Pages

Wednesday, November 6, 2013

Terima Kasih Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

PRK N20 Sungai Limau dan selesai, sekarang tumpuan aku siapa bakal menerajui Pas di tempat kedua tertinggi selepas Presiden Parti.


Kalau semua pimpinan macam Dato Tuan Ibrahim Tuan Man kan bagus,, parti kita tak berkeceramuk nak berebut... rasa lapang dada bila kenyataan ni..

"Apabila ditanya mengenai isu Ulama menentang Erdogan yang sering diputarkan menjelang pemilihan Pas, Tuan Ibrahim menyeru semua pihak untuk melihat kenyataan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan Pas memerlukan semua pihak – tidak kira ulama ataupun Erdogan – bagi memastikan kelangsungan parti tersebut.
“Kita kena berlapang dada dengan perbezaan dan jangan terpalit dengan usaha untuk meruntuhkan parti.
“Gabungan kedua-dua golongan inilah yang menjadikan Pas sebuah parti yang kuat pada hari ini,” katanya lagi, sambil menambah bahawa perbezaan di dalam parti tidak semestinya dinilai sebagai satu keburukan."

Baca sepenuhnya Klik Sini

 Aku sentiasa ingat kata-kata Tuan Guru Mursyidul Am sendiri kepada calon-calon umno yang nak menentang calon Pas dalam setiap kali PRU ! Apa salah Pas ! Sila bagi tahu...

Ha ha ha,, jadi sekarang aku nak tanya perwakilan pada muktamar nanti,,, Apa salah Timbalan Presiden Pas sehingga perlu ditukar.... Aku terbaca satu persoalan dari rakan FB .. 

Alasan apa sebenarnya nak buang Mat Sabu daripada kerusi Timbalan Presiden? Yang mahu cabar beliau itu apa sumbangan kepada Parti dan mampukah berada duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pemimpin kanan parti - parti utama di negara kita? Mampukah Tuan Ibrahim atau Nik Amar memberi sumbangan lebih dari apa yang telah dilaksanakan oleh Mat Sabu? Mat Sabu sudah dua kali ditangkap dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri juga pernah di Buang daerah di Kuala Pilah. Tuan Ibrahim dan Nik Amar berhenti jadi Pensyarah jadi calon terus jadi wakil rakyat. Mat Sabu kalah tahun kalah berkali kali tetapi semua kawasan di Malaysia telah dijelajahi untuk membawa obor perjuangan dan suara parti Islam.


Ada kah anda sama dengan pemikiran pemimpin umno yang sukakan perpecahan dalam parti Pas seperti dalam gambar dibawah ni..



9 comments:

  1. Hahaha...syeikh mat syabu...bagus gak syeikh ni dikekalkn sbgi timb.pres.pas supaya lawak beliau dpt disumbangkn kpd ahli pas utk musim baru...nak hrpkn kecerdikkn beliau utk jd pemimpin hebat hmmm...tentu guan eng dan syeikh anwar akan bg sokongan 100% bkn setakat timbalan je...klu boleh terus naikkn jd presiden pas...tntu pas dpt dana yg lbh dari sumber2 yg mnyumbang kpd dap dan pkr...syeikh mat syabu kalah dan kalah lg tak jd hal...asalkn yg kalah berkali2 tu ialah syeikh mat syabu khasnya dan org pas amnya...klu org umno yg kalah seumur hidup akan dijaja...hahaha apa2 jelah bhai...aku pasti ngeh nga suka klu lu brjaya kempen utk abe mat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa hang juragan? cuma macai tak bernilai satu sen pun. siapa ahli politik di malaysia yg berjuang seikhlas mat sabu? kalau berjuang kerana duit, dalam umno boleh katakan semua, tolak sorang dua sahaja. kalau mat sabu nak jadi kaya dan hidup senang lenang dah lama umno nak offer dia...

      Delete
    2. Hahaha...syeikh mat syabu brjuang ikhlasssss...hahaha berjuang seikhlas syeikh mat syabu....hahaha umno nak offer syeikh mat syabu...hahaha syeikh mat syabu tak nk kaya dan hidup senang lenang...hahaha..bhai baik lu ckp yg dap dah lama offer mat syabu...lu siapa bhai...klu setakat guna anon lu nk tnya 'hang sapa.. hang sapa...macam baguzzzz sesngt....

      Delete
    3. He macai lu apa peduli sama olang punya parti lu jaga lu punya parti sudahla jangan kacau olang punya lumah. Lu olang punya lumah lagi ala mocok sana sini lagi mau kasi jaga olang. ini hantu apa manyak busuk punya olang.

      Delete
    4. nama juragan 69 tu pak dia bagi kot.. hahha.. taraf anon la jugak wei..

      Delete
  2. tn hj mat sabu ni banyak org amno kutuk konon kelulusan tak tinggi, pada aku dia ni zaman dia dulu dah grad drp itm, cuma dia tak kerja kerajaan atau sy swasta sbb dia lebih rela berjuang dlm parti, parti pembangkang pulak tu, of couse lah sentiasa di anak tiri. cuba kalau dia masuk dlm servis kerajaan, tah2 sekarang ni dah jadi pegang jwt tinggi, aku dengar ramai org zaman tu kalau setakat stpm pun dah jadi pengarah itu pengarah ini. malah salah yg aku kenal pencen dgn gred 48 hanya dgn sijil spm shj tak ada kelulusan apa2 pun.

    yg ada sijil tinggi ada master belum tentu cekap buat kerja, yg ada kelayakn pun kalau lembab buat kerja nak buat apa.

    aku sokong hj mat sabu kekal tim presiden.

    ReplyDelete
  3. Bukan setekat sokong, KEKALKAN Mat Sabu Jawatan Timbalan Presiden, siapa tak suka tolong beritahu dengan 10 sebab.

    ReplyDelete
  4. rileks bro rileks...

    kalau tak mau ada lawan-lawan kasi ubah la itu perlembagaan parti!

    ReplyDelete
  5. Apehal ke payahnyer.terpulang pada perwakilan.kalu MS terpilih,patuh jer lah.kalu org lain naik,patuh jgak.dah itu keputusannya.kalu MS merapu kita seligi backhand kepala hotak dia kasi tergolek.kalu TITM or NA ka husam ka wat taik sama gak.golek sajer dlm lubang taik.angkat org lain plak.yg penting kita lihat pada gerak kerja.baik umno or pas or dap mic pabala.tang dlm hati sape pon tak taw.lihat apa yg terhasil.best teruskan.karut tonyoh kasi mampos.thats simple.semasa nak ganti sdn umar bknkah 6 org ditunjukkan olehnya.yg terpilih sdn utsman.semua sahabat stuju jer..

    ReplyDelete