Pages

Saturday, January 1, 2011

Utusan Malaysia - Siapa sebenarnya pembangkang...

Hari ini 01,01,2011 adalah hari pertama tahun masehi, nampaknya Utusan dah mula menunjukkan sikap bengap tak sedar diri atau sengaja tidak mahu menerima hakikat siapakah sebenarnya pembangkang di negeri Selangoi. UMNO atau PR yang jadi pembangkang dinegeri Selangor.


POLITIK

Pembangkang biadab, terus pertikai kuasa Sultan Selangor

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Seorang wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak biadab apabila mempertikai kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi dengan mendakwa ia seperti tindakan 'beraja di mata, bersultan di hati'.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei juga dilihat mahu mengheret Sultan Sharafuddin ke dalam kancah politik apabila mendakwa, isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru sebagai tindakan pilih kasih institusi beraja terhadap pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN).

Sambil mempersoalkan pelantikan Mohammed Khusrin itu, Shuhaimi mendakwa, jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya ia kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Sultan Sharafuddin mesti bertindak mengikut nasihat majlis tersebut, bukannya berkecuali.

"Saya dapati pelantikan SUK sebagaimana diperuntukkan oleh Fasal 52 (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan. Fasal tersebut tidak menyatakan perlunya untuk mendapat perkenan Sultan Selangor.

"Rakyat akan menolak sebarang tindakan 'beraja di mata, bersultan di hati' oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja," katanya dalam blognya http://srimuda.blogspot.com, hari ini.

Shuhaimi merupakan pemimpin pembangkang terbaru mempertikai Kuasa Budi Bicara Sultan Sharafuddin dalam isu pelantikan Mohammed Khusrin selepas Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad terlebih dahulu mempersoal pelantikan berkenaan.

Dalam pada itu, Shuhaimi seperti cuba memberi amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan konvensyen Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.

"Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlangsung, akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan," katanya.

Sementera itu, wakil rakyat PKR itu juga seolah-olah cuba menyamakan ketegasan Sultan Sharafuddin yang tidak berganjak dengan keputusannya walaupun mendapat pelbagai kecaman daripada pihak pembangkang yang tidak berpuas hati dalam isu tersebut sebagai ego.

"Saya meneliti kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang menyatakan baginda seorang yang tegas dan tidak berganjak dari keputusan yang telah dibuat tetapi bagaimana sekiranya keputusan yang dibuat atau cara keputusan itu dibuat adalah salah?

"Adakah baginda masih tidak akan berganjak? Harapan saya supaya ketegasan tidak dikelirukan dengan ego," katanya.


Komen = Tahniah buat ADUN Sri Muda..., teruskan keberanian anda... jangan takut...contoh dah ada,,, Karpal Singh siap nak disamannya Sultan Perak,, naik pi mahkamah kononya hina Sultan,,, akhirnya apa cerita....!!!!!

Kita lihat nanti siapa yang kena......

2 comments:

  1. Mai aku komen sikit......
    Kita hidup leni bukan sezaman Kesultanan Melayu Melaka.... dah berlalu 600 tahun yang lalu.....
    Zaman ini zaman IT..... semua maklumat dihujung jari.... Zaman bodek dan memperbodohkan Rakyat telah berlalu.....Berpijaklah dibumi yang nyata..... tinggalkan " Negara Kayangan " yang selama ini mengkhayalkan orang Melayu.... Ubahlah sikap ketuanan Melayu dan sedarlah 90% Rakyat berbangsa Melayu bukan jadi tuan, tapi jadi kuli di negeri sendiri.... Marilah kita berubah...... Muhasabah diri... Setiap tahun kita menyambut Maal Hijrah dan tahun baru masihi.... Sedarkah kita UMUR kita semakin mendekati kepada kematian.....

    ReplyDelete
  2. Itu lah kerja UMNO kalau nak tau....memang ketinggalan dan dah terdesak. UMNO masih lagi berkhayal dengan puteri gunung ledang.....muah hahahahaha

    ReplyDelete