Pages

Thursday, April 23, 2009

Bolehkah Begini....

Salam.. Tengahari hari tadi aku dapat talipon daripada seseorang, meminta aku datang melihat sendiri di Rumah No 98B Kpg Dato Seri Kamarudin Seri Manjung, lokasi rumah betul-betul berhadapan dengan masjid KDSK....




Hangpa tau tak tu gambar apa?!!! Ha tu gambar bot tempur yang digunakan oleh Pasukan Khas Laut (PASKAL) dalam sesuatu operasi ketenteraan di laut.. Kalau tak silap aku bot jenis ini juga yang dibawa bersama oleh TLDM KD Mahawangsa ke Laut Eden Somalia sewaktu menghadapi lanun di sana..
Soalnya bagaimana bot tempur sebegini boleh dibawa balik letak kat depan rumah macam perhiasan pulak.. atau pun nak buat persediaan menghadapi banjir... tetapi kawasan ni bukan kawasan banjir sebelum ini...
Mengikut maklumat yang aku terima tuan rumah ini ialah kontraktor yang juga mengambil bahagian dalam membaiki bot... mungkin itu bot tersebut dibawa balik ke rumah... tetapi perkara ini menjadi buah mulut penduduk yang datang ke masjid...apakah nak buat pameran di rumahnya sempena Sure Heboh di Pengkalan TLDM...
Aku tak tau undang-undang Majlis Perbandaran Tempatan... tetapi dalam kawasan perumahan sebegini setahu aku tak boleh dibuat tempat bengkel atau sebagainya .. ini menganggu jiran sebelah dan sebagainya... Buatlah kerja sebegini di bengkel...

2 comments:

  1. untuk pengetahuan...rumah no 97B tue...rumah awek yg aku minat mse blaja kt poli ungku omar...dah 2 kali aku pegi masjid kdsk...juz tgk rmh dia dri masjid jer....aku sbnrnye ade ati kt dia...tp dia mcm nk x nk je layan aku....sedih pon ade....aku hrp aku boleh bersama dia pd suatu ari nnt...amin

    ReplyDelete
  2. Runner Boy...
    Moga-moga Allah S.w.T mengabulkan hajat kamu yang mulia itu.Amin..

    ReplyDelete