Pages

Friday, April 24, 2009

RAYUAN BUAT DATO' SERI DR SS HAJI HARUSSANI BIN ZAKARIA - MUFTI NEGERI PERAK.



Dato' Seri Dr SS Haji Harussani bin Zakaria Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan.

Dato' Seri.. Tinggal beberapa jam sahaja lagi satu program budaya mungkar akan berlaku di dalam Pengkalan TLDM Negeri Perak.

Apakah Dato Seri tidak tahu akan program ini... saya dan penduduk daerah Seri Manjung ingin memaklumkan kami yang cintakan Islam sebagai Addin dan takutkan bala Allah bila-bila saja boleh berlaku.

Dato' Seri.. Saya dan penduduk Islam Manjung tidak mempunyai kuasa, tidak mempunyai autority untuk bersuara yang kami tidak suka budaya mungkar ini..Bahkan anggota TLDM yang menetap dalam Pengkalan TLDM itu sendiri pun tak suka akan program tersebut.
Justeru itu kami memohon pada Dato Seri, bersuaralah akan hal program tersebut.. beritahulah pemerintah akan program mungkar ini adalah tidak ada dalam ajaran Islam.

Dato' Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato' Seri bersuara sewaktu program ini berlaku pada tahun 2007 dahulu di Bandaraya Ipoh.

Dato' Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato Seri bersuara bila Dato Seri IR Nizar bin Jamaludin bekas MB Perak yang mohon Sembah Derhaka kepada Paduka Sultan Perak.

Dato' Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato Seri bersuara bila ada manusia bernama Nga Khor Meng yang ingin mendekati Islam dengan membaca Al-Quran.

Dato' Seri, Saya dan penduduk Islam Seri Manjung tidak mahu derhaka pada Allah S.W.T. Hanya ini sahaja yang kami mampu lakukan. Hanya ini sahaja tempat kami menyatakan rasa bencinya kani akan program tersebut. Moga-moga Allah S.W.T memahami niat kami. AMIN YA RAB BAL ALAMIN.

2 comments:

  1. bagus komen sebegini, patut fotostat letak kat setiap masjid di negeri perak..

    ReplyDelete
  2. Tersentuh dengan situasi masyarakat umum di Malaysia. Khususnya yang dihadapi oleh institusi alim ulama dan Raja Berpelembagaan. Hanya disebabkan Sohibus Samahah Datuk Seri Dr Harussani Zakaria mengeluarkan penyataan yang kelihatan menyokong sesetengah pihak, lantas beliau dituduh dengan pelbagai tuduhan yang tidak munasabah. Hinaan, cacian serta kejian bagaikan mainan terhadap seorang ulama yang mengorbankan seluruh hidupnya ke arah penyatuan Islam. Seolah-olah, beliau tidak pernah berfungsi sebagai ulama yang memperjuangakan Islam dengan sesungguhnya.


    Apakah kita melupakan jasa-jasa beliau dalam menentang isu Interfaith Commitee yang jelas satu usaha memurtadkan masyarakat Islam secara seluruh? Pandangan dan lontaran beliau dalam menangkis pandangan taksub pihak yang tidak bermazhab? Pada isu tersebut ternyata lebih tinggi kesannya kepada akidah umat Islam di bumi Malaysia ini khususnya. Atau kita lupa peranan Datuk Seri Dr Harussani Zakaria yang juga merupakan Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dipilih atas persetujuaan syura, bukan atas kepentingan diri.


    Terkesan dengan sikap sebilangan kecil penyokong-penyokong parti politik yang bertaqlid buta tuntas menghukum Sohibus Samahah Datuk Mufti Perak dengan pelbagai gelaran dan hinaan. Saya berasa khuatir candu politik semakin meresapi pemikiran umat Islam. Bibit perpecahan sangat mudah ditiup, hatta pantas sahaja sesebuah isu berlaku, pelbagai tohmah dan fitnah segera bertebaran.

    seperkara lagi, apakah saudara2 tahu apa sebenarnya yg beliau lakukan bagi menghalang program2 maksiat ini sedari dulu lagi? andainya kalian gunakan aqal budi bagi merenung.


    "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan". [Al-Hujuraat : 6]


    Asal sahaja tidak bersama dalam lingkaran sesebuah parti, pantas dijatuh hukum sesat atau tidak punya sifat nasionalis yang tinggi. Mengapa harus dibiarkan emosi menguasai akal? Matanglah dengan sifat tawadhhu kepada ALLAH SWT.


    Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri [Surah Luqman :18]


    Sepatutnya kita lebih rasional dengan emosi yang terkawal dalam memberi kritikan. Kata-kata keji dan makian hanya mengeruhkan perhubungan. Apakah dengan cercaan mampu membendung permasalahan? Andai berlaku juga kurang faham terhadap maksud yang disampaikan, mengapa jalan pertemuan empat mata tidak didahulukan? Ketika kita sibuk memukul gendang perang sesama saudara, ada pula segelintir kumpulan bertepuk tangan melihatkan hasil usaha mereka memusuhkan kita sesama Islam.


    Wallahu’alam

    p/s : orang Islam AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH; nada ini tak semestinya membawa konotasi orang umno.

    peminggir kota

    ReplyDelete