Pages

Friday, August 14, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Tazkirah DS IR Nizar Di Surau Fasa 2D Seri Manjung..

Salam Sejahtera....

Memang dah jadi routine DS IR Nizar setiap hari Jumaat beliau akan turun ke DUN Pasir Panjang menemui penduduk disekitar sini.. Alhamdulillah beliau dapat melaksana kan tugasnya sebagai wakil rakyat DUN Pasir Panjang.

Dalam aturcara yang padat di mulai dari Sembahyang Fardhu Jumaat, aktiviti bersama masyarakat Batu 14, kemudia pada sebelah petang beliau sempat lagi bersama isteri dan anak bongsunya ke Pasar Malam Padang Tembak Teluk Muruk, kemudian selepas magrib datang pula ke Surau Fasa 2D memberi tazkirah.. Mengenai ke Pasar Malam Teluk Muruk, Insyallah.. besok kalau ada keizinan waktu aku siarkan... Cuma aku nak ambik sedikit sedutan dari tazkirah beliau sekejap tadi....

Waktu aku sampai, pengerusi surau Cikgu Ya tengah mula berucap, sempat pula beliau meminta DS IR Nizar menyampaikan tazkirah bersangkutan dengan puasa disebabkan dah masuk bulan ramadhan... Pengerusi Surau tak berucap lama terus menjemput DS IR Nizar memberi tazkirah..
Fuiyooo.. Malam ni penampilan DSIR Nizar berlainan... selalu ia pakai songkok hitam, tetapi malam ni ia pakai kopiah putih, tak tau apa pasai, apakah songkok hitam tertinggal, atau memang nak buat penampilan baru... aku sokong kalau pakai kopiah putih.. baru nampak mantap .... harap DS IR Nizar teruskan dengan penampilan tersebut.. kalau songkok hitam nampak macam orang UMNO aja...

Sampai kat meja yang disediakan.. DS IR Nizar terus membaca ayat alquran mengenai arahan berpuasa...dari sini beliau menasihatkan para pendengar yang berada memeriksa balik apakah puasa yang diamalkan sebelum ini benar-benar puasa.. kalau yang dah berumur 40 tahun paling kurang kena berpuasa sekurang-kurangnya 25 tahun sebab tolak 15 tahun belum baligh...

Kalau setakat buat apa yang Allah suruh, larang apa yang Allah tegah, itu adalah yang paling koman punya puasa..kemudian beliau menyentuh trend orang Melayu, kalau puasa bersungguh-sungguh mereka puasa.. tetapi bila bab sembahyang... itulah suasana orang Melayu... sedangkan arahan menyuruh sembahyang berbelas ayat dalam Quran, manakala puasa cuma satu ayat sahaja...selain dari itu satu lagi bila bulan ramadhan, masjid penuh bila time sembahyang terawih, tetapi bila menjelang syawal lepas tu masjid yang tinggal hanyalah makmum yang kencing manis, darah tinggi aja, yang lain entah kemana....

Selain dari itu beliau sempat menasihatkan jangan membuat sesuatu itu untuk kepentingan orang lain melebihi kepentingan Allah dalam sesuatu tugas. Sempat juga beliau menceritakan sedikit mengenai kes Teoh yang dituduh membunuh diri, kemudian teori terjun bangunan setinggi 14 tingkat, menghabiskan wang rakyat bila ditubuhnya Suruhanjaya Inkues... cuma satu gurauan yang boleh dijadikan kempen PRU13 nanti, iaitu kalau tau siapa pembunuh Teoh, A Kugan, Altantunya dan ramai lagi, Kerajaan BN mesti dijatuhkan dulu pada PRU13.. maka dapatlah siapa pembunuh-pembunuh tersebut.

Mengenai kes beliau pegang lilin yang menjadi isu, beliau cuba membawa kisah dari sirah, menghormati mayat tak kira apa agama atau pun tiada agama, kerana manusia yang meninggal itu kembali pada Allah, kita yang hidup perlu menghormati, kerana Rasullulah pernah bangun bila mayat seorang Yahudi di usung di hadapan baginda, dan Rsul membongkok tanda hormat pada mayat itu dan dudk semula sehingga mayat tersebut lepas berlalu.......

Tetapi oleh kerana banyak pihak yang mengatakan tindakan beliau salah, seperti Mufti Perak sendiri, ada bijak pandai pensyarah Universiti sendiri mengatakan salah.. OK beliau terima dengan nasihat tersebut.. OK beliau mengaku salah, dan beliau dah istighfar semula.. kerana kita sentiasa dituntut beristigfar pun... OK lepas tu beliau menyoal kembali, bagaimana Najib laki bini pi nyalakan lampu tokong hindu di Batu cave dua hari sudah, beliau mendapat maklumat dari kaum India... Ok lagi satu, bagaimana seorang yang mengaku pemimpin Islam boleh membiarkan Isterinya mendedahkan aurat.. Kenapa tidak ada teguran dari Mufti ??!!! Sedangkan menutup aurat itu dituntut Allah.. Kenapa diam... Beliau menegaskan tanda sayang suami pada isteri ialah selalu menegur salah laku isteri terhadap Allah.. kalau tidak dayus lelaki tu...

Sebagai penutup DSIR Nizar cuba menerangkan tujuan berpuasa kita ialah untuk nak merebut kurniaan Allah iaitu Lailatul Qadar, kerana nilai lailatul qadar itu menyamai 1000 bulan atau pun 83 tahun kita beramal.. cuma yang menjadi kefahaman orang melayu kita ini ialah turunnya lailatulqadar pada malam hari, kemudian malam yang ganjil.. OK beliau memberi contoh, waktu kita di malaysia Malam, di Mekah baru nak masuk Asar, Di New Zealand dah pagi, di Jerman dah beza 12 jam lagi... jadi tak ada penyamaan waktu... jadi nak mengelakkan dari keraguan waktu sebegitu adalah lebih baik kita menganggap setiap waktu tak kira siang malam dalam bulan ramdhan itu akan turun lailatulqadar.. jadi dah tentu dapat...

Kemudian beliau mengandaikan kalau di Universiti kita belajar selama 4 tahun, kemudian periksa akhir selama sebulan, barulah lulus dapat ijazah.. tetapi ramadhan yang juga dipanggail madrasah, atau bulan latihan, kita cuma belajar/berlatih hanya sebulan, manakala 11 bulan lagi kita kena periksa.. periksa balik diri kita dapatkan kita terus praktik apa yang dipraktik dalam Ramadhan.

Itulah sedikit coretan yang dapat aku sampaikan.. banyak lagi yang beliau sampai... aku rasa cukup beruntung dapat ADUN (wakil Rakyat) yang begitu !!!! entahlah tak tau aku nak sebut... Alhandulillah,, itu saja.....cuma aku nak taip dah tak mampu... Ceramah beliau malam ni pun aku dah tak larat nak pi.. Tak apalah.. adik-adik blogger baru dah ramai yang pergi terutama Otai Manjung ada... Anaz dan Sya dari Perak Express pun ada juga...mereka dari siang sewaktu awal program lagi dah mula... moga-moga tugas mereka diberkati Allah...Ini semua hanyalah untuk memenangkan Islam pada PRU13 nanti.. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment