Pages

Sunday, February 20, 2011

PAS dan Gerombolan Melayu...

Salam Sejahtera..
Tak larat dah nak dok sembang bab melayu ni, Kalau kita imbau kembali di penghujung tahun 70han sehingga tahun 80han perjuangan PAS hanya di tertumpu di kalangan orang-orang Melayu, walaupun ada juga kerjasama dengan kaum Cina waktu tu, dipanggil dengan CCC - Chinese Consultive Council di era pertengahan tahun 80han, maka dari sini lahir beberapa saudara baru yang sama-sama bergerak dengan PAS, singat aku Saudara Kamal Koh dan Redhuan Daniel Onn.
Entah dimana silapnya, persefahaman pertama ini hanya separuh jalan, tidak sempat nak mengecapi erti nikmat kemenangan sehinggalah PAS mendapat merampas semula kerajaan negeri Kelantan pada PRU08 tahun 1990 dengan kerjasama Angkatan Perpaduan Ummah.

Pada PRU10 tahun 1999 dengan kerjasama PAS, DAP dan Keadilan Negeri Terengganu pula dapat dirampas, Namun bila PRU11 2004 gelombang biru dan Islam Hadhari Terengganu jatuh semula ke tangan UMNO dan parti DAP sendiri kalah teruk, sehinggalah persafahaman Pakatan Rakyat 2008 gelombang tsunami politik 4 buah negeri dapat di rampas..

Sehingga ke hari ini sebanyak 14 PRK telah berlaku, bermula di Kuala Terengganu parti DAP telah menunjukkan semangat setiakawan yang cukup membanggakan menyebabkan PAS di tohmah mengkianati perjuangan orang melayu, sebab utama tidak mahu bersama kerajaan perpaduan melayu...

Apakah selama ini PAS telah mengabaikan nasib orang melayu setelah 5 penggal mentadbir Kelantan, Hanya orang Melayu fahaman UMNO dan yang seangkatan dengannya sahaja beranggapan sedemikian..

Berita berkaitan DI SINI..

3 comments:

  1. blog ni tak popular pon, tngok sekali imbas dah la kowt...

    ReplyDelete
  2. Tuan blog,

    Saya selalu mengikuti blog tuan ni dan saya ingin sama melebarkan jaringan pembaca.

    Kalau tuan tak keberatan, mintak letakkan blog saya dlm blogroll tuan.

    t/kaseh

    ReplyDelete
  3. ada juga yng minat dengan blog tak faedah ni.bukan ada info nak memajukan Ummah pon.

    ReplyDelete