Pages

Friday, October 30, 2009

Dr Asri Nak Menyertai PAS!!.

Salam Sejahtera...

Sebelum ini aku cuma membaca dari blog Dr Asri sendiri Minda Tajdid, beliau menceritakan mengenai Ketua Dewan Ulamak PAS pi ziarah dia, siap pelawa dia masuk PAS. Tetapi beliau menolaknya..

Apa yang aku ketahui Dr Asri mula popular dalam tahun 95-96 kalau tak silap bila dia berdebat dengan Astora Jabat.

Kemudian dalam Mstar pula mengatakan dengan jelas DR Asri akan menyertai politik. Ceritanya DI SINI. Orang yang berilmu tinggi semacam Dr Asri bagi aku memang sepatutnya duduk dalam PAS, itulah yang sebaiknya, dalam Islam tak ada yang tak berpihak atau berkecuali dalam sesuatu, kalau ia berkecuali ini beerti ia masih kurang waras, kerana tak dapat mengenali yang mana satu haq atau yang batil..

Kalau ikut dari saranan Dr Mahathir seperti yang diceritakan dalam Mstar tu, memanglah Mahathir tak bersetuju kalau Dr Asri nak masuk politik, tak kan orang yang berilmu macam beliau nak masuk UMNO, mana nak taruk muka..... tak taulah kut-kut Najib offer jadi TPM, mungkin ia boleh terima kut... Kalau Dr Asri masuk PAS samalah zaman tahun 82 dulu bila Dato Asri jemput Anwar masuk PAS, sebelum terlepas Mahathir dah cilok dulu, maka sekarang ni Mahathir dah risau, umat Melayu dah dapat mengenali PAS, bahkan Cina dan India pun sama-sama turut mengenalinya, kalau DR Asri menyertai memang UMNo akan terjejas teruk lagi dari pandangan umat melayu.
Sama-samalah kita berdoa agar Allah membukakan hati beliau untuk menyertai PAS, moga-moga dengan kemasukannya dapat merungkai apa yang berlaku sekarang ini..Ahlan Wah Sahlan..
Mampos UMNO ... Ameen



1 comment:

  1. laaa..baru ni sertai..ana ingatkan dah jadi ahli PAS..anyway,kongratulation

    atau tuan blog sekadar nak bagi nasi goreng kita bertambah sodap

    ReplyDelete