Pages

Thursday, July 2, 2009

H1N1 - Rakyat tak peka....

Salam Sejahtera...
Dalam suasana negara kita Malaysia dilanda pelbagai masaalah, ekonomi negara semakin jatuh, harga barang keperluan pengguna semakin meningkat, minyak petrol/diesel pun diura-ura akan naik pada bulan September depan, masaalah demam denggi dan chingkunya yang tak ada ubatnya lagi, sehingga sekarang kat tempat aku denggi masih lagi tak berubah, sentiasa ada petugas kementerian kesihatan menyembur kat kawasan perumahan pada setiap petang hampir magrib..

Dalam pada masaalah yang menimpa belum ada tanda penyudahnya. datang lagi bala yang diturunkan oleh Allah yang pada mulanya di negara Mexico 2 bulan lepas, tup-tup dah mula menular ke negara Malaysia, apakan ini sebagai hadiah kepada Perdana Menteri 1Malaysia..
Apa pun penyakit H1NI Infuleaza A ini semakin hari semakin mendapat sambutan yang menggalakkan, tiap hari ada saja berita mengenainya..
Ada Pak Menteri syorkan tukar istilah penyakit tersebut kepada selsema babi, kemudian disanggah oleh KP Kementerian Kesihatan...Namun mengikut ramai pandangan umum, rakyat Malaysia memang tak ambik kisah tentang penyakit tersebut.

Teringat balik aku waktu aku pi kuliah magrib bulanan yang disampaikan oleh Ustaz Haji Ahmad Rizam Ghazali dari Kuala Kubu pada hari Ahad lepas, beliau menyatakan semenjak penyakit ini menular belum ada imam-imam masjid yang mengambil iktibar untuk mengadakan sembahyang hajat untuk menolak bala akan kedatangan penyakit tersebut, apakah kerana nama penyakit tu selsema babi, dan penyakit tu juga hanya kena pada kaum yang makan babi..

Aku terfikir balik, betul juga kata ustaz tu, tak kiralah penyakit tu apa nama dan siapa yang mengidapnya, bukankan Islam itu untuk semua.. alangkah baiknya kalau geng Pemuda PAS mengambil inisiatif mengajak rakan-rakan pemuda dari UMNO, PKR, NGO-NGO dan lain-lain lagi yang beragama Islam mengadakan sembahyang hajat Perdana menolak bala akan penyakit tersebut, tak semestinya hanya membawa usul penyalit tersebut ke Parlimen untuk dibahas, sedangkan penyakit itu tetap datang menyerang rakyat Malaysia, dengan slogan PAS for All alangkah baiknya Pemuda PAS memulakan langkah dengan kerja-kerja amal sambil berdakwah kepada semua masyarakat Malaysia dari asyik nak berwacana Ilmiah dengan Pemuda UMNO sahaja..

1 comment:

  1. kah-kah-kah

    PKR Gerik, Thursday, July 2, 2009
    Malam tadi nampak sangat seperti PR sedang dilanda krisis besar apabila DAP Kedah menarik diri dari PR. Namun kenyataan pemimpin-pemimpin PR hari ini bernada sebaliknya. Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP Pusat menyatakan bahawa cerita DAP Kedah yang merajuk itu sebagai satu perkara yang tidak serius. Mereka menafikan DAP Kedah keluar PR. Lim Kit Siang dan Karpal Singh sependapat merajuknya DAP Kedah itu bukan sesuatu yang serius yang boleh memecah belahkan PR. Jadi merajuknya DAP Kedah sesuatu yang tidak serius, perkara kecil saja, seperti mak bapa kita bergaduh atau kita suami-isteri bergaduh yang akhirnya berbaik semula.

    Kesian BN. Dulu ketika isu kerajaan perpaduan sedang panas, mereka sudah bertepuk tangan, tanda saat kemenangan sedang menanti di depan. Kini kenyataan pemimpin-pemimpin PR mengenai DAP Kedah sekali lagi menyebabkan BN yang sedang bersiap sedia untuk berpesta terpaksa menangguhkan pesta mereka. Sekali lagi, kesian Babi Negara!
    hik

    ReplyDelete