Pages

Sunday, February 6, 2011

Serangan Gerak Saraf dari Awang Selamat..

Salam Sejahtera..

He he banyak agenda yang terusra dan tersirat..UMNO semakin hari semakin tersepit dari kacamata penilaian orang-orang muda Melayu,

Sebelum PAS menjadi sasaran Awang Selamat dan akhbar Utusan Melayu, namun bila ada agenda perpaduan Melayu, nampaknya serangan terhadap PAS semakin kurang, melainkan pada waktu-waktu PRK seperti di DUN Tenang, selesai PRK untuk sementara waktu, cuba-cuba pulak tulis nak bodek Presiden PAS, dalam pada nak bodek atau nak jolok, harapannya PAS akan bertelagah dengan PKR,, bijak-bijak Awang Selamat... baca apa yang dia tulis pada ahkbar MM hari ini...

Anwar dan Hadi

Awng Selamat

Selain kelemahan tertentu dalam Pas, antara faktor signifikan kepada kekalahan pembangkang di PRK Tenang ialah isu Anwar Ibrahim.

Pembangkang melangkah ke PRK Tenang dengan PKR pimpinan Anwar, sudah semakin tenat dan hampir terburai. Isu semakin ramai pemimpin dan ahli pelbagai kaum meninggalkan PKR, ternyata memberi kesan kepada keseluruhan pakatan pembangkang. Isu pergolakan dalaman PKR, pemilihan parti yang berserabut dan dikritik hebat serta kegagalan memberikan penjelasan menyakinkan terhadap banyak isu, menjadikan parti itu tidak lagi dihormati. Anwar sendiri berdepan dengan isu moral yang serius ekoran kes perbicaraan liwat. Banyak lagi persoalan mengenai kaitannya dengan beberapa individu masih belum terjawab.

Di Tenang, ceramah Anwar kurang mendapat sambutan. Cubaan beliau untuk bermain sentimen liar juga tidak berjaya. Malah Awang difahamkan, di sebuah kawasan Felda, seorang pemuda yang hadir bangkit merampas mikrofon kerana membantah ketua pembangkang itu memburuk-burukkan Felda. Khabarnya, Anwar yang sedang berceramah ketika itu terpaksa menghentikan ucapannya kerana ternyata hadirin tidak memihak kepada beliau. Awang percaya, era Anwar sudah berlalu. Selagi beliau menjadi sandaran, selagi itulah, potensi pembangkang amat terhad untuk meraih lebih banyak sokongan terutama majoriti Melayu. Pakatan pembangkang perlu memikirkan pemimpin yang lebih bersih untuk menggantikan Anwar. Awang nampak pada peringkat ini, Presiden Pas, Hadi Awang calon paling sesuai. Mungkin sebahagian daripada kalangan pemimpin pakatan pembangkang

termasuk Pas sendiri tidak bersetuju. Tetapi Awang ada keyakinan kepada Hadi dengan syarat Pas perlu menjadi dominan. Pakatan pembangkang tidak akan ke mana jika tidak dapat memenangi hati majoriti Melayu. Itu realiti politik Malaysia..

Mengapa Awang Selamat tak letak nama TG Nik Aziz,, kenapa TGHH jadi pilihannya... he he... masih dok menaruh harapan lagi lah tu...

Presiden PAS tak seburuk kelaku macam pemimpin UMNO, sesama sendiri pun sangggup berebut kedudukan jawatan dalam parti, tindas menindas,,, PAS bersama dengan Pakatan masih boleh bekerjasama, saling bantu membantu,, sasaran utama UMNO BN mesti dijatuhkan dahulu,,

Ya UMNO mesti turunkan.., di kuburkan....,
..

1 comment:

  1. bukan setakat jawatan, bini oarang pun dia rembat

    ReplyDelete