Pages

Friday, December 31, 2010

Tahniah Majlis Perbandaran Seri Manjung

Hari ini, akhir tahun masehi 2010,, dah 15 tahun aku menetap di Seri Manjung, mulai tahun 1995.., aku mula berhijrah ke Lumut tahun 1981, memasuki rekrut, habis rekrut aku ditempatkan di Woodland Singapore, tahun 1985 aku ditukar balik ke Lumut, tahun 1986 aku kahwin, duduk rumah kelamin dalam pengkalan TLDM, tahun 1995 aku beli rumah di Manjung.

Nampaknya Manjung semakin hari semakin bertambah pesat kemajuannya, tidak seperti 15 tahun yang lampau. dan aku tak dapata nak bayangkan bagaimana 10 tahun lagi nak menuju ke tahu 2020 nanti. Kalau panjang umuq nanti bolehlah sama-sama kita lihat... Aku tidak menolak pembangunan yang lakukan untuk keharmonian serta keselesaan warga penduduk setempat...

Nampaknya Majlis Perbandaran Manjung pun tidak ketinggalan, kalau 4-5 tahun dulu, didirikan bangunan pejabat baru, diadakan stadium mini, dewan merdeka dan berbagai lagi, dan nampaknya sebagai nak menyambut tahun 2011 mercu tanda Majlis Perbandaran Manjung sudah siap terbina.....


double klik untuk lebih besar





Apakah tujuan sebenar didirikan menara setinggi begini, apakah nak menyaingi bangunan-bangunan besar yang baru siap dibina seperti TESCO yang akan memulakan operasi sehari dua lagi...

Atau pun nak habiskan bajet tahun ni yang masih banyak berbaki lagi,,, mana mungkin kalau ada sponsor yang nak dirikan menara sebegini, nak kata syarikat pengeluar jam yang sponsor tak mungkin,, sebab jam yang tertera jenama pun tak ada.... entahlah...

Kalau duit banyak berlebihan, keselesaan penduduk-penduduk warga yang berpuluh-puluh taman di daerah Manjung ni dah selesai dengan sepenuhnya OK... Tetapi hak untuk penduduk nampaknya masih belum selesai....




Doubkle klik pada imej jika nak besar imej..

Bangunan hijau ni surau taman aku,,, manakala bangunan sebelahnya pula adalah bangunan Sekolah Agama rakyat..., dah berapa lama dah minta bantuan projek mengturapkan tar kerana lecak,,, masih lagi belum ada jawapan,, kalau ada pun banyak sangat songelnya.., itu tak kena, ini tak betul.... kononnya tak memenuhi spefikasi....


Ini baru hujan biasa.., kalau betul-betul punya hujan,,, sesiapa nak belajar berenang kat sini pun boleh..

Taman permainan kanak-kanak... yang tinggal tiang besi bekas buai aja yang masih tinggal,, dah 10 tahun dah dok minta,, sampai sekarang.. tak lulus-lulus,, entahlah.....


Jambatan kayu untuk kemudahan anak-anak dari Taman sebelah Fasa 1E menyeberang untuk kemudahan ke SK dan SMK Manjung, dah berapa dah runtuh... yang tinggal hanya mercu tandanya tiang......

Dimanakah hak penduduk Taman, ni aku tak pi korek ke seluruh taman di daerah Manjung ni, aku tak tau berapa banyak lagi dalam keadaan yang sama dengan taman perumahan aku...

Cukai pintu, masuk aja bulan 12 dah sampai dah,,, lewat dari tarik yang ditetapkan, kalau gagal membayar cukai pintu, surat untuk menyita rumah akan pula menyusul,, hebatkan,, kalau nak minta duit cukai kepada penduduk taman cukup tegas,, bab nak menyelesaikan masaalah warga taman macam hampeh....


Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Zamri bin Man.....

Akan ku kenang tindak tanduk mu di malam pengiraan

UNDI PRU12 2008 yang lalu..

Ingat lagi kan....

6 comments:

  1. Gua tau la... lu perasan lu tu masih muda bro.....
    Besok umur gua dah separuh abad.....

    ReplyDelete
  2. Mai kita tengok - Depa kata " KETUANAN MELAYU "......di Manjung...
    1. Gedong Perniagaan Cina punya..
    2. Restoren Tom Yam...Orang Kelantan / Siam
    3. Pemaju Perumahan - orang cina...
    4. Pekerja pekerja Pasaraya kebanyakan orang Melayu... Gaji depa antara 600 ke 800 sebulan... gaji cina berapa.... Inilah Melayu di Manjung.... bukan jadi tuan tapi jadi kuli....
    5. Orang Melayu berniaga di depan rumah, kedai runcit hidup segan mampus tak mahu..... salah sapa... sebab nak sangat ketuanan Melayu.. akhirnya jadi kulile....
    6. Mai kita tanya kat Pejabat Tanah, Tanah kat Balai Polis Lumut leni sapa yang dapat..... Melayuke?
    7. Mai kita tanya kat Masjid Masjid seluruh Manjung, AJK siapa kongker.... Melayule....tapi Melayu macamana....
    Aku bukan apa tahun 2011ni aku nak pindah kat P.Pinang.... Aku dah warga emas dapale duit 100 ringgit, tapi kat Perak mampospun tak dapat....

    ReplyDelete
  3. Tuan YDP nie teman kenal..sama batch PTD dgn abg teman!!!seorang yg tegas&totok umno..

    ReplyDelete
  4. Memang itulah resam pegawai2 dan kroni2 UMNO. Tengok saja lampu2 kat jalanraya area manjung ni lampu dah ade dok pasang lagi lampu berbunga2. Suka membazirkan wang2 rakyat, agar kroni2 dapat projek biar pun membazir. Lu jawap la nanti dalam kubur, gua x nak bantu. muah hahahahaha
    "1 malasia, Umno didahulukan, kroni diutamakan"

    ReplyDelete
  5. kroni BN....hang jawap la kat kubur perabih duit rakyat ngan buat projek tak de manafaat. Aku memang tak sokong tak halal kalau duit aku pun ada.....1 BN, Projek didahulukankan, Kroni diutamakan....

    ReplyDelete