Pages

Friday, April 17, 2009

PRINSIP 6M...Betui ka!!!

Prinsip 6M akan diamal semua agensi agama

PUTRAJAYA: Pendekatan prinsip 6M akan diberi tumpuan oleh semua agensi agama bagi memastikan agensi berkenaan serba boleh dan sentiasa memandang ke hadapan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, hari ini. 

Beliau berkata, prinsip 6M itu ialah musyatarah (menepati syarat kejayaan), mua'tabah (menghakis sifat-sifat buruk), Mu'aqabah (mengekalkan tindakan yang benar), muraqobah (mengawal diri secara berterusan), muhasabah (menilai diri) dan muhajadah (bersungguh-sungguh). 

Dalam amanat sulungnya pada perhimpunan bulanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini, katanya prinsip ini adalah komitmen untuk melahirkan keseragaman ketetapan dan matlamat serta pendapat yang merupakan cabaran besar yang perlu ditangani oleh semua agensi ini.

"Ia juga akan menjadi panduan untuk bersikap tegas dan jelas tanpa sebarang kompromi dalam perkara yang menjurus kepada kerosakan organisasi," katanya. 

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu, Jamil berkata beliau yakin prinsip itu dapat memperkukuhkan lagi agensi agama di negara ini. 

"Pendekatan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diperkenalkan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan digunakan untuk mengukur kejayaan pelaksanaan prinsip 6M itu," katanya. - Bernama

Komentar: Hangpa percaya ka! Semua janji kata-kaat manis.. tu.. kalau 6m.. menipu, merompak, menyamun, membunuh, menyiksa dan merogol... hak tu semua ada dalam UMNO.. tambahan pula orang tua pencen dah joint balik, mampuih....
Oii Pak Syeikh.. Hang dok dalam askar KAGAT pun apa yang hang boleh buat, setakat tukar Uniform laskarnita yang aku nampak pun.. lain pada tu pohoorah... kalau betui nak buat.. ubah dasar UMNO tu dulu kepada Islam.. dasar tak ubah... tau-tau nak buat 6m...
Kalau takat nak sembang, nak tunjuk baru pegang jawatan... tak payah... cukuplah apa dengan janji-janji ... tipah dah tak tertipu lah syeikh... cukup hanya sekali......

1 comment:

  1. Yang hang dok dengki sangat denga depa yang dilantik oleh Bn ni kenapa? Hang ni kan kalau betul la baik dan pengaruh yang besar bukan nizar jadi adun pasir panjang,, hang la sepatutnya jadi adun,, kenape pemimpin pas tak lantik hang,, hang ni kan bila kutuk orang bukan macam pejuang pas. Mengaku islam tapi perangai( mengata) orang mengalahkan orang kapir.

    ReplyDelete