Bhai,
Gua bagi lagi lu satu teori. Teori ni gua bebas bagi lu pilih nama. Semua pasal "three stoges".
Punca masalah.
- Hasan Ali nak jadi MB (UG)tapi disekat oleh TGNA.
- Stopha Ali anti Anwar dan ditegur oleh TGNA.
- Nasha Isa (baca Ali) nampak perpaduan Melayu Islam tapi ditempelak oleh TGNA.
Strategi
- Hasan Ali timbulkan masalah dalam negeri yang DAP meminta perkara yang bukan-bukan. Contohnya; DAP minta Shah Alam sebagai Bandar Pelbagai Budaya. Hasan Ali counter dengan isu arak.
- Stopha Ali gagalkan puak "erdogan" semasa pemilihan PAS. Peranan dan tugas beliau sebelum SU adalah besar dalam politik dan Muktamar.
- Nasha Ali bergayut di bawah janggut ulamak iaitu Majlis Syura. Majoriti Ahli MS terpengaruh dengan kertas kerja Haron Din pasal Melayu Islam.
- Setelah PRK Bagan Pinang (sebelum itu Manek Urai). Pengundi non-muslim sudah jauh dari PR. Strategi Hasan Ali nampak berjaya. Stopa Ali mengawal Presiden lembik. Nasha Ali selamba badak.
- Muncul surat Prof. Aziz Bari. TGNA yang sudah lama hidu ambil peluang daripada surat itu dan cadangkan EGM.
- Kelam kabut seantero PAS dengan cadangan EGM. Mesyuarat khas bincang pasal EGM.
Taktik
- Hasan Ali panggil bloggers (PAS UG & UMNO) cerita semua masalah dalam Selangor yang berpunca dari DAP dan PKR tentang halangan menjalankan syariat Islam.
- Stopha Ali merangka agenda untuk mesyuarat khas. Maklum balas diterima mensasarkan Hasan Ali.
- Nasha Ali gagal memujuk MS. Bersekongkol dengan Hasan Ali panggil blogers dedahkan Selangor sebagai "kad laporan".
- Kad laporan ini sebagai bukti bahawa UG perlu untuk menyelamatkan Islam daripada diganyang "Malaysian Malaysia" DAP. Andainya pemimpin PAS memecat Hasan Ali bermakna PAS telah membuat kesilapan besar kerana Hasan Ali memang berjuang Islam dan rakan PR telah mengambil peluang ke arah Malaysian Malaysia". Inilah slogan yang akan digunakan untuk meraih sokongan.
Apa terjadi?
- UG di Selangor sedang marak. Kalau tidak jadi sekalipun PAS akan dilihat tunduk kepada rakan PR dan BN akan kembali berkuasa.
- UG juga sedang marak di Trengganu dengan diketuai "ular" Haron Taib (baca Ali).
Penutup
- Melayu PAS (baca geng GANU) tidak confident memerintah negara kerana halangan "Malaysian Malaysia".
- Lebih baik dalam UG kerana dapat memberi "nasihat" berkaitan Islam.
Apa mesti buat
- Gerakkan pemimpin PAS aliran profesional melingkupkan geng GANU.
- Pertahankan TGNA dan "erdogan".
- Sebarkan pada blogers.
Gua tak sihatlah, kalau lu rasa nak tambah mana-mana bahagian lu bikin sendirilah.
Pages
▼
Friday, October 30, 2009
OH Aduka Taruna..
Aku terbaca satu posting dari AT di SINI . Nak tergelak pun ada, aduhai.. dua-dua yang disebutkan kekawan belaka, dua-dua aku kenai, cuma aku lebih kenal dan rapat dengan MSK, dan aku pun tak mau komen apa-apa bab ni, sebab kekadang pun aku pun plagiat juga, tetapi aku copy untuk memudahkan orang turut membacanya apa yang disampaikan.
Anonymous said...
Mengenai blogger Aduka Teruna ni dahn 4-5 orang pembaca blog dok mai tanya kat aku, siap telefon pun ada, tanya aku siapa AT, Aduka jadi popular bila kecohan dalam PAS selepas PRK Bagan Pinang, kebanyakannya semua dok marah kat Aduka kerana dia dok kutuk semua orang, biasalah oranglah PAS....., aku jawab balik, aku tak kenal Aduka, cuma aku dapat tau dari beberapa kekawan blogger yang Aduka ni stailnya macam Mat Rempit, itu pasai cara penulisannya pun begitu, orang muda,.
Apa pun bagi aku kalau nak baca blog Aduka, jangan baca apa yang ia tulis, tetapi fahami makna keseluruhan yang ia tulis itu, itu saja... sebab itu stail masing-masing, sendiri buat, sendiri tanggung...
Aku tulis pun bukan nak bodek ADuka atau nak kutuknya, kalau aku kutuk dia pun, dia tak kisah, sebab dia jenis suka kutuk orang, cuma aku tertarik satu komen dalam posting ni... satu analisa yang baik buat aku...... Aduka ... permission to copy...& paste, hang bagi ka tak aku ambik juga...
OK Aduka, aku dah tolong sebar apa yang diminta oleh tukang komen tu, biar pembaca yang berfikir apa yang kita sama-sama sampaikan, syarat nawaitu kita nak buang mana yang tak baik yang ada dalam PAS... Wallahuaklam.
Mampos UMNO - Ameen.
haluuuuuuuuuuuuuuuuuu
ReplyDelete100% aku sokong bro AT. Heran aku dengan pemimpin PAS zaman sekarang. banyak jenis perangai jubuq masam. beza dengan zaman Allahyarham Yussof Rawa, Ust. Fadhil Noor semua x bercelaru mcm ni. Tiba kat Geng Ganu Kite, semua punah - ranah.
Aku x la kater semua org Ganu Kite gitu, tetapi pengalaman masa blajaq dulu sudah mengajar aku sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina....
Nasib baik ada TGNA yang amsih sedar lagi bab ni. Kalo jadilah UG ni, alamat 100 tahun lagi la perjuangan PAS tak ke mana.
Ana sedar..hakikat sebenarnya ramai yang amat bersetuju kalau TGNA berundur..bukan shj berundur drp kerusi kesayangannya tetapi berundur terus drp dunia politik..biarlah semua org UMNO memujanya sebagai ulamak sejati bukan ulama yg suka mencaci..kpd ahli PAS..kita kita harus berpijak dibumi nyata..kita harus menerima hakikat..masa TGNA dlm dunia politik sudah hampir tamat..kita perlu membuang sikap egois..
ReplyDeleteTGNA bukannya PAS dan PAS bukannya milik mutlak TGNA..kita perlu berani seperti ahli UMNO yg berani meminta Pak Lah berundur..kita tak perlu hipokrit..kita tak perlu malu..mungkin apabila TGNA tiada lagi dlm PAS,ramai ahli UMNO akan menyertai kita..siapa tahu..
TERIMA KASIH seBeri..
MUNGKIN BENAR APA YG DIKATA
jit tontoya!!! khaik ptuhiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
ReplyDeleteBANG....
ReplyDeleteSEMUA PRESIDEN PAS ADA KAT BANNER TU.....
KENAPA TAK LETAK PRESIDEN PAS SEKARANG NI.....
TAK "WALA" LA MACAM NI....
Penyertaan PAS ke dalam BN tahun 2010/2011 hampir pasti. Usaha membawa PAS ke dalam BN sudah bermula dan sedang berjalan dengan rancak.
ReplyDelete