Pages

Friday, April 24, 2009

MB Baru, Fatwa pun Baru...

Hak ni aku cilok dari Blog Ude Kenang. Blognya susah nak masuk, ada serangan virus.. jadi aku siarkan balik..

Kome jangan pandai-pandai kata Sure Heboh haram. Kome ngaji di mane ? Al-Azhar ? Ummul Qura? University of Madinah ? Yarmuk ? UIAM ? Kolej Islam ? Setakat ngaji pondok di Pondok Tunjung tu tak usah le pandai-pandai kata Sure Heboh haram. Mufti teman lagi terror. Dia dah abih ngaji! Dah dapat tripple PhD. Anugerah itu, ini. Sebut saja hukum hakam, halal-haram, tak boleh challenge dia. "Everything is at his fingertips". Tengok je kat Lumut, Perak... Sure Heboh dah dirasmikan hari ni, serentak dengan perishtiharaan Lumut sebagai Bandar TLDM. Teman memang lame dah tak tengok TV, sejak DS Nizar tak jadi MB teman...

Fuh! Ghopenye dah banyak berubah kat Perak ni, bukan takat MBnye dah ubah. Hukum haram Sure Heboh pun dah ubah! Teman ke Sri manjung tadi, nampak le budak-budak muda dan yang tak berape mude tengah kerumun satu khemah ni, teman tinjau le kedalam... ohhh...artis-artis jemputan Sure Heboh ghopenye. Semuenye dah bertudung litup, baju pulak besar, labuh. Anak-anak mude tu pulak dihidang dengan halwa telinga lagu-lagu El-Suraya (cam Selimut Putih, Palestine...). Teman terharu... patutle Sure Heboh dah boleh bawak ke sini... artis2nye dah boleh pimpin peminat ke syurga...ohhh!...terimekasih le semua pihak yang terlibat dalam program Sure Heboh tu.

FRU pulak memang same banyak ngan peminat artis2 tu. Tapi teman marah betul, deme tengak relaks kat warung makan, takde yang nak jaga keselamatan artis2 tu... tak bawak pun deme water canon yang selalu deme bawak mase nak jaga keselamatan Abang Mat Sabu masa die ceramah, topi ngan senapang tembak gas deme pun teman tak nampak... isk!isk! ate kalu jadi pape kat artis2 tu sape nak bertanggungjawab? DS Nizar mesti kena saman besor sebab sebelas bulan jadi MB tak buat garis panduan keselamatan artis2 yang datang ke Perak.

Balik ceghiter artis2 tu tadi. Deme memang sah udah warak. Buktinye takde sape terkinje-kinje mase Deejay perkenalkan deme, time Asar tadi Dejay memberhentikan progam dan mengajak semua yang datang semue pegi surau yang penganjur sediekan...dah tu, peminat lelaki pompuan semue berasingan...nyese teman marahkan Sure Heboh tu. Program tu bagus ya amat... selame ari ni orang PAS dah rugikan orang Perak sebab tak nyokong Sure Heboh... Oi PAS! Dengo arahan Mufti le kalo nak selamat, kalo nak sume oghang sayang.

Kat Lumut plak, remajenye tak de pun pegang2 tangan, tak de pun kat tempat2 semak dan gelap2. Lampu2 dipasang di merata tempat. Polis dan PPM meronda 24 jam. Ade je yang duduk dekat2, tak sampai seminit, dah kene cekup. Syabas MB baru ! Kedai2 24 jam yang jual arak dan kondom2 udah tidak dibenarkan beroperasi. Boleh kata Lumut @ Perak dah maksiat sifar !

Tahniah kepada MB, mufti dan penasihat agama baru MB, YB Najmuddin Alias al-hafiz. Kome tak respect ke deme2 ni. Kalau tak kerana deme ni, mesti teman masih sangka yang Sure Heboh tu masih haram !

Takbir !

6 comments:

  1. dengarnya, tiap2 waktu solat, azan akan dilaung oleh muadzin artis terkenal. pili2 ambil wudhu' dengarnya disediakan di sepanjang jalanraya. kain pelikat, kopiah & kain telekung disediakan untuk memastikan semua org solat.

    dengarnya solat2 fardhu dibuat tengah padang luas. dengarnya juga artis dah baca surah panjang seperti an-naba' untuk rakaat 1 dan an-nazi'at utk rakaat ke-2 bagi solat maghrib. tentu isyak lagi panjang. fuuh, bagus. dengarnya, tengah malam ni, ada solat tahajud beramai2.

    hebat. respect sungguh dengan cerita mufti yang hadir tiap2 kali waktu solat, menyuruh semua orang solat. dengarnya dia tak mau dapat dosa jika tidak menegur umat Islam di perak dari terleka dengan dunia. dengarnya juga MB bagi tazkirah selepas solat untuk menjauhi budaya kuning, dan kembali pada Islam.

    fuuuh ! takbir!

    ReplyDelete
  2. mike ada terlibat ke juge di sane? heheh.. adeh.. runsing teman nak beriadah esok, sure jem punya la area2 sini.. ke mane le teman nak berjalan esok ni..

    ReplyDelete
  3. ai teman ade dlm TLDM idak plak nmpk camtu....celaru ade le...sistem kaswalan GATE TLDM mencarut je...

    ReplyDelete
  4. Takbirrr..hidup mufti perak..
    teman pun rasa menyesal pulak duduk di rumah tak jengok tempat heboh2 tu..anak2 teman semua dah miang nak ajak pergi nengok..

    hisssh..rasa tak boleh tahan macamni..kena pergi jugak ler malam ni..bukan mudah nak dapat dengor tazkirah datok mufti..tambah2 ada solat hajat perdana dan qialmulail perdana malam ni di ketuai datok mufti ,berkat yop..doa datok mufti bukan main main..mustajab sangat2.
    Dengar cerita Mb mamak pulak ada tazkirah khas untuk muda mudi dgan artis ..rugi kalau tak pergi malam ni..sepuloh minit jer dari rumah teman..deraih yop..majlis dah bermula...

    ReplyDelete
  5. Isu Sure Heboh SS Dato' Harussani memberitahu, banyak pihak meminta kerajaan negeri membantah penganjuran program Jom Heboh di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut mulai sabtu.Bagaimanapun, katanya, program berkenaan dibuat oleh TLDM dan tidak melalui kerajaan negeri.''Saya tidak bersetuju dengan sebarang program berbentuk hiburan yang melalaikan,'' katanya.Pada 2004, Majlis Mufti-Mufti Malaysia memutuskan bahawa konsert Jom Heboh adalah haram kerana ia melalaikan dan menggalakkan maksiat di kalangan anak muda.
    ulasan : orang pas sedar sikit sure heboh tu bukan kelulusan kerajaan negeri.dia di buat di bawah kawasan tldm.macam ekspo yang pas buat.bukan kelulusan kerajaan negeri.pas boleh buat sesuka hati sebab kawasan depa sendiri.tapi konsert tunjuk punggung yang PR buat tu, sah-sah usahasama pas dan pkr.tahniah pas dalam perjuangan konsert.

    ReplyDelete
  6. Saudara Anonymous..Terima kasih kerana sudi memberi hujah,
    Mufti cakap tak setuju, kenapa diam sahaja.. tak bersuara.. apa nak sambung kontarak lagi ka..
    Ok bawah pentadbiran TLDM, besok depan Allah diYaumul Mahsyar boleh jawab macam tu ka!!
    Bagaimana dengan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi, beliau pun sebelum ini Menteri JPM yang bertanggungjawab Hae Ehwal Agama Islam, apa kah ini hadiahnya menjadi menteri Pertahanan....
    Dan Bagaimana pulak Mej Jen (B) Datuk Jamil Khair bekas Pengarah Kagat yang sekarang Menteri di JPM.. kenapa perkara ini boleh juga terjadi....
    OK bab konsert tunjuk punggung, kau tak baca habis cerita, pemuda PAS dan anggota Unit Amal dah bertelagah tak puas hati dengan penganjuran tersebut, itu yang orang PAS mampu, dan sejak daripada itu sampai sekarang dah tak ada lagi konsert-konsert merapu macam.. sekurang-kurang ada kesan dari bantahan PAS...
    Jadi saudara tak usahlah nak turut sama berdaleh dengan program tersebut, dan kemudian nak mengaitkan kan perkara yang lepas..
    Dok diam-diam fikir balik perbuatan kita tu.. betul atau tidak.. bertepatan atau tidak.. memang manusia lain tak tahu.. tapi segala niat perbuatan kita Allah tahu..

    ReplyDelete