Pages

Friday, August 14, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. H1N1...baru nak bincang..!@#!@

Salam sejahtera....

Kalau selalu PM 1Malaysia laki bini yang tukang menyampaikan berita sedih konoooon, menyampaikan nasihat kepada rakyat supaya jangan panik, bersabar, jaga kebersihan.bla....bla...bla...... TETAPI hari ini Mat Sembap (Pinjam Perkataan TukarTiub) pulak yang jadi jurucakap.... mana pi PM 1Malaysia laki bini..... dah kena jangkitan Selsema babi juga... aku memang alu-alukan kalau PM 1Malaysia kena....moga-moga Allah perkenankan harapan ku ini, biar PM1 Malaysia rasai apa yang rakyat rasa......

Mat Sembap memaklumkan ........

Pengumuman kawasan panas H1N1 akan dibincangkan - Muhyiddin

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membincangkan dengan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan kemungkinan mengumumkan kepada orang ramai kawasan atau lokasi panas di negara ini yang banyak mencatatkan kes Influenza A(H1N1).

Timbalan Perdana Menteri berkata negara kini pada peringkat mencari jalan menangani penularan virus wabak itu kerana tahap mengkuarantin telah dilaksanakan kira-kira sebulan lepas.

"Ia boleh dikatakan kita pada peringkat membimbangkan. Bagaimanapun kita telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk menangani masalah ini. Kita tidak ada untuk disembunyikan dan maklumat diberikan kepada orang ramai setiap hari melalui media.

"Dari situ kita boleh tahu lokasi seperti jika sebuah sekolah ditutup di sesuatu kawasan. Sungguhpun peratus kes H1N1 di negara masih lagi rendah berbanding dengan jumlah keseluruhan penduduk, kita tidak boleh ambil ringan dengan ancaman ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Pencegahan Jenayah anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Kemenetrian Pelajaran di sini hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata antara tindakan yang diambil kerajaan ialah memastikan semua hospital di negara ini termasuk hospital swasta menyediakan ubat H1N1, Tamiflu.

"Kesedaran orang ramai juga ditingkatkan. Kini semua hospital tahu langkah-langkah yang akan diambil untuk merawat mereka yang dijangkiti virus ini," kata Muhyiddin.

Beliau berkata sungguhpun mungkin ada sesetengah lokasi di negara ini yang belum lagi mencatatkan pesakit Influenza A(H1N1), ini tidak bermakna bahawa lokasi itu bebas daripada virus tersebut.

Katanya kerajaan tidak mengambil ringan dalam mengendalikan INFLUENZA A (H1N1) kerana ia membabitkan nyawa orang ramai dan tindakan penting diambil bagi membendung penyakit itu. "Mengenai kawasan panas, kita perlu tahu jika ia akan membantu membendung penularan penyakit itu. Jika Kementerian Kesihatan merasakan bahawa ia akan membantu, barulah kita akan teruskan dan memaklumkan lokasi-lokasi berkenaan."

"Ini berbeza dengan jerebu, kita siarkan kawasan panas. Jerebu boleh dilihat dengan mata kasar tetapi bukan H1N1. Jadi kita hendaklah berhati-hati," tambah beliau.

Timbalan Perdana Menteri itu juga berkata peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta telah diberikan kepada Kementerian Kesihatan untuk menyimpan bekalan Tamiflu.BERNAMA

Komen: Rakyat dah 57 orang meninggal, masih lagi nak bincang.... apalah malangnya rakyat Malaysia dapat PM1 Malaysia, Timbalan PM1... semuanya lembapppppp........!!!!!@#$%%^

1 comment:

  1. Derhaka Hanya Pada Allah


    Semoga Bangunan Gah hasil dari wang rakyat ini Ini Ditelan Bumi Bersama Penghuni-Penghuninya.

    Apabila Raja Memijak Perlembagaan Negeri.

    Tunggulah Masanya Rakyat Memijak Mahkota Raja

    Pada Masa Itu Usah Dikesali Lagi

    Apabila Istana menjadi Gedung Barang Purba

    Aku Tidak Mengundi Barisan Nasional
    Sebab Aku Ada Prinsip Bahwa Jika Mahu berkuasa
    Perlembagaan lah Yang Wajar Dituruti
    Bukan Nafsu Yang Membuak
    Bukann raja Yang Memihak

    Selamat Jalan Tuanku Sultan Perak
    Barang Dijauhkan Allah
    Keturunan ku Bertemu Jodoh Dengan Keturunan Mu,

    Percayalah Tuanku
    Bahawa Mereka yang Zalim
    Pasti Akan Dihapuskan Tuhan Hingga Ke Akar Umbi


    Dikau Patut Mencontohi Queen Beatrik

    Queen Yang memerintah Negara Natherland

    Baginda di Lantik Menjadi Queen

    Tidak Mencampuri Urusan perniagaan dan Politik.

    AKU MOHON DURHAKA TUANKU

    Tapi hanya pada kata-kata

    kerna pada ku makna derhaka

    hanya pada allah subhanahuwataala.

    Apa Jadi Dengan Gamuda.Dah Nak Bengkrup.semoga hancur lebur hendaknya...

    RAJA KUCING
    NEGERI PERAK

    http://bbcatlover.blogspot.com/2009/08/derhaka-hanya-pada-allah.html

    ReplyDelete