Pages

Monday, February 28, 2011

Penipu dan kena tipu... Cina tipu melayu..

Salam sejahtera,,
Inilah realiti dan hakikat sebenarnya... MCA tipu UMNO, manakala UMNO pulak tipu melayu... betui ka...
.
NONE
Apek ni suspek pertama tuduhan yang dikenakan tuduhan menipu kabinet......


BEKAS Menteri Pengangkutan,Tan Sri Dr. Chan Kong Choy (tengah) diiringi anggota polis ketika hadir di Mahkamah Sesyen bagi menghadapi tuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang, di Putrajaya, 28 Feb. - Utusan/ZAKI AMIRUDDIN

Yang ini tipu perdana menteri Pak Lah..,

Cuma aku nak kita sama-sama berfikir,,, kenapalah bodoh sangat Pak Lah sampai boleh kena tipu, di mana penasihat-penasihatnya, EPU (Unit Perancang Ekonomi), setpol, depa ni buat kerja apa sampai Pak lah boleh tertipu, atau pun depa ni pun sama-sama bodo juga dan kena tipu...

Atau Ghani Patail yang tipu rakyat Malaysia, dengan membuat tuduhan Seksyen 417 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga lebih lima tahun dan denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. i

Duit rakyat habis berbillion-billion mereka sesama mereka faraidkan, jadi tak hairan Ling Leong Sik dan Chan Kong Choi yang jadi mangsa hanyalah sekadar untuk menutup mata, konon pentadbiran 1malaysia telus... .

Apa Kata Umno ?!! - Jika Anwar Kembali ke UMNO

Salam sejahtera.

Dalam suasana politik di Malaysia tak ada yang mustahil, macam-macam boleh terjadi, ini pandangan bloger UMNO, baca DI SINI,


Kalau tanya aku, keadaan seperti di atas, bagi aku sangat-sangatlah baguih, dan aku sedikit pun tak rasa hairan dan terkejut, sebabnya bab perpaduan melayu ni ramai sangat yang meminatinya, tak kira sesiapa, melainkan Tuan Guru Nik Aziz sahaja yang dah serik.......

Saturday, February 26, 2011

Celaka wal haram jadah..

Salam sejahtera.

Apa lagi yang aku boleh katakan kepada mahkluq Allah yang sekoq ni..,,,

Kisah tangkapan Ops Lalang pun belum selesai lagi, tup-tup Hanif Omar mantan KPN yang menjadi pak sanggup mengaku...

Kisah Memali macam mana cerita pulak.., mangkok ni atau Musa Hitam yang melakukannya...

Banyak kisah-kisah lampau di era pemerintahnya telah di manipulasi kepada orang lain..., memang dasar mamak kerala..,

Siapa yang menarik bantuan perkapita ke atas Sekolah Agama Rakyat (SAR) sehingga tutup habis SAR yang keseluruhannya anak orang Melayu belajar di situ ....

Siapa yang mengeluarkan arahan Semua Sekolah MRSM memberi kuota 10% kepada bukan bumiputra...

Siapa yang menarik balik biasiswa dari pelajar-pelajar melayu...dengan menggantikan PPTPTN...

Siapa yang mengeluarkan arahan menangkap pelajar-pelajar Melayu yang belajar di Pakistan yang kononnya terlibat dengan KMM.

Tup-tup Nik Aziz dengan DSAI yang jadi pengkhianat melayu.. pengkhianak kepala bapak dia.. khawk ptuihh....

Bahasa

Anwar dan Nik Aziz pengkhianat Melayu, dakwa Mahathir

February 26, 2011

KAMPUNG GAJAH, 26 Feb – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.

Beliau berkata Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.

“Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian,” katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di sini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.

“Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti PAS, baru dianggap sah sebagai orang Islam,” katanya.

Dr Mahathir berkata pemimpin PAS itu juga sanggup mengeluarkan kenyataan beliau sedih dilahirkan sebagai orang Melayu kerana ingin mendapat simpati dan sokongan daripada kaum lain.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu, beliau berkata Negara perlu mencatat pertumbuhan ekonomi 7 peratus setiap tahun bagi mencapai sasaran taraf negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata rakyat juga perlu bekerja kuat untuk memastikan pengeluaran produktiviti berkualiti tinggi kerana negara tidak boleh bergantung kepada pelaburan luar sahaja sebaliknya mesti memberi galakan kepada pelaburan dalam negara.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah antara kira-kira 5,000 orang yang menghadiri perhimpunan itu. – Bernama

RM10.3 Billion nilai pembohongan UMNO..

Salam sejahtera,

Kalau tak berbohong bukanlah UMNO namanya..,


Siapa yang percaya dengan janji-janji RM10.3 billion tu,, Kalau ada yang yang percaya memanglah jenis manusia yang kurang akallah nampaknya..., cukuplah sesekali kita kena tipu. jangan sampai 2 kali,, kalau dah dua kali kena beerti kita ni tahap lembu atau kerbau dengan kisah sang buaya.

Buktinya pemimpin uMNO berbohong ..


Baru sangat lagi...., aku simpan lagi...., kalau rasa nak bagi UMNO pegang janji diatas,,, jangan bagi UMNO menang PRK di Merlimau dan Kerdau..

Kalau UMNO menang,, tunggu sajalah... jawapan-jawapan dari mulut menteri aku dah hafal dah..... .


Friday, February 25, 2011

Bertepatan dengan Hadis Nabi...

Salam sejahtera.
Tahun 2009 yang lalu aku pernah dengar ceramah DS IR Nizar mengenai kesnya mengenai jawatan MB Perak yang di bawa di mahkamah,

Senarionya semasa di mahkamah tinggi ia menang, beberapa belas jam sahaja menang, mahkamah rayuan pancung balik...

Dari sini Nizar pernah mengatakan hadis nabi ada menyebut mengenai hakim-hakim iaitu 3 dari hakim itu 2 orang masuk neraka, kemudian Nizar menambah, dalam kesnya 5 orang hakim, kelima-lima masuk neraka..,

Siang tadi senario yang sama berulang lagi,, 3 orang hakim, 2 orang yang masuk neraka... baca SINI dan SINI .

Siaran Berita terlewat paling celaka...

Salam sejahtera,

Satu dua tahun yang lepas tak ada pun keluar berita apa-apa pun,, tau-tau bila nak renew insurance ejen insurance bagi tau Cik, tahun ni dah naik, kena lebih sikit, sikit kepala bapa depa, dekat lima enam puluh ringgit tambahan, sikit depa kata...

Tak kira apa insuran pun, takaful, konvesional ka semua kerat rezeki rakyat yang guna kenderaan...,

Saman ekor, satu hai, insurance tiap-tiap tahun, minyak kena selaras.. tup,tup umum tahun depan nak naik lagi,, amboi-amboi senang sungguh memerintah macam ni,,,,

Rugi aja nak cekik rakyat,, rugi nak cekik rakyat,, apa meniaga nak untung saja... rugi tak mau.. kalau macam tu tak usah meniaga la...


TERKINI

Insurans kenderaan bermotor naik mulai tahun depan

25/02/2011 3:15pm

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Insurans kenderaan bermotor negara akan meningkat secara berperingkat bermula tahun hadapan hingga 2015 bagi mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans.

Menurut Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahaya, penstrukturan tersebut akan menyebabkan insurans motor akan meningkat setiap tahun.

Bagaimanapun ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah. - Utusan



Komen.......

Bila lah rakyat nak buat demontrasi macam Mesir, Tunisia dan Libya baru ada akai sikit kut....

Lawak Petang Jumaat.. - Kenapa poyo aja tu..

Salam sejahtera.
Tak adap betui betui cameraman bernama ni..., ambik gambar orang yang tak sempat nak get ready depan lens....


Yang ini pun aku tak mau komen apa-apa... tengok sendiri rupa dan gaya mereka yang ada seribu makna...

Ada sikit-sikit serupa di sini .



PRK N27 Merlimau - Apa tujuan ziarah ni..



Tak mau nak komen apa-apa... lu orang baca,, lu orang punya persepsi sendiri terhadap mamat ni....



Thursday, February 24, 2011

Siapa menteri kabinet dari Johor terlibat dengan GAY...

Salam sejahtera.

Dalam kes mahkamah cerita Sayfol dengan oral sexnya belum selesai, timbul lagi kes Menteri kabinet yang terlibat dengan gay...

Menurut cerita, seorang budak lelaki yang cukup lawa (jambu) cukup rapat dengan menteri tersebut, pernah bekerja di jabatan korporat sebuah bank terkemuka di Kuala Lumpur, tetapi sekarang dah pun bertukar di bahagian pelaburan syarikat antarabangsa..,

Menteri dengan budak lelaki jambu ni sering ditemui diretaurant dan kelab malam sekita Johor Bahru dan KL, malah mereka berdua biasa juga di jumpai di hotel Nikko Kuala Lumpur......

Baca sendiri seterusnya di DI SINI.


Ada sesiapa yang kenal menteri tu,,, cerita-cerita .., tapi biar cerita yang betul,,, ..




,

Dari blog UMNO - Moga-moga jadi kenyataan...AMIIIN.

Salam sejahtera,
Buka aku nak memandai buat cerita, cerita ini aku dapat dari blog pencacai UMNO....
,


Baca seterusnya DI SINI ,

Rakyat menjejaki perangai pemimpin UMNO..

Salam sejahtera,
Apa yang berlaku ke atas perangai perilaku pemimpin UMNO kini dah menular kepada rakyat....,

AHMAD ROZLIN yang dirawat di HRPB, Ipoh semalam menceritakan kekecewaannya dibiarkan selama sejam atas jalan oleh orang ramai.

IPOH – Seorang pemandu treler kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.

Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.

Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.




Wednesday, February 23, 2011

Putrajaya tak mampu hantar pelajar balik ke Mesir?

Oleh : Haji Subky bin Abd Latif

23 FEB — Sekalipun lambat bertindak tetapi kerajaan Datuk Seri Najib Razak masih boleh dipuji kerana berjaya membawa pulang ribuan pelajar dari Mesir ketika negara di tengah huruhara bagi menggulingkan regim Hosni Mubarak.

Entah di mana para pelajar itu dapat tidak diketahui tetapi mereka boleh turun di lapangan terbang KLIA dengan sepanduk TERIMA KASIH PM. Untuk mendapat barang keperluan pun susah, tetapi mereka dapat kemudahan membawa balik sepanduk TERIMA KASIH PM.

Ibu bapa khususnya berasa lega dan rakyat seluruhnya berasa aman.

Apabila keadaan mulai reda, sudah boleh masing-masing berkira untuk kembali semula ke kampus bagi meneruskan pelajaran dan bagi menyelesaikan yang tidak sempat diselesaikan.

Tetapi hendak balik semula dengan apa?

Kerajaan yang mengambil mereka pulang dulu sudah enggan mengambil tanggungjawab untuk menghantar mereka semua ke Mesir. Adakah kerajaan pusat berlepas tangan atau kerajaan sudah tidak mampu?

Kemungkinan kedua-duanya ada.

Memandangkan mewah dan borosnya kerajaan berbelanja, seolah-olah kerajaan banyak duit lebih. Tetapi orang juga banyak mendengar perkhabaran kerajaan tidak cukup duit hingga banyak tuntutan pegawai kerja lebih masa atau bertugas di luar kawasan lambat atau belum dibayar.

Menteri Pelajaran menunjukkan seolah-olah kerajaan tidak bermasalah dengan duit. Dia mengumumkan berbagai insentif kepada guru dan sekolah. Beribu-ribu guru besar diumumkan akan diberi bonus beribu ringgit setiap orang kerana prestasi yang cemerlang.

Ketika berada di pedalaman Sabah dan Sarawak dia mengumumkan untuk menggantikan sejumlah besar sekolah lama dengan sekolah baru yang serba lengkap.

Semua itu baik tetapi gerun mendengar betapa murahnya kerajaan berbelanja untuk kemajuan pendidikan.

Tiba-tiba Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri sekeluarga yang terkenal juga sebagai orang mudah berbelanja besar dan tidak takut untuk menggunakan duit kerajaan berlepas tangan terhadap para pelajar yang sepatutnya mulai bersiapa sedia untuk pulang ke Mesir.

Setiausaha Politiknya yang banyak mengumumkan tentang usaha membawa pulang pelajar-pelajar itu dulu, mengumumkan kerajaan akan menanggung penghantaran mereka semula ke Mesir.

Terserahlah kepada ibu bapa dan mana-mana pihak selain dari kerajaan pusat mengambil tanggungjawab itu.

Maka gelabahlah ibu bapa yang tidak cukup pendapatan.

Ada seorang Melayu yang menyertai parti kaum India sukutu Barian Nasional (BN) kerana kuat semangatnya menyokong kerajaan pusat telah mencabar PAS dan kerajaan selain BN supaya mengambil tanggungjawab menghantar mereka balik ke Mesir.

Maka mulai satu demi satu kerajaan negeri cuba menyelamatkan kerajaan pusat, mengambil tanggungjawab tentang kepulangan semula mereka ke Mesir. Kerajaan BN Melaka dan Pahang yang berada di ambang pilihan raya kecil menyanggupi beban yang dilepaskan oleh kerajaan pusat itu.

Ia berita baik buat ibu bapa dan bolehlah sekali lagi bersyukur dan berterima kasih pula kepada kerajaan-kerajaan negeri. Tentulah mereka boleh memalukan Perdana Menteri kalau membawa semula sepanduk TERIMA KASIH PM ke dalam pesawat atas tindakan yang bukan datang dari PM.

Tindakan kerajaan-kerajaan negeri itu adalah untuk menyelamatkan Perdana Menteri dan kerajaan pusat.

Apa sebab kerajaan pusat enggan mengambil tanggungjawab itu?

Pertama ia mahu berlepas tangan kerana sebahagian besar dari mereka adalah penuntut agama. Kerajaan pusat terutama di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad agak anti kepada pendidikan agama.

Lulusan agama banyak memberi beban kepada kerajaan. Kelulusan mereka tidak laris dalam pasaran pekerjaan. Mereka berpotensi menjadi penganggur dan tidak membantu menyuburkan modal insan. Kerajaan lebih suka kalau mereka ke sekolah yang diperlukan oleh pasaran pekerjaan.

Kedua sebahagian besar dari lulusan agama itu memenuhi keperluan PAS iaitu mereka bakal menjadi pemimpin dan penyokong PAS. Bahkan yang mengambil bidang selain agama, dengan angin Timur Tengah itu mudah memenuhi pasaran PAS.

Pelajar-pelajar ini balik nanti akan menentang Umno dan kerajaan.

Ketika mengambil mereka pulang dulu, kononnya kerajaan tidak mengambil kira politik. Anak orang PAS, anak orang PKR terpaksa dibawa pulang. Walaupun mereka turun pesawat dengan sepanduk memuji Perdana Menteri, tetapi mereka tidak boleh dipercaya sangat. Tetapi untuk menghantar semua ke Mesir, perhitungan politik mula diambil kira.

Kemungkinan ketiganya ialah kerajaan Putrajaya tidak mampu menanggung beban yang mereka tidak rancang. Kerajaan terlalu murah berbelanja dan terlalu mewah, maka mengapa tidak mampu menanggung penghantaran semua mereka ke sana?

Mewah dan boros itu boleh menjadi bukti kemampuan. Tetapi mewah dan boros itu juga punca kekeringan duit. Belanja tidak berkira menyebabkan habis duit.

Menjelang PRU 13 ini kerajaan akan berbelanja apa saja bagi memastikan kemenangan dan mahu memastikan apa yang hilang dalam PRU 12 dapat dirampas semula. Tidak mahu berbelanja atas pemergian semula pelajar itu boleh mengurang harapan sokongan dari rakyat khususnya keluarga pelajar-pelajar itu sendiri.

Kalau kerajaan ada duit, dia tidak berkira kerana ia boleh memenangi hati rakyat. Kerajaan tahu peluang sokongan itu boleh diusahakan. Tetapi kerajaan pusat tidak menyanggupi keperluan itu, ia adalah tanda ia sudah tidak mampu.

Apa hendak dikata kerana masa hendak pullang ke Mesir, kerajaan tidak cukup duit?

Umat Islam Malaysia - Dah hilang perasaan malu..

Salam sejahtera..
Apa yang dah berlaku dengan umat melayu Islam Malaysia,, masing-masing dah tiada perasaan malu, baik sesama manusia tambah lagilah dengan penciptanya Allah S.W.T.

Budaya muka tak tau malu ni bagi pendapat aku dimulai oleh pemimpin UMNO sendiri, itu yang realitinya, berapa ramai pemimpin UMNO yang terlibat dengan rasuah, buat derk aja,, muka selenga tak kisah, last-last sanggup dilantik menjadi pemimpin lagi bila dilantik dengan tanpa perasaan malu,

Budaya muka tak tau malu dah bertukar menjadi sindrom atau wabak, mudah dijangkiti habis kepada semua peringkat rakyat, siap yang tak terlibat,, mufti dan ostad-ostad pun sama juga tak tau malu, secara terang-terangan mereka memihak kepada UMNO yang mereka anggap tuan mereka yang dok bagi sesuap makanan..

Kalau dah pemimpin UMNO, alim ulama muka tak malu, apa lagi yang cikai-cikai ni, terutama anggota penguatkuasa, apa dia dia kira...

Dan yang terkini sindrom muka tak tau malu dan berjangkit lagi,,, lihat saja gambar di bawah ni... .


Siapa tu, orang yang paling kita hormati, tuan hakim mahkamah syariah, hakim sivil dah jadi perkara biasa dah., dah faham sangat, malah dah tau apa keputusan yang akan keluar kalau dari hakim mahkamah civil,

Tetapi ni hakim syariah, kalau dia sendiri perangai rupa itu, lihat pada riak muka pun entahlah,,,, macam mana intergritinya sebagai hakim!!!

Hebat Malaysia ni ,, Mula dari PM, bini PM First Lady, turun ke juak-juak nya, semua nya muka tak ada perasaan malu,,,
Inilah hasilnya UMNO memerintah negara selama 53 tahun... Tahniah UMNO...

Tuesday, February 22, 2011

PRK DUN N28 Kerdau - UMNO dah menang...!

Salam sejahtera..
Nampaknya dalam PRK DUN Kerdau UMNO mendahului PAS, tidak seperti PRK yang sebelum ini, UMNO terkial-kial nak memilih calon mereka...


Lihatlah gambar di atas, seolah-olah calon mereka dah menang PRK DUN Kerdau, hebat calon mereka kali ini, pertama sekali keturunan Syed,,..Lulusan Azhar Mesir, penasihat agama kepada MB Pahang,


Tengoklah penampilannya.. pakai kopiah bro....bukan songkok macam gambar atas tu..... macam orang PAS juga,,, tapi silap isi borang... kesiaannn...

..

Kantoi - Ada Sultan di Malaysia yang menjadi Ahli UMNO..

Salam sejahtera,
Terkejut aku seketika, aku ingat kut ahli UMNO selain dari Melayu Bangang, Orang Siam, Penduduk Bumiputera Bukan Islam Sabah sahaja yang menjadi ahli UMNO,, rupa-rupanya Sultan pun turut menjadi ahli UMNO,,, hebat UMNO... tapi itu waktu dulu.
Opss.. Sorry..ampun,,beribu ampun,, ada lagi satu spesis ahli UMNO,, kumpulan mamak... sorry ya Dato' Seri Dr Zambry and the gang.. lupa nak sebut...mana aci kalau tak sebut juga.....



Sekarang rupanya UMNO dah mula nak karam di Sabah, masing-masing dah mula nak menyelamatkan diri... mua ha ha.....

Bahasa

‘Sultan Sulu’ henti jadi ahli Umno

February 22, 2011

KOTA KINABALU, 22 Feb — Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad, yang menjadi tumpuan kontroversi selepas dinamakan sebagai ‘Sultan Sulu’ baru-baru ini, hari ini mengumumkan keluar dari Umno dengan serta-merta.

Katanya, surat peletakan jawatan sudah dimaklumkan kepada ibu pejabat Umno dengan satu salinan dihantar ke pejabat parti peringkat Sabah.

MENYUSUL LAGI

Sertai Pas, Bob Lokman Pilih Watak Tidak Mendatangkan Dosa


PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Bob Lokman,47, hanya akan menerima watak-watak yang lebih bermanfaat dalam dunia lakonan selepas membuat keputusan menyertai parti pembangkang iaitu Pas.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dia mahu memilih watak yang tidak mendatangkan dosa apabila sudah meninggal dunia kelak.

“Ikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, kita (saya) tak ada sumber cari makan bidang lain, jadi kemahiran kita berlakon, ustaz kata pilih watak jangan jadikan dosa bila kita tak ada di dunia ini. Carilah watak-watak yang mendatangkan manfaat,” katanya seperti dipetik dalam laman portal tvpas.com yang disiarkan menerusi youtube, Isnin.

Bob Lokman bersama Azizan Abd Razak mengangkat tangan selepas menjadi ahli Pas. - Gambar petikan tvpas.com.

Menerusi portal berita TV itu, Bob Lokman turut dilihat menyerahkan borang sebagai Ahli Pas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak pada majlis Himpunan Pemuda Pas yang diadakan di Kota Sarang Semut, Kedah pada Sabtu lalu.

Kata Bob Lokman, anaknya mempunyai maslah dalam sistem kehidupan termasuklah sistem persekolahan, pergaulan dalam masyarakat sekarang ini.

Atas perkara itu dia bimbang anaknya akan terpengaruh dengan perkara-perkara negatif di luar sana sehingga menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya hebat dan bangga diri.

“Masa saya muda dulu saya tak sedar sebab saya muda. Sekarang saya rasa ada tanggungjawab pada anak,” katanya.


Bob Lokman menyerahkan borang keahlian Pas kepada Azizan Abd Razak sempena Himpunan Pemuda Pas di Kota Sarang semut, Alor Setar, Kedah pada 19 Februari lalu. - Gambar petikan tvpas.com.

Wartawan portal itu turut bertanya adakah dia tidak terfikir kedudukannya dalam bidang seni akan terjejas kerana keputusan tersebut, kata Bob dia sudah bersedia menghadapi perkara itu.

Bagaimanapun ujar Bob dia menyerahkan keyakinannya kepada Allah bagi menentukan rezekinya dalam bidang seni.

“Apa yang berlaku semuanya (daripada) Allah. Yang penting dalam sisa hidup, saya (mahu) selamat di dunia dan saya tak akan masuk neraka,” katanya.

Bob Lokman sebelum ini popular dengan liriknya nyanyian kumpulan Wings dan Search seperti Intanku Kesepian, Belenggu Irama dan Isabella.


Komen - Bila dia sebut bab rezeki aku tabik kat saudara Bob Lokman..

he he Ostad Kazim Elias Alhafiz bila lagi... masih dok sayang Melayu lagi ka... Bob Lokman pun orang melayu juga.....

Monday, February 21, 2011

Mereka berdua memang berbeza..

Salam Sejahtera.
Dalam dok membaca perkembangan politik tanah air terfikir pulak apa yang ditakdirkan oleh Allah S.W.T yang tak terfikir oleh kita semua...


Gambar di atas siapa yang tak kenal, seorang selebriti, pelawak, penulis lirik lagu terkenal dan penggiat seni..
.
Namun dengan tak disangka-sangka, dalam suasana parti PAS dicerca, dituduh sesat, manakala Tuan Guru Nik Aziz sendiri di hentam dari segala pelusuk umat Melayu mazhab UMNO, rupa-rupa saudara Bob Lokman masih mempercayai dengan parti PAS dan sanggup menjadi ahli dengan mengambil risiko yang tinggi yang telah sedia menunggu.


Berbeda pula dengan yang dibawah ni...



Siapa yang kenal dengan Ostad Kazim Elias Alhafiz.., Seorang penceramah tersohor di negeri Perak, popularitynya pun masya Allah, hebat sheikh!!, Satu Malaysia orang kenal dia ni, dan tak payahlah nak cerita banyak, semua orang dah tau..

Tetapi sayang,, dalam begitu punya hebat dengan keilmuan yang tinggi,,nak berjuang duduk dalam jamaah parti PAS pun tak mau,, asyik-asyik yang dia tau sebut,, saya belah mana pun tidak,,, UMNO pun tidak PAS pun tidak... phooorahh, asyik-asyik melayu, melayu, melayu......

Mengaku sajalah .. sayang kat melayu, sayang kat UMNO sekali... ....