Pages

Wednesday, June 10, 2009

Untuk Keharmonian PAS dan Pakatan Rakyat....


Tiga pekara ini boleh meredakan dan menjernihkan kembali kepercayaan Ahli PAS dan Gabungan Pakatan Rakyat.

1. Tuan Presiden Dan Timbalan Presiden Wajib Membuat Kenyataan Terbuka Bahawa PAS Menolak Sekeras-kerasnya Kerajaan Perpaduan dengan UMNO atau BN yang sedang diperkatakan Sekarang ini.. Jangan sekali-kali cuba lagi untuk menafikannya atau dengan menggunakan apa-apa istilah yang boleh meragui ahli-ahli  atau penyokong-penyokong yang semua kita kena maklum bahawa sebahaginya berada di ceruk-ceruk kampung… mana mereka semua ini faham kerajaan perpaduan ke,kerajaan jahanam ke atau apa-apa istilah yang memerlukan kepada penjelasan…

2.Dan juga wajib Meminta maaf secara terbuka di atas kesalahan yang telah kita lakukan.. kerana Kita semua bukannya maksum, maka untuk menyakinkan lagi penyokong-penyokong kita serta gabungan Pakatan rakyat adalah dengan memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.. Dan sebaik-baik orang yang telah melakukan kesalahan adalah memohon maaf.Kesalahan ini besar… ia melibatkan amanat seluruh ahli-ahli PAS yang memberikan kepercayaan kepada Tuan Presiden dan timbalan.. Kerana Seluruh ahli PAS,penyokong dan pengundi PAS tak pernahpun membenarkan kepada kita pergi berbincang-senyap-senyap dengan UMNO BN suatu ketika dahulu.. Bila-bila,kalau nak buat sesuatu yang pelik tu tanya Mursyidul Am dahulu…

3. Yang ni Khusus untuk Timbalan Presiden… Tolong mintak maaf dengan Mursyidul Am Pas Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (ic tak ingat) di atas keterlanjuran mulut yang kurang ajar itu… Dah la kita tu bukannya Tok Guru,jauh sekali untuk dipanggil ulamak,kurang-kurangnya hormatilah sikit atau banyak pun tak apa pada seseorang yang bergelar tok guru… lantak pi lah nak letak nama Mursyidul Am ke Mujaddid Ke, Imam Mujtahid Ke, Khalifah ke, amir mukmin ke, dalam organisasi PAS tapi kalau mung semua tak nak  dengar dan patuh atau wala padanya… tiada guna langsung nama-nama itu… Orang kelantan khususnya dan yang lain-lain amnya amat-amat dan sangat-sangat menghormati Nik Aziz bukan kerana gelaran atau apa-apa panggilan yang diberikan oleh PAS atau Kerajaan Malaysia kepadanya tetapi kerana Dia Seorang Tok Guru Yang Warak Dan Zuhud.. Dia amal apa yang beliau ajar…dengan limpahan ilmu yang ada padanya,dia dapat curahkan kepada seluruh rakyat kelantan dan di luar kelantan dan dia amalkan ilmu itu di dalam kehidupan sehariannya sama ada sebagai seorang pemimpin sebuah kerajaan,pemimpin sebuah Jemaah PAS atau pemimpin kepada sebuah keluarga…

Pandangannya tentang Kerajaan Perpaduan adalah bukan pandangan yang bersifat peribadi seperti yang kamu katakan tempoh hari kerana Tok Guru adalah mursyidul Am PAS…dan beliau berhak membetulkan kesilapan dan kecelaruan yang berlaku di dalam PAS. Dan kalau kamu sendiri melakukan kesalahan pun Tok Guru akan menegurnya dan Tok Guru tidak ada apa-apa kepentinganpun dalam PAS sehingga mengeluarkan kenyataan yang dianggap peribadi sebegitu. Tok Guru ingin sangat melihat keharmonian dan ukhuwwah yang terjalin bersama Gabungan pakatan Rakyat tidak dirosakkan dan dikhianati oleh individu-individu yang gila kuasa dan bengong di dalam PAS.Sebab itu Tok Guru sangat-sangat menentang cadangan Kerajaan Perpaduan bersama dengan UMNO BN.Mengapa kamu bengong sangat sampat tok guru beberapa kali mengulangi pendiriannya itu…

Adab kita bersama ulamak atau tok guru,cukuplah sekali sahaja tegurannya… mudah-mudahan kita semua boleh Faham… ini sampai berkali- kali? bengong sangatkah kita?Dah lah mintak maaf tak mahu… masih lagi ulanginya di muktamar dan selepas muktamar… berbeli-belit pula tu menafikannya… itu la , ini la… janganlah kita nak jadi bengong sangat walaupun apa seklipun pangkat kita… bila tok guru dah bersuara, berhentilah kerja bengong kita tu…

Sumber : http://pinkturtle2.wordpress.com/

Nampaknya adik ku yang sorang ni dah betul-betul marah....aaaaa.. jadi sama-samalah kita ambik iktibar demi kebaikan masa depan Islam...

No comments:

Post a Comment