Pages
Sunday, February 28, 2010
Tiada PRU DUN Perak - Betui ka..
Siapa Yang jadi Balaci tu?..
Saturday, February 27, 2010
Baru 4, mana 72 lagi.. senaraikan ...
Ku Li = UMNO
Ku Li
Saya tertarik dengan kenyataan Tengku Razaleigh bahawa beliau masih setia kepada prinsip dan perjuangan UMNO. Hati saya berkata mungkin beliau maksudkan perjuangan dan “legacy” zaman Tunku Abdul Rahmand, Tun Razak dan Tun Dr Ismail. Kita semua tahu tak ada prinsip dan “legacy” UMNO Baru yang perlu Ku Li bela dan pertahankan. Malah dari kenyataan umum yang dibuat oleh Ku Li kebelakangan ini, banyak dasar kerajaan Barisan Nasional dibidas oleh Ku Li. Malah rasanya tak ada satu pun dasar UMNO hari ini yang Ku Li pertahankan sekarang. Jadi agak terkejut bila saya dengar Ku Li masih setia kepada perjuangan UMNO. Tapi siapalah saya nak mempersoalkan pendirian orang lain.
Yang saya nak utarakan hari ini ialah tentang UMNO Baru. Sebenarnya semasa UMNO Lama diharamkan dan ditutup oleh Dr Mahathir pada tahun 1987, Ku Li tidak dibenarkan masuk parti baru itu. Itu arahan Che Det. Kita tak boleh lupa dengan tindakan Pendaftar Pertubuhan yang telah meluluskan UMNO Baru sebagai pengganti UMNO Lama. Kita tak harus lupa dengan keputusan Pendfatar Pertubuhan yang telah membolehkan UMNO Baru mengambil alih semua aset dan harta UMNO 1946 dan tidak membenarkan pemimpin kanan parti seperti Tengku Razaleigh dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman menjadi ahli. Satu tindakan yang tidak bermaruah, salah dan tidak sah.
Tapi inilah budaya politik UMNO Baru. Ketepikan pemimpin sah yang mempunyai ramai pengikut dan tak perlu ikut undang-undang. Maka apakah sah sebenarnya UMNO Baru ini? Anak-anak muda yang berminat dengan politik hari ini mesti menyedari perkara ini. Jangan kita mudah lupa sejarah. InsyaAllah, bila Pakatan Rakyat diberi mandat opleh rakyat nanti, kita akan kaji semula semua ini.
Jadi kalau Ku Li nak tahu sama ada UMNO Baru ini sah, dan harta-harta yang diambil dari UMNO Lama itu sah; dan sama ada harta-harta yang diberi kepada kroni-kroni oleh pemimpin atasan UMNO Baru itu pun sah; Ku Li mestilah membantu perjuangan Pakatan Rakyat.
Kes saya dengan jaguh wartawan A Kadir Jasin yang terkenal sebagai orang yang memuja Dr Mahathir mungkin dapat memberi gambaran tentang ke mana perginya harta UMNO Lama. Kadir telah menuduh saya menjadi “orang perantaraan” dalam pembahagian harta itu kepada UMNO Baru dan orang orang tertentu. Lalu Kadir tuduh saya jadi kaya-raya. Kita tunggu drama ini di Mahkamah dan lihat siapa sebenarnya yang dapat harta-harta itu dan siapa pula yang jadi “orang perantaraan” yang sebenar.
Tapi lebih seronok lagi kalau rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat . Di bawah Pakatan Rakyat, kehakiman dan undang-undang akan dijamin adil dan saksama. Satu Suruhanjaya bebas akan kita bentuk untuk menyiasat semua penyelawengan . Kalau harta bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra yang diperolehi secara haram di zaman pemeneritahannya boleh diambil tindakan oleh kerajaan Thailand sekarang, mengapa tidak di Malaysia suatu hari nanti?
Sumber :myzaidibrahim.
Kerajaan DAP Pulau Pinang Menghalang Sistem Pernikahan Umat Islam,,
Friday, February 26, 2010
Pengkianat Dilantik Menjadi Pengerusi..
Blogger UMNO mula mainkan isu bangsa sesama UMNO..
Maka bila tiba waktu peperiksaan, siguru yang jadi penjaga dewan peperiksaan telah membantu si B menjawab semua kertas peperiksaan, apa tidaknya, mana jawapan yang salah semua diperbetulkan oleh si guru tersebut.
Thursday, February 25, 2010
Apa Maksud GOBLOK..
1 COMMENTS:
- bRAVEhEART said...
SWalam Sahabat,
Umno memang tidak mampu untuk berubah. Di Pahang pun sama. Oleh itu jangan lagi menaruh apa2 harapan kepada Umno kerana Umno tidak akan mampu berubah, tidak kini dan tidak akan datang.- FEBRUARY 25, 2010 4:26 PM
- Jadi pembaca dan pengunjung blog aku ni, kalau ada sesiapa yang berasa dok percaya kat UMNO, lepas ni bertaubatlah ya...,
- Bagi aku memng sungguh dan tepat sekali apa yang dilakukan oleh empunya blog ANTI-PKR, memang GOBLOK Menteri-menteri UMNO, sebab UMNO sendiri pun menyamai dengan Rasuah.., ada betui ka..
Rumah ADUN MUFLIS Kena Simbah Cat Merah...
Takziah Buat Encik Mohd Saper Mohd Nor,
Hampir Setahun Berlalu!!, Baru ada Respon dari Warisnya..
sdr..tkasih dgn knyataan sdr..wlau ape pn knyataan sdr..lelaki janggut itu adelah bapa sy yg mmbanting tulang siang dan malam, mcari rezeki utk kami sekeluarga..tabligh merupakan ajaran sunnah rasullullah..rasullullah juga berpolitik dgn mnyampaikan apa yg baik yg dituntut dgn islam..islam sendiri tidak menghalang umatnya utk berpolitik asal kena pd tempatnya..adakah dgn mnnjukkan sokongan kpd UMNO merupakan cara berpolitik yang salah? apa pula bagi mereka penyokong PAS yg baring tengah jln dgn mgadaikan nyawa sndiri itu prjuangan yg btul?sdr,sekiranya saudara seorang melayu dan islam yg berilmu,jgnlah berkomentar ikut perasaan dan nafsu politik semata..UMNO dan PAS xde bezanya..masing2 parti politik yg memperjuangkan idealisme masing..betul atau salah terletak pada individu dan nawaitu seseorang..xknla org PAS pn bersih drpd DOSA..renung2kan dan selamat beramal..
sdr..jika saudara seorg yg befikiran tbuka dlm mnyalurkan idea2 politik..approvela comment sy td..
Blogger The Unspinners - Awas dan hati-hati perbuatan kamu itu..
Man kaffara musliman faqad kafara
“Barangsiapa mengkafirkan seorang muslim, maka dia (telah) kafir”
Man qalaa li akhihi, ya kafir, faqad ba abiha ahadu hum
“Barangsiapa yang berkata kepada saudaranya, ‘wahai kafir’, maka (pernyataannya itu) akandikembalikan kepada salah seorang dari mereka.”
Episod Ekonomi 1Malaysia.
Wednesday, February 24, 2010
Satu Lagi Isu Baru Buat UMNO Penang..
Salahudin dan Sivarasa - Dua Naib Presiden Parti PR di siasat Polis..
KUALA LUMPUR, Feb 24 — Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dipanggil polis berhubung dakwaan membuat kenyataan berunsur hasutan ketika satu perhimpunan umum di Pulau Pinang awal bulan ini.
Polis menyoal siasat R. Sivarasa dan Salahuddin Ayub, masing-masing Naib Presiden PKR dan PAS di pejabat wakil rakyat di bangunan Parlimen petang ini ekoran ucapan mereka di Seberang Jaya pada 7 Feb lalu.
“Kedua-dua kami disiasat di bawah Akta Hasutan,” kata Salahuddin yang pertama keluar selepas menemui polis.
“Ia kelihatan seperti skrip yang sudah pun disediakan,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini selepas ditemui polis kira-kira setengah jam.
Salahuddin berkata, polis menyoal siasat beliau berhubung ucapannya berkaitan dengan isu kalimah “Allah” tetapi enggan menjawab soalan mereka dengan menegaskan haknya di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.
Sivarasa, wakil rakyat Subang pula berkata, beliau disiasat kerana menyentuh perbicaraan kes liwat Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan sekarang.
Beliau menyangkal kenyataan-kenyataannya berunsur hasutan.
“Saya tidak melihat apa-apa masalah bagi saya menjelaskan pandangan saya kepada orang ramai dan memberikan analisis politik agar rakyat boleh membuat rumusan mereka,” kata beliau yang merupakan salah seorang peguam pasukan Anwar.
Malah katanya, ucapan di Pulau Pinang bukan kali pertama menyentuh soal perbicaraan kes Anwar.
Oleh itu beliau mempersoalkan agenda pihak polis menyoal siasat beliau hari ini.
“Saya melihat ini sebagai usaha untuk menakut-nakutkan pemimpin Pakatan dan untuk menghalang kami daripada bercakap... tetapi tugas kami ialah untuk menjelaskan kepada publik tentang isu-isu penting,” katanya.
Selain beliau turut disoal siasat sepanjang tiga bulan yang lalu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Teluk Intan M. Manogaran dan Adun Kota Alam Shah M. Manoharan.
Sivarasa berkata siasatan dijalankan ekoran aduan polis sendiri, yang dibuat oleh Inspektor Irwandi Khirrudin Mohamad Rejal pada 8 Feb lalu dan mencabar polis polis mengenakan tuduhan hasutan terhadap mereka jika pihak berkuasa merasakan mereka benar-benar telah melanggar undang-undang.
Kedua-dua Sivarasa dan Salahuddin diwakili oleh peguam N. Surendran.
Kenyataan mereka direkodkan oleh dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Seberang Jaya.
Sumber :themalaysianinsider.