Pages

Wednesday, July 1, 2009

Kerajaan Perpaduan... Apa sebenarnya....

Salam Sejahtera....

Apa sebenar yang melanda PAS yang sedang nak menghadapi PRK MU.. Apakah ada pihak-pihak boneka UMNO dalam PAS masih tak berpuas hati dengan satu artikel semalam.. masih lagi ada terasa sayang pada UMNO dan BN...

Baca di bawah sini...laporan dari Malaysiakini..

Isu k'jaan perpaduan meletus semula?
Jul 1, 09
5:12pm
Isu kerajaan perpaduan rupa-rupanya belum reda dalam PAS dan mudah mencetuskan pergeseran kembali di kalangan kumpulan yang menyokong dan membantahnya.

Mangsa terbaru melibatkan artikel ahli jawatankuasa pusatnya Dr Dzulkefly Ahmad di akhbar web rasmi PAS Harakahdaily yang tiba-tiba lesap tidak boleh dibaca lagi hari ini.

Artikel tertajuk "Gagasan Pemikiran Kerajaan Perpaduan, Mana Silapnya?" dimuatkan tengah hari semalam tetapi ditarik balik susulan bantahan seorang pemimpin kanan parti yang turut menguasai sidang pengarang Harakah.

Masa dan tarikh ia dibuang daripada edisi internet itu tidak dapat dipastikan tetapi ia menjadi buah mulut di kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri, termasuk di internet.

Artikel yang sama dihantar untuk edisi terbaru akhbar rasmi PAS tetapi difahamkan nasibnya sama dengan edisi dalam talian di laman web tersebut - ditarik balik walaupun telah dicetak, sebahagiannya.

Saranan mengadakan perbincangan kerajaan perpaduan PAS-Umno bermula Februari lalu lagi tetapi menonjol lebih jelas di muktamar ke-55 kira-kira sebulan lalu sehingga diredakan 22 Jun apabila ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat menolaknya.

[Laporan penuh menyusul]

Komen... bagi aku hormatilah kehendak perwakilan muktamar PAS 54 di Ipoh yang lalu.. dan hormatilah juga pimpinan kita Mursyidul AM PAS.. janganlah ada kepentingan peribadi lalu diambil kesempatan dengan nama Kerajaan Perpaduan.

7 comments:

  1. Salam Tuan,

    Depa ni masih berkeinginan dan cuba nak test market lagi tu.

    Dah masuk 9 hari dari hari keputusan TGNA dan TGHH berkenaan UG ni. Tapi sampai hari ini masih tak kedengaran lagi ucapan atau perkataan maaf dari mulut si munafik Nasha dan Mustapa Ali.

    Aku bercadang nak letak gambar depa kat blog (gambar terbalik) nak tengok apa reaksi pembaca.

    ReplyDelete
  2. Walaikum Salam..

    Aku cadang kita bagi peluang lepas PRK MU dulu..lepas tu kalau tak ada reaksi.. baru kita pakat on ....

    ReplyDelete
  3. Tuan tanah dan Isa,

    aku cadangkan muka depa berdua diletakan secara terbalik dengan muka setiap sebelah gambar depa ialah tengkorak.....biaq depa tau sikit....

    En. Nasha sijanggut kontot dan setopa ali masih x sedar diri lagi. malaun ini patut dibuang jer daripada parti... dah la menumpang jadik wakil rakyat tempat org....banjingan betul silabi berdua ....khak.....ptuih!!!!

    ReplyDelete
  4. Saya tak berapa setuju dengan atrikel tu, macam kesiangan sebab hal UG ni dah dikuburkan minggu lepas.

    Tapi mendelete artikel tu adalah kerja orang pengecut yang penakut nak berlawan secara berhujah pasal UG ni.

    Siap tarik balik fikrah yang telah dicetak, macam banyak duit sangat.

    Jangan la berlawan gaya perempuan. Macam tak da telur. Tak puas hati jumpa depan-depan.

    ReplyDelete
  5. Lepaih isu UG dikatakan selasai dan tutup, aku dah komen dalam banyak blog supaya TGHH, Nasa dan Tapa Ali minta maaf pada ahli dan penyokong PAS dan PR. Aku komen macam tu sebab hati aku masih rasa UG tidak dibatalkan cuma ditangguh ke satu tempoh yang mereka fikirkan sesuai.

    ReplyDelete
  6. Maaf MM aku kurang ajar sikit dalam http://leecopperten.blogspot.com/2009/07/ulamak-buta-perut.html

    ReplyDelete