Pages

Saturday, September 22, 2012

DS Zambry, UMNO punya kerenah VS Belia Masjid Daerah Manjung (Pt 1)

UMNO Lumut yang menguasai Masjid-masjid cuba nak mengawal akviti belia-belia yang baru tamat tingkatan 5,  masih belum boleh mengundi pun,,, Blogger otai.manjung yang menjadi tempat mengadu para belia telah menceritakan segala-galanya.. 


Lama benor aku tak update blog sampai aku sendiri tak jenguk blog aku sendiri. Antara sebabnya aku lebih melakukan aktiviti aku di alam nyata dan alam maya di beberapa page facebook yg terpaksa update setiap hari. Dah bersawang blog ni nampaknya, tapi aku tak kisah sebab aku lebih melayan MediaPerak.Com dalam mengharungi isu-isu terutamanya di Perak, itupun orang PR sendiri ramai yang hentam team MediaPerak sebab tak puashati atas kritikan terhadap mereka. Oit! depa kritik sebab nak betulkan apa yg tak betul, buang budaya umno itu sebelum nak tumbangkan umno!  Dan jgn jadi PR lebih dari umno, kalau tak serupa je korang!

Aku terpanggil utk menulis perihal isu yg berlaku 3 bulan yang lalu walaupun maklumat yg bocor ini dapat aku kesan pada hari kejadian dan sebelumnya iaitu program Karnival & Perasmian Belia Masjid Manjung yang menjadi mangsa politik Umno Lumut. Dan aku tak heran sebab aku tahu lama perangai Umno Lumut  punya game, dan maklumat org umno sendiri yg bocorkan bukan sapepun! Tgk isu Teluk Rubiah, ada jugak mamat umno ajak berdemo isu Teluk Rubiah pasal Vale (Brazil) pasal Vale bagi Tokey Sekinchan Ikan Bakar utk kontrak penyediaan makanan pekerjanya, macam takde orang tempatan yg boleh sediakan.




Vale janji dgn kehadiran depa di Manjung akan bantu org tempatan, sekali semua kena kencing, yg kaki kencing pun kena kencing, yek yek je buat demo sokong Vale, lastnye tak dpt tender bising! aku dengar satu kepala rm80, fuh patut org umno sendiri bising...pigi dah bab duit korang bising, bab tanah tergadai kpd syarikat warga asing korang siap sokong! Ini semua duit punye perjuangan! Alam digodam umno tak ambil port pun. Ceh! 

Macamana aku nak harapkan UMNO memerintah lagi! Org PR kalau korang buat mcm ni jugak, maknanya korang pun tak mau belajar dr kesilapan umno!

Berbalik kpd isu yg aku nak bongkarkan dlm beberapa siri nanti, buat masa ni aku bagi hint sahaja dan kalau tak betul, sumber aku akan tampil untuk buat kejutan kalau ada yg tak puashati. Acara ini berlangsung pada bulan Julai 2012 yang lalu, perasmian Persatuan Belia Masjid Daerah Manjung yang mempunyai kisah disebaliknya.

Aku wakil MediaPerak sempat merakamkan pada hari berkenaan dan mendapati ada sesuatu yang tidak kena apabila Pengerusi Belia Masjid & para jemputan menyebut ada beberapa halangan terhadap program ini. 


Program ini ditunda sebanyak 3 kali, namun J/kuasa Persatuan Belia masjid daerah manjung atas sokong J/Kuasa Masjid Daerah Manjung meneruskan program ini walaupun tanpa bantuan Jabatan Belia & Kerajaan Negeri. Ia sepatutnya berlangsung pada hari Belia, namun disebabkan ada himpunan Belia di Putrajaya yg dipersembahkan oleh hiburan K-Pop yg menelan jutaan ringgit, program ini terpaksa ditunda.

Sebelum itu Belia Masjid akur dan menunda kepada satu tarikh dengan merujuk kepada Jabatan belia & kerajaan negeri Perak iaitu sekitar penghujung Jun. Pada awalnya program ini akan dirasmikan oleh YAB Zambry kadir dan peruntukan ditaja oleh kerajaan negeri melalui Pejabat menteri besar Perak.

Sumber menyatakan jumlah peruntukan yang dipohon berjumlah Rm16000 bagi persiapan tapak pameran, sumbangan kpd jemputan & beberapa fasiliti berkenaan. Namun disebabkan J/Kuasa Belia Masjid daerah menjemput ustaz Akhil Khai sebagai penceramah, berlakunya beberapa halangan dalam merealisasikan program ini pada saat akhir. Selain Ustaz Akhil Khai, mereka juga menjemput Imam Muda Nazrul bergabung dalam forum pada sebelah malamnya. 


J/kuasa dinasihatkan agar menukar penceramah atasan alasan ‘orang sebelah sana’ (berkaitan politik), tidak menjemput (diharamkan) ADUN Pasir panjang iaitu YB Nizar dan jangan menerima sebarang sumbangan dari Pejabat ADUN berkenaan. Program ini telah disalah anggap oleh orang kanan Zambry Kadir iaitu Cikgu Rashidi yang menyatakan “Zambry kata politik first dalam sebarang keputusan’ tambahan untuk memberi peruntukan. Bukan itu sahaja, segala peralatan dan penyediaan hendaklah diberi kepada ‘orang-orang umno’, jika tidak tiada peruntukan diberikan.


Nantikan pendedahan seterusnya........ program berlangsung dgn jayanya, siapa disebalik halangan dan bagaimana belia mengatasi utk merealisasikannya walaupun terpaksa menanggung kos sendiri. Aku salute kepada Pak Toh Timbalan Pengerusi masjid sebab bersetuju utk teruskan program ini dan sekalung tahniah kpd belia-belia masjid yang terlibat dan aku minta maaf jika perkara ini akan menggugatkan korang. Tapi bagi aku kebenaran tidak boleh disembunyikan, kalau bukan aku yg bongkarkan, orang lain akan pecah tembelang! 


Nasib koranglah sebab korang patutnya panggil K-POP, baru kerajaan umno pandang korang..... wakakakakakaaaaaaaaaaaa! Lagipun korang takleh mengundi lagi, takde kepentingan bagi mereka.

Nota: Sumber bersedia untuk memberi kerjasama jika ada pihak yang menidakkannya. Gambar sekitar program di
 SINI - Page MediaPerak


Sumber : http://otai-manjung.blogspot.com/2012/09/perihal-zambry-kadir-vs-belia-masjid.html

1 comment:

  1. Aku ada beberapa perkara berkenaan isu ni

    1)Persatuan Belia Masjid Manjung ni baru lagi ditubuhkan pada 22/2/2012.Agak2 la kalau nak minta RM 16,000 pun.Kat Manjung ni beratus2 persatuan belia,dapat peruntukan pun tak banyak.Ini persatuan yang baru setahun jagung senang2 nak minta sebanyak tu,apa besar sangat ker program perasmian tu..?? Aku rasa modal mungkin tak lebih 5,000

    2) Persatuan Belia Masjid Manjung ni kan bawah Masjid Manjung.Takkan la Masjid Manjung tak boleh keluarkan peruntukan sikit untuk program persatuan belia bawah mereka..?? Duit kat bank makin hari makin bertambah dengan banyaknya tapi nak guna untuk buat program susah.Duit tu bukan boleh beranak dalam bank pun.Orang derma duit tu untuk digunakan,bukan untuk simpan.Masalah ni berlaku bukan hanya di masjid manjung tetapi berlaku disebahagian masjid2 di Perak.Seolah2 macam nak berlumba masjid mana duit dalam banknya banyak.

    3) Orang UMNO mana yang bocorkan maklumat tu kalau bonda ko sendiri yang cerita kat ko wahai Otai Manjung oi.Sebut jer bonda ko yang ceritakan,habis masalah.

    ReplyDelete