Pages

Wednesday, June 10, 2009

Cadangan Yang Cukup Baik..

Mahfuz cadang Husam, Mohd Sabu dilantik jawatan utama PAS
Irwan Muhammad Zain 
Wed | Jun 10, 09 | 12:26:00 am MYT

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar mencadangkan agar Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu diberikan jawatan yang penting dalam Dewan Harian PAS Pusat.

Mahfuz menegaskan kedua-dua pemimpin tersebut merupakan aset penting dalam PAS dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan.

Jika keduanya tidak diberikan jawatan-jawatan penting ia pastinya akan merugikan parti, jelas beliau.

"Saya mencadangkan agar Dato' Husam dan Mohamad Sabu diberikan jawatan penting dalam PAS.

"Mereka berdua merupakan aset penting kepada parti dan ia merugikan jika kita tidak melantik keduanya memegang apa-apa jawatan penting," tegas Mahfuz.

Mahfuz juga menjelaskan, kedua tokoh tersebut merupakan public figure yang mampu menarik sokongan terhadap PAS.

Kedua-dua tokoh tersebut juga tegas beliau, mampu mengukuhkan kepimpinan PAS jika diberikan jawatan penting dalam PAS.

Mengulas perkara yang sama, seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub turut sependapat dengan Mahfuz yang mahukan kedua tokoh penting PAS itu diberikan jawatan penting dalam parti.

"Saya juga bersetuju dengan pandangan bahawa kedua-dua tokoh ini harus diberikan tempat yang sewajarnya bersesuaian dengan peranan dan khidmat mereka kepada parti sebelum ini.

"Andai kita membiarkan keduanya tanpa jawatan ibarat membiarkan kilauan permata malap kerana tidak tahu menjaganya," tegas Salahuddin. Menurutnya, walau apa pun keputusan soal pelantikan ini diserahkan kepada kebijaksanaan Presiden PAS dalam mesyuarat yang akan diadakan pada 11 Jun ini.

Beliau juga menegaskan kedua tokoh penting itu mampu mengukuhkan kepimpinan PAS untuk menguatkan lagi Pakatan Rakyat dan memastikan kemenangan dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu sebelum ini merupakan Naib Presiden PAS. - 

Komen: Terimakasih Dato Mahfuz... kerana berani mengeluarkan idea yang cukup baik buat Parti... sebelum kita nak buat Kerajaan Perpaduan dengan UMNO adalah lebih baik Perpaduan sesama ahli parti diperkukuhkan... Harapan aku dapat sokongan semua pihak AJK PAS Pusat...

2 comments: