Pages

Thursday, July 2, 2009

Kerajaan Perpaduan Tutup... Buka pula Wacana Ilmiah..

Salam Sejahtera....
Hangpa tentu kenai siapa gambar sebelah ni kan.. kalau tak kenai saja nak cari nahas.... macam ni lah Ketua Pemuda PAS, ada tokoh syeikh... sekali pandang rupa comel pun ada juga... pandai cameraman ambik posing gambar dia...

Cuma sebelum aku nak tulis merapu, merepek lebih lanjut aku minta maaf bebanyak kepada kekawan semua, aku kena tegur kalau aku rasa tak betui.. pada pandangan mata kasar aku tak berapa kena pakaian yang dipakai oleh KPP ni... memang nampak smart.. tapi tak bersesuaian.. salah tempat.. nasib baik janggut sejemput aja... kalau janggut penuh dah jadi rupa lain.. lain tafsiran..

Kalau nak pakai serban, ikut sunnah nabi, memang baik, sangat-sangat di alu-alukan, tetapi janganlah kat tengkok tu dicekik dengan tali leher pulak... tak kan kat kepala ikut Sunnah, kat leher cekik ikut barat...
Apakah macam ini pakaian Presiden PAS atau Mursyidul AM PAS sebelum ini... aku tak pernah lihat sebelum ni Tok Guru pakai macam... awak sebagai KPP ada perhatian... kang jadi ikutan oleh ahli-ahli PAS yang perasaan ulamak... pakai serban pakai tali leher, elok sangatlah tu.... tetapi kalau difikir betullah juga ya... perpaduan... mesti Islam 1/4 manakala barat pula 3/4..... ngamlah tu....

Pagi tadi jam 7.40 pagi telefon aku yang lama tak dapat panggilan masuk ada panggilan masuk...ingat kut kawan setempat kerja call bagi tau tak mai kerja.. rupanya adik blogger aku dari Kelantan call maklum kes yang dalam gambar sebelah ni... aduhai..

Kalau diikut seperti apa yang dilaporkan DI SINI, tujuan sebenar memang cukup baik, tetapi kita harus ingat, UMNO sekarang umpama sang harimau yang sedang kesakitan nazak dah nak mati, terlalu banyak risiko yang bakal kita tempuhi kalau kita nak pi menyelamatkannya.. Ia akan menyerang kita balik walaupun tujuan dan niat kita baik.. hangpa boleh baca DI SINI.

Ingatlah balik sewaktu Khairy bertemu Datuk Husam dan Prof Aziz Bari di Kota Bahru bulan Nov 08 yang lalu, Khairy bukan seperti KP UMNO sebelumnya iaitu Hisyamudin, atau pun calon lawannya Mukhris Mahatir & Khir Toyo, Khairy seorang ahli politik yang cukup licik dan bukan jenis penakut.. ingat apa yang terjadi semasa kempen PRK Parlimen Kuala Terengganu yang lepas, isu hudud dipermainkan oleh UMNO diambil dari kes Debat Khairy dengan Husam di Kota Bharu...

Sepatutnya adalah lebih baik kalau KPP menyahut panggilan Ketua Pemuda DAP dan PKR dalam debat "Kemana hala tuju PAS selepas Muktamar 55". Tetapi KPP tarik diri kerana kononnya tak dapat kebenaran dari pimpinan atasan. Sedangkan itulah yang terbaiknya, kenalilah dahulu sahabat-sahabat dalam Pakatan Rakyat, dan terangkan dasar baru Pemuda kepada mereka, kemudian selepas itu kalau nak pi berjumpa dengan UMNO pun pergilah kalau dah rasa teramat rindu nak bertemu..

Ingat kita hanya ada 11 hari saja lagi untuk pengundi DUN Manik Urai nak pi buang undi, janganlah nanti kerusi DUN MU terlepas, wacana ilmiah entah ke mana... itu jam ... padan muka...

5 comments:

  1. Artikel tersebut boleh dibaca di blognya [KLIK]

    ReplyDelete
  2. serban ikut sunah,,,,,,,,,, hahahahahaha

    ReplyDelete
  3. Pemuda PAS sudah meroyan, kata seorang kenalan saya dalam Facebook saya. Wacana bagus, bincang unity bagus, tapi baru sangat lagi, belum kebah lagi demam, dah makan "durian" banyak, ni nak demam lagi lah! Isu ini sudah tentu dimainkan di Manek Urai, dan kalau PAS kalah di Manek Urai, Pemuda PAS harus dipertanggungjawabkan!

    ReplyDelete
  4. Pakaian dia pun perpaduan. Serban Putih,baju biru, necktie hijau dan kot kelabu. Eloklah tu... sapa perunding imej dia?

    Awat depa dok kira nak baik dgn Umno jugak? Tak fahamlah aku.... Dok buka tutup...buka tutup...buka tutup...cerita perpaduan ni.

    Ada janji nak jadi senator kot?

    ReplyDelete
  5. Tak berhikmah betul KP Pas ni.
    Tunggu la dulu sampai semua dah reda. Baru la nak dialog.

    Apa yang kemaruk sangat sampai mengadap Razali Ismail kat Parlimen ni?

    Dah lah pakai serban dengan pakai kot tali leher. Langsung tak semenggah!

    ReplyDelete