Pages

Sunday, May 24, 2009

Ustaz ... Oh Ustas...

Salam Sejahtera...

Pagi tadi aku sempat tengok TV9 Nasi Lemak Kopi O... temuramah oleh pengacara anak arab yang lawa tu kepada isteri No 1 pendakwah/penyanyi Akil Hai.... sebelum ni keluar di muka hadapan Metro Akil Hai dengan penyanyi Wahida tu gossip aja,, depa hanya menikah dalam satu program rancangan ASTRO....

Tapi semalam, dalam rancangan nasi lemak kopi O tu, bini no1 Akil Hai dah membuat pengakuan yang Akil Hai memang dah kahwin dengan Waheha...baguihlah dah kahwin... artis dah popular, dah mampu kahwinlah... tak salah... bukan itu pun yang aku nak komen... cuma aku sedih dan simpati kat bini no1 ni, lupa pulak namanya...banyak kali ia sebak kesedihan nak menangis...dan ia memanggil suaminya Akil Hai ni dengan nama Ustaz...purrgh.. Ustaz... tapi Ustaz ni dah buat taik pada semua Ustaz-Ustaz lain....

Aku tak peduli kalau AC Mizal tu menikah lain, bekas bininya dok keluar TV kata AC Mizal tak bagi nafkah.. bab tu mampuih pi kat depa.... ni bab si Akil Hai ni memang dulu artis rock kumpulan D Ryad... lepas tu ia asyik dok ceramah atas pentas parti PAS, kat surau-surau....
Dan kali pertama aku dengar ceramah Akil Hai ni dia ada sebut..." kita orang Islam ni akan tewas kepada 3 ta...(tahkta, harta dan wanita)...tup-tup yang tukang ceramah ni dah tewas.....

Apa pun aku salute kat bini no 1, siap ucap tahniah kat Waheda kerana berjaya mendapatkan Ustaz sebagai suami, cuma aku nak peringat kat Waheda... hang jangan makan sorang aja... ingatlah sama kat no 1, hak dia pun ada sama... kang buatnya Akil Hai dapat yang No 3 pulak... aa baru hang rasa apa yang no 1 rasa.....  

2 comments:

  1. Ustaz pun kong kali kong jugak... ha..ha...ha... nak menikah ramai lantak pi la kat depa... tapi boleh ka berlaku adil, ceramah bagai nak rak... alih-alih sendiri pun tak betul... lagu mana tu...?

    Nak kena nyanyi lagu D'Riyadh ka...?

    ReplyDelete
  2. salam,

    hahaha, sungguh pedas dan kelakar komentar saudara. soal 1-2-3 mmg dah ditetapkan allah swt. tang tanggungjawab tu lah yg beratnya. yg ramai gagal, termasuklah apa yg kita dgr nie.

    kalu kail panjang nya tak sejengkal, jgn laut hendak di duga. kalu tak nak berkongsi, jgn bermadu!

    ReplyDelete