Pages

Monday, February 7, 2011

Mari Lihat Gambar - Jangan Ketawa,, Tak Baik...Nanti mengumpat..

Salam Sejahtera...
Aku tak mau nak komen apakah tindakan kerajaan membawa balik pelajar Mesir ke tanah air satu tindakan bijak atau tidak, cuma apa yang aku dok nampak, ini sebagai tindakan membawa keuntungan masa depan politik UMNO, pertama sekali dapat menghalang pelajar Mesir turut sama terlibat dengan aktiviti demontrasi,, katakanlah separuh dari pelajar Malaysia ikut bersama rakyat Mesir berdemontrasi,, oii ini membahaya,, takut-takut nanti budaya demontrasi dari Mesir masuk ke Malaysia,,,

Cuma aku teringat balik cerita dari seorang tuan Guru yang aku dok mengaji satu ketika dulu, Allahyarham Tuan Guru Yusuf Ismail (Yusuf Baling), beliau menceritakan sewaktu dalam kuliahnya, beliau menyambung belajar di AlAzhar, selepas habis belajar di India, bila tiba perang Mesir - Israel, belaiu sama-sama mengangkat senjata bersama-sama pelajar lain menentang Israel, ada juga pelajar Malaysia waktu tu dok diam dalam asrama, orangnya ialah Dr Hamid Othman yang masih lagi hidup..

Kena pelajar sekarang baru demontrasi, belum lagi israel serang mesir, dah pakat nak lari balik,, pelajar bidang perubatan Ok lah,, ni pelajar Syariah, pelajar agama Islam,, pun cabut,,, Walau pun ada sebilangan kecil pelajar yang tak mahu pulang, Tahniah buat pelajar-pelajar tersebut, andalah bakal peneraju gerakan Islam di Malaysia yang akan datang......

Itu pasai kebanyakan ustaz-ustas muda graduan timur tengah, kurang menonjol dalam gerakan jemaah Islam,, bayangkan 40 ulama muda,, baru kena kejut sikit,, meneru bagi borang keahlian UMNO.... .

Terpaksalah para PM, menteri dan juak-juak pencacai memenuhi lapangan terbang, sambut pahlawan-pahlawan wira negara....




He heh bukan senang nak dapat berbual dengan PM... untung ada demontrasi....


Permata dari Mesir pun ada, suka tuan punya Permata.....



Gambar atas ni dari Berita harian online,, aku sangka silap......


Dari Mstar Online... pun sama juga... Kasih Terima,, betui ka pelajar yang buat atau ..... ish,ish... tak baik menuduh...... kah kah kah.

5 comments:

  1. apa kemende ler blogger ni...masalahnya sekarang mesir tengah perang dengan israel ker? ko tak tengok ke betapa perit jerihnya pelajar ni duduk kat sana dengan harga makanan naik berkali ganda, perhubungan putus, masalah rompak sana sini...buat melayang nyawa pelajar kita kat sana kena rogol ko nak jawab ke? nauzubillah...insaflah manjung oiii...jangan nak 'berbogel' depan orang ramai...jelik orang tengok pemikiran ko ni...

    ReplyDelete
  2. Anon,

    Manjung Mari ni memang bodoh.Kalau tak, tak kan bertuankan Ngar Kor Meng.

    Cina baca Quran, dia takbir. Baca Quran ni ibadah. Syarat sah ibadah, Islam.

    Kenapa tak nak Islamkan Kor Meng? Kor Meng tak nak sebab imej Islam yang Manjung Mari bawak.

    ReplyDelete
  3. kak mah cucu sendiri dah dukung ke?

    ReplyDelete
  4. awat la hg ni bengong sgt woiiii.hg ingat di mlysia ni hrga brng merudum turun ka?bab rogol d mlysia lg la trok.tah ka sama ja kt mesir tu.pasai tu la bloger ni kta tk yh blik.

    ReplyDelete
  5. m'sia sama je dgn mesir..cuma mesir rakyat dia berani buat perubahan menentang ejen nyahudi..

    ReplyDelete