadi MB, ini lah hakikat manusia sebenarnya, mana ada seorang ketua yang mahu pembantunya lebih segala-galanya dari dirinya, merbahayakan dirinya dan banyak risiko-risiko yang lain...

Untuk mengelakkan dari masaalah ini berlaku seperti di Terengganu dan Perlis selepan PRU12 yang lalu, PR Perak harus menyediakan pengganti kepada Nizar, tak kiralah dari PAS, PKR atau DAP..

Lagi satu masaalah yang aku dok sembang semalam ialah calon PR DUN Pangkor yang nak lawan dengan Zambri, bukan senang undi POS yang Zambri dapat tempoh hari 5 ribu lebih, tinggal berapa ratus sahaja undi dari peti undi yang pastinya penyokong setia UMNO. Sekarang ini calon untuk menghadapi Zamri dah ada, seorang pesara TLDM yang memang pun dah dikenali ramai di kawasan Lumut, berpangkat Laksamana Pertama, dan dari risikan aku, bakal calon ini memang disenangi oleh pegawai-pegawai TLDM bawahannya termasuk anggota-anggota LLP.

Cuma yang jadi masaalah, kerusi DUN Pangkor sebelum ini diwakili dari PKR, bakal calon ni pulak ahli PAS dan beliau tidak mahu bertanding kalau atas tiket PKR, manakala PKR Lumut pula tidak mahu melepaskan kerusi DUN Pangkor kepada PAS melainkan ada tukar ganti, iaitu DUN Pasir Panjang diberikan kepada PKR, mana maunya PAS Lumut pula nak lepaskan kerusi DUN Pasir Panjang yang merupakan kerusi tradisi bagi PAS Lumut, jadi timbul sedikit masaalah, kalau masing-masing berkeras nampaknya selepas PRU13 nanti Zambri bakal tersenyum megah lagi sebagai MB Perak.

Kalau sebelum ini banayk kita dengar PAS berkorban memberikan kerusi-kerusi tradisinya kepada PKR seperti di Kuala Kurau dan Changkat Jering, apakata kali ini PKR pula berkorban kepada PAS, sebab calon PAS kalau menang ia tak boleh nak lompat pada masa-masa akan datang, walaupun ditawarkan dengan berjuta-juta RM......

3 comments:

  1. mmg btl kta awak..mmg sush nk korbankan krusi antara PR..PKR skng sush nk setia pd prjuangn sbb kbyknnya bks ahli Umno yg byk jd ahli pkr..sbb deme msh trbawa2 pemikirn ubn dlm pkr..mmg btl pkr kn uat baiah mcm pas uat utk elak wkil rkyt lmpt prti..

    ReplyDelete
  2. Masalahnya, setuju ka Pas Perak Hj Nizar jadi MB? Kalau PJ pun menang macamana? Kan dah jadi amalan Pas, Pesuruhjaya yang jadi MB.

    ReplyDelete
  3. Cenangau...

    Nizar jadi MB bukan untuk parti PAS, ia dilantik jadi MB untk Kerajaan PR.., buat masa ini pimpinan PAS Perak tak ada lagi yang boleh menyaingi ketramplan Nizar, ini kenyataan yangharus kita kena terima, PSj PAS Perak dilantik oleh Presiden, tetapi Nizar menang AJK PAS Pusat dengan undi tertinggi...

    ReplyDelete