Pages

Friday, July 3, 2009

Wacana Ilmiah - Dah Dapat Restu !!!

Salam Sejahtera...

Program yang menjadi topik perbualan hangat semua parti politik tak kira UMNO, PAS, PKR dan DAP yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Pusat telah mendapat kata putus dari Presiden PAS sendiri..Baca DI SINI.

Bila Presiden sendiri dah bagi green light, maka teruskanlah..... cuma aku rasa hairan bagaimana dengan kata-kata Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Ahmad Sabky Yusof....

“Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan, tidak memilih menggunakan perkataan debat kerana sebelum ini Khairy gagal dan tidak mampu untuk menyahut cabaran debat yang dikemukakan oleh beliau sebelum ini.

“Untuk rekod sudah tiga kali Nasruddin mencabar Khairy berdebat dan semuanya tidak terjawab. Bagi memungkinkan Khairy berhujah, beliau menawarkan pentas berhujah atas nama wacana ilmu, tetapi semangatnya tetap semangat debat,” katanya pada sidang media di sini, semalam."

Cerita seterusnya DI SINI. Aku tak mau nak hurai mengikut tafsiran kepala hotak aku yang tengah pening kekeliruan disebabkan apa yang dok berlaku dalam PAS sekarang. Cuma pembaca-pembaca sendirilah nilaikan dan fahamilah sendiri mengikut tafsiran sendiri... kalau ada rasa baik dan betul maka berdoalah saja agar mendapat keberkatan. Maka kalau ada rasa kekeliruan atau kegusaran berdoalah juga minta lindung dari Allah.

Apa pun yang terbaiknya bilakah Pemuda PAS Pusat nak turun sama-sama berkempen di Manik Urai, jangan hanya bila TGNA ajak PM berdebat, pemuda pun turut sama nak berdebat, tetapi bila TGNA nak menghadapi PRK MU, maka dibiarkan anak buah TGNA sahaja yang nak melawan UMNO...inikah yang ada pada Pemuda PAS Pusat........

2 comments:

  1. Aku dah tulis satu surat kat ulamak Syeikh Tantawi.... http://leecopperten.blogspot.com/2009/07/kepada-nasrudin-tantawi-jangan-hampiri.html

    ReplyDelete
  2. kalo pas kaw. manek urai handle sorang pun
    ameno terburai...betui dak bro?

    ReplyDelete