Pages

Monday, May 25, 2009

Nizar VS Zambri... Mogok Lapar... Ada Ummph...

Salam Sejahtera...

Nampaknya cadangan oleh Parti DAP untuk mengadakan mogok lapar telah menimbulkan sedikit kerisauan di kalangan UMNO dan para penyokongnya... Hangpa baca kat bawah ni...

Mengenai cadangan DAP mahu mengadakan mogok lapar selama tiga hari di Perak bermula Selasa ini, Perdana Menteri berharap tiada pihak yang perlu berbuat demikian sedangkan langkah perundangan masih terbuka.

"Sepatutnya tidak berlaku perkara seperti itu, kita patut serah kepada proses Perlembagaan dan undang- undang negara, kita tengok proses undang-undang belum selesai," katanya.


Kemudian ada lagi kumpulan-kumpulan penyayang kepada UMNO....baca lagi...kat bawah


Dalam pada itu, Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin menegaskan, umat Islam diharamkan menyertai mogok lapar itu dan pihak berkuasa pula perlu menghalangnya daripada berlangsung kerana ia boleh menimbulkan fitnah besar kepada negara.

Katanya, jika sesuatu mogok lapar berjaya dilangsungkan, ia mungkin menjadi permulaan kepada fitnah-fitnah lain pada masa akan datang.

"Orang Islam sama sekali diharamkan terlibat dalam mogok ini walaupun bertujuan memberi sokongan. Ini kerana umat Islam wajib menjaga nyawa sendiri.

"Jika tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, ia harus diselesaikan melalui rundingan atau perundangan," katanya.


Orang Islam tak boleh ikut sama... Puasa sunat boleh apa....puasa memohon pada Allah S.W.T menghancurkan Parti UMNO dengan secepat mungkin,,, sebabnya dah terlampau banyak kezaliman dilakukan oleh UMNO.... SELAMAT BERJUANG UNTUK MENGHAPUSKAN UMNO DI MUKA BUMI MALAYSIA......

1 comment:

  1. mogok-mogok-mogok.... dah lama sy cadangkan.... takde org nak buat.... patut nye mase dalam makamah masa rayuan haritu 3 hari mogok sampai keputusan keluar... depa nak tangguh pun goyang skit...

    ReplyDelete