Pages

Saturday, April 18, 2009

CERAMAH PERDANA..


Selalunya bila aku sampai ke tapak ceramah, sempat relak round merata, tapi malam tadi tak.. aku sampai ceramah dah lama bermula, Ketua Bahagian PKR Lumut Ustas Suwardi dok tengah ceramah, selesai aku cari parking tongkat motor, ceramah dag selesai, pengerusi majlis pulak yang dok berucap sebelum penceramah kedua YB Drs Idham Lim (CinaIslam.blogspot) Adun Tanjung Piandang berucap. Mungkin mengambil tempat MB DS Ir Nizar, sebab semalamn dalam waktu tazkirah selepas magrib di surau Madah, belum masuk waktu Isyak, DS Ir Nizar, dah bangun, aku dok ingat dia dah nak pegi ke tempat ceramah, rupa-rupanya pi ke Air Kuning, ada hal yang lebih penting... dah seharian dari tengahari kat Manjung, malam pi pulak ke Air Kuning.. inilah pejuang dalam gerakan Islam.. masa dan tenaga bukan untuk anak, bini dan keluarga...terpaksa banyak berkorban.. tak sanggup aku..
Beliau banyak menyentuk isu semasa, bab SPR yang dah menjadi sebahagian daripada UMNO, bagaimana tindakan SPR Pulau Pinang yang melengah-lengahkan kes letak jawatan Tim1 KM Pulau Pinang YB Fairus untuk mengadakan mesyurat PRK yang baru, yang si PM Tok Najib pulak dah mula merepek mengatakan PRK ni membazir, membuang masa...(heran ya,, bagaimana Najib boleh kata macam tu,,, macam takut nak PRK sajaa,,,,)
Kemudian bagaima sikap UMNO bila YB Nga membaca Al-quran, habis semua kena.. baca jawi, tulisan jawi pun dah tak betui.. malam tadi orang melayu semua pakat kena dengan YB Idham Lim, dia kata dia Cina, yang melayu... padan muka...YB Dato Taib Azamudin AP Baling sampai pun dah agak lewat, sebab beliau pun ada kuliah magrib dahulu kat masjid Setiawan, sampai saja duduk rehat sekejap, habis petugas kutib derma, pengerusi terus menjemput Ustaz Taib berucap, ucapan beliau pun banyak berkisar pada keadaan semasa yang berlaku, Sekitar PRK di Batang Ai.. Dayak Sarawak pun nak juga kepada keadilan yang ada dalam PR.. tetapi Melayu di Semenanjung orang UMNO masih tak boleh terima....salah satunya UMNO sekarang ni apa yang boleh masuk perutnya semua halal, manakala yang tak boleh masuk ke dia haram... Yang kalah pertandingan boleh jadi Timbalan Menteri, yang menang tak dapat apa-apa....AP Besut Pro Abdullah Md Zain, seorang tokoh agama, bekas pensyrah Universiti, sebelum ni 2004 dulu beliau menjadi menteri JPM HE Agama, kenapa dok pi lantik lagi si Mej Jen Dato Jamil Khair....!
Masaalah pemberian tanah kepada kaum Cina di Perak, sebelum ni UMNO kata mereka ni adil kepada semua kaum.. tetapi bila kerajaan PR bagi depa dok riuh rendah.. apa cerita... sedangkan dalam Islam, anjing yang nak mati kehausan, kita wajib mencarikan air untuk dia minum, tambah pulak manusia, dimanakah hannya...
Beliau sempat bergurau..sewaktu PRK di Bukit Selambau.. Najib mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA, ......Dato Seri Azizan MB Kedah pun bebaskan 13 orang calon Bebas sehingga hilang wang pertaruhan.

Penceramah terakhir Dato Ngeh ADUN Stiawan, beliau banyak mengimbau balik kisah pentadbiran beliau bersama DS Ir Nizar selama 11 bulan, bagimana ada kampung melayu yang menubuhkan cawangan DAP kerana tak puas hati pada UMNO zaman pemerintahan Ramli Ngah Talib dahulu, kemudian sewaktu beliau berjumpa Dato TGNA, ia menceritakan hal Nizar pada Tok Guru, bagaima orang Cina dah mula percaya pada PAS, dengan bangga TGNA mengatakan besar pahala Nizar...
Kemudian Dato Ngeh mengatakan kita semua rakyat malaysia tak kira Cina Melayu dan India adalah dari satu keturunan Adam dan Hawa.. dan beliau memaklumkan sewaktu pemerintahan PR dulu Nizar bersama exco sudah meluluskan 45 ekar tanah untuk pondok Pak Teh di Pengkalan Hulu, tetapi bila Zambri mengambil alih menjadi MB kelulusan itu di tarik balik..jadi kalau benar perkara itu berlaku Dato Ngeh mengajak semua sekali yang ada pada malam tadi sama-sama menentang kezaliman yang dilakukan oleh Zambri dan UMNO....
Hangpa tengok.. Cina DAP yang dahulu memusuhi PAS dan Islam pun dah reti akan perlunya ada keadilan yang selama ini diperjuangkan oleh PAS.. mereka baru sedar dan dah nampak yang benar yang mana batilll.. Tetapi yang UMNo ni aku tau nilalah nak sedar.....

Meraka inilah semua yang akan menggantikan kami yang dah nak beransur.......



Saudara ni sahabat aku.. setiap kali ceramah dia mesti ada punya, istiqamah dia ni.. sapa yang sakit-sakt badan.. dia boleh urutkan... bayarla...free kalu, minyak angin sapa nabayar...hangpa ingat petrol aja nak kena bayar..

Dalam kelompok ni ada nampak dua tiga orang Cina.....

Bihun Sup Kedah, pun tak lepas peluan, depa mai melabur kat sini, sampai dua khemah depa buka.. kiri dan kana jalan...

No comments:

Post a Comment