Pages

Saturday, April 25, 2009

Kalau Betul Berita Ini - Sama saja dengan UMNO.




Aku tak pasti sama ada BERITA INI betul atau tidak, kena selidik dulu, tetapi dari pengamatan aku sebelum ini apa yang aku dok nampak pimpinan yang ini memang lain macam sikit.

Tak taulah mungkin dulu dia bekas pakar motivasi terkenal, jadi caranya memang berbeda, aku minta maaf buat ahli-ahli PAS Selangor, aku kena tegur kalau apa yang aku nampak selama ini, sebab aku sayangkan PAS.. 2-3 bulan yang lepas, YB IR Khalid Samad bersama dengan YB Saari Sungib  telah dikeluarkan dari SAF Pimpinan Selangor, mungkin ada strategi lain, tapi haruslah kita ingat semula, YB IR Khalid Samad bukan muka baru dalam PAS, beliau yang asal dari aktivis IRC dulunya, bila balik Malaysia joint PAS tahun 80han lagi.

Apa yang aku risau kalau orang macam ni naik jadi Timbalan Presiden PAS punah ranah PAS, itu yang aku takut, beliau ni memang pandai bercakap, biasalah pakar motiwasi, sure cair dengar dia berhujah...

Dan kita kita kena ingat balik, pihak musuh memang mahu kita berpecah, mahukan lagi kita jadi macam tahun 80han yang lalu, bila mana PAS berpecah tertubuhnya Parti Berjasa, kemudian Parti Hamim pula.. apakah kita mahu begitu...musuh kita UBN memang nak kan kita jadi begitu...

Cuma disini, ambik balik apa yang DS Us Azizan MB Kedah kata, calon tak payah nak tonjol diri, ahli PAS tahu nak pilih sesiapa, jadi sendiri mau faham....

Bagi aku,, ini pendapat aku... Kelantan dah ada Mursyidul AM, kalau Presiden yang sedia ada kekalkan dari Terengganu, seelok-eeloknya Timbalan biarlah dari Kedah, Naib Presiden dari Perak, Pahang dan Johor... itu pun aku rasa tak berapa kena lagi, tapi begitulah kalau boleh, biar semua negeri di Malaysia ada pimpinan tertinggi dalam Parti, ingat kita bukan saja nak mempertahan 4 negeri yang sedia ada,, tetapi kita nak memerintah negara..kita nak Islam tertegak...
OKlah.. aku nak bagi hangpa mudah faham...Mursyidul dengan Presiden dah kekal.. Ok.. Timbalan Ust Azizan Mb Kedah, cukup cantik, Naib Presiden dari Pahang.. Pesuruhjaya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, orang macam ni kena ada... aku kenai dia ni lama dah.. waktu dia Pensyarah ITM Perak Cawangan Manjung lagi, tetapi dia tak la kenai aku, tapi aku yakin Datuk Tuan Ibrahim memang layak untuk memimpin PAS, Kita kena ingat Pahang ni PM Tok Najib ada di sini....bukan senang nak lawan UMNO....
Dari Johor Pesuruhjaya Prop Dr Mahfodz, kalau dulu Johor ada Ketua Pemuda, dengar kata Ketua Pemuda dah nak tanding Naib Presiden juga... Johor kena ada YOB, situ kubu tradisi UMNO, kita kena Ingat Muhyiden Timbalam Perdana Menteri Johor, Hishamudin Menteri, Naib Presiden UMNO pun Johor, jadi PAS pun kena letak Naib Presiden kat Johor..  bukan senang nak lawan dengan UMNO nii.
Baki lagi sorang dari Perak.. biasalah bintang yang tengah bersinar harus digilap biar terus menyinar.. sapa lagi kalau bukan ADUN tempat aku, ni aku bukan lobi pulak, kalau dia tak bagus, tak ada kualiti tak kelapaq aku nak calun dia, tapi memang berkelayakan, dan kita kena ingat PAS dah mula didekati oleh kaum bukan Melayu.. mereka sekarang lebih mengenali Nizar dari PAS.. itulah realiti sekarang, jadi nak atau tak nak, DS IR Nizar salah sorang calon Naib Presiden kalau hangpa nak PAS terus ke depan. Kalau hangpa nak Perak dimabil balik oleh Pakatan Rakyat kenalah Letakkan Nizar salah sorang Naib Presiden, dia nak kena bertemu dengan Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO...
Oklah.. Ini aku punya pandangan, kalau hangpa rasa ada lagi yang terbaik untuk Parti PAS dan Islam seluruhannya, silakanlah.. sesungguhnya aku tidak ada apa-apa kepentingan pun, cuma ini adalah pandangan ikhlas aku, sesiapa yang berjaya nanti pun aku tetap setia bersama PAS.. Insyaallah.

 

4 comments:

  1. Cerita Paling Kelakau :
    ade ke tawar diri timbalan Presiden..
    Tawar la jadi Presiden,Baru ganas sket..
    Untung2 dapat Jadi MB Selangor Plak..huhuhuhu..

    Aku anak jati selangor pun gelak tah hengat...

    * selamat Hari tapir sedunia
    moral: Jagn perangai mcm Tapir

    ReplyDelete
  2. biaq la dia pak sheikh. byk hai dia ni. pasni kita suruh dia tutup kedai terus. ni hai depa, yg kita bloggers ni kena start promo calon blogger la. tentunya orang tu bkn saya.

    ReplyDelete
  3. Salam ManjungMari,
    Ada kaitan dengan posting saya ini?

    http://siyasahsyariyah.blogspot.com/2009/03/pj-pas-selangor-patut-ditukar.html

    Saya berpendapat macam ni:

    http://siyasahsyariyah.blogspot.com/2009/04/azizan-razak-presiden-pas.html

    Wallahu A'lam.

    ReplyDelete
  4. Dr.. Kita nak yang terbaik.. jadi harapan pada perwakilan ialah waktu pemilihan tu berfikirlah dengan waras sebelum nak memilih..

    ReplyDelete