Pages

Sunday, February 20, 2011

Lagi sorang menteri UMNO nak membangangkan rakyat..

Salam sejahtera...

Seronok nampak,, tersengih macam kerang busuk.....

Ialah.. dah perasan berjaya menjawab persoalan yang dtimbulkan oleh pembangkang dengan cara orang bodoh...

Inilah standard Menteri UMNO yang bengong dan tolol... bila harga minyak diselaraskan boleh pulak bagi perbandingan dengan negara jiran...
Bila masaalah eokonomi negara jangan bandingkan pulak,,, apa ni standard menteri ni....malu lal sikit oi...

Bahasa

Prestasi ekonomi antara negara bukan ukuran, kata Husni

February 20, 2011

IPOH, 20 Feb — Pencapaian ekonomi Malaysia tidak boleh diukur dengan membuat perbandingan pencapaian ekonomi negara jiran seperti Singapura dan Indonesia, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata negara jiran seperti Singapura mampu mencapai peratusan yang lebih tinggi kerana mereka hanya menumpukan kepada peningkatan nilai rantaian ekonomi selain jumlah penduduknya yang kecil dalam lingkungan tiga juta orang.

“Struktur ekonomi Singapura berbeza kerana tumpuan pembangunan dapat dilakukan sepenuhnya kerana ia adalah sebuah negara bandar dan kerana itulah pencapaian mereka lebih tinggi iaitu pada 12 peratus.

“Kita harus sedar pencapaian ekonomi Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan negara-negara jiran ini kerana kedua-duanya mempunyai struktur berbeza,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pecah tanah pintu gerbang Kampung Baru Tanah Hitam, Chemor di sini hari ini.

Ahmad Husni berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pembangkang yang menyifatkan pencapaian ekonomi Malaysia rendah berbanding negara jiran seperti Singapura dan Indonesia, menunjukkan negara ini telah kehilangan daya saing.

Berbeza dengan Singapura, kata Ahmad Husni fokus pembangunan Malaysia tidak hanya tertumpu kepada bandar tetapi meliputi kawasan luar bandar.

Dalam konteks Indonesia, katanya negara itu mempunyai struktur ekonomi berbeza memandangkan ia mempunyai bilangan penduduk yang ramai seperti China dan India.

Katanya ketika krisis ekonomi melanda Amerika Syarikat dan Eropah, negara-negara berpopulasi tinggi seumpama itu tidak langsung terjejas kerana penduduk mereka sendiri berupaya menjadi pasaran kepada produk tempatan.

Katanya Malaysia menerima tempias krisis ekonomi dunia kerana eksport negara bergantung kepada pasaran antarabangsa disebabkan negara ini adalah antara 20 negara terbesar dalam industri perdagangan. — Bernama

Tak usah nak berhujah macam-macam... sebenarnya Singapura menterinya tak ada rasuah...... Begitu juga Indonesia,, selepas kejatuhan Suharto indek rasuah dah menurun.. tak seperti Malaysia....!@#$%^^^
Khawh........ Ptuiiih....


















3 comments:

  1. Jika prestasi antara negara bukan ukuran, apasal bila harga petrol naik kerajaan banding dengan harga negara serantau?

    Menteri Besar Ancak nak terima anugerah politik dalam Alumni UIA. Kalau aku adalah ahli Alumni yang mendaftar untuk hadir, bila dengar perkara ini akan berlaku, pasti aku batalkan sahaja kehadiran diri dalam perhimpunan itu. Rubbish Talking memang pasti dalam majlis tu.... buang karan je kalau hadir.

    ReplyDelete
  2. cehhhhhh gigi kuning dok tayang kat org mcm gampang

    ReplyDelete
  3. Blog ni diwujudkan untuk menambahkan dosa ye..bestnya korang mengumpat,nanti bila dah dijemput Allah,jemputlah makan kenduri daging saudara yang korang ngumpat tu yer..

    ReplyDelete