Pages

Friday, April 17, 2009

Laporan selepas isyak..



Sebentar tadi aku baru sahaja habis pi dengar sedikit tazkirah dari MB Nizar, sebelum dia nak berceramah sekajap lagi... sebelum ni siang tadi beliau menjadi Imam dan berkhutbah Jumaat di Surau/Masjid Taman Samudera.
Nampaknya beliau walau pun dah habis PRK pun masih tak lagi berihat, masih lagi ada tenaga ke sana kemari untuk menerangkan hal-ehwal masaalah yang dihadapi di Negeri Perak.

Selain dari kisah PRK P059, beliau juga menerangkan masaalah undang-undang yang mengatasi perlembagaan berlaku di negeri Perak, bagaimana sabda nabi dari 3 orang hakim 2 masuk neraka, tapi tambah beliau di Malaysia 5 orang hakim yang mengadili kes negeri Perak 7 yang yang masuk neraka... itu sendiri mau fikirlah..
Kalau zaman mahathir dulu, hakim-hakim semua dibawah telunjuk mahathir, tetapi sekarang Ketua Hakim Tun Zaki Azmi bersama Najib sebagai PM adalah dua kali lebih teruk.
Masaalah DUN Perak yang akan bersidang, sama-samalah kita tunggu pada 7 May nanti, macam boleh jadi yang belum dapat dibayangkan, Zambri masih lagi menggunakan S/U Dewan Abdullah Antong untuk memanggil mesyuarat, sedangkan SU Dewan yang baru ialah Hj Misbah.. tu pun dah ada percangahan.. banyak lagi kes-kes yang boleh berlaku.. 
Bagi kes perbicaraan antara Nizar-Zambri, sepatutnya kes akan didengar padar 9 Mei, tetapi disebabkan campurtangan Ag Ghani Patail.. kes dicepatkan pada 23 Apr depan, iniadalah kerana mereka mahu mahkamah mengesahkan Zambri sebagai MB Perak...
Jadi dengan itu Ds IR Nizar memohon kepada kita semua jangan heti-henti berdoa dan bermunajat meminta pada Allah sahaja, kalau nak harap pada undang-undang memanglah kabur nampaknya. JADI SAMA-SAMALAH KITA BERDOA MEMOHON PADA ALLAH JIKA KITA MASIH SAYA KEPADA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT.. MOGA-MOGA ALLAH MEMBERI RUANG LAGI UNTUK KITA MENDAPAK KEMBALIK HAK RAKYAT. INSYA ALLAH.
Kesian kat Pegawai Khas Nizar ni keletihan lebih dari DS IR Nizar..

3 comments:

  1. Merata Nizar berjalan, itulah pemimpin yang kita kehendaki, tidak kenal erti penat demi rakyat. Tadi pun terpaksa ke Air Kuning kerana ada urusan yang lebih memerlukan. Mujurlah Ir Khalid Lim, Ustad Taib , Ustaz Suwardi tidak menghampakan pendokong pakatan rakyat di pasir panjang. Juga dengan adanya Dato' Nge juga sama.

    ReplyDelete
  2. Aro...
    Aku pun ada... siap dok ambik gambar.. hang tak perasaan aku.. ha ha.. esok aku updated.. sebab kerja nak update gambar leceh sikit.. lambat juga..esok aku cuba .. Insyaallah.

    ReplyDelete
  3. heheh.. belum rezeki nak jumpa lg kot, aku td ngan 2 org kwn td, sorang brother shell manjung, sorang rakan kebajikan. insyaallah ada rezeki jumpa gak la nt. Heheh.

    ReplyDelete