Pages

Wednesday, April 27, 2011

Dah tua - perangai macam budak-budak tadika..

Salam Sejahtera,

Pertama sekali aku minta maaf kalau berita yang tersiar di muka depan UM ini tidak benar atau fitnah dari UM....


Namun kekadang terfikir juga tak kan betul, dah banyak kali dah UM asyik dok saman berita fitnah, banyak sangat kah duit UM dok bayar saman,, dalam suasana tahap penjualan paling merosot...

Tak tahulah pulak kalau ini semua kerja arahan UMNO yang mahukan Pakatan rakyat berpecah.....

Tetapi kalaulah benar cerita yang ditulis didalam Utusan malaysia ni,, maka memang bernasib malanglah PAS........

BERITA UTAMA

Mustafa balas ‘serangan’ Azmin

KUALA LUMPUR 26 April – Selepas tiga hari mengunci mulut meskipun ‘diserang’ secara terbuka oleh Azmin Ali ekoran kenyataan kontroversinya, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali akhirnya membalas balik kritikan tersebut.

Beliau menyifatkan Azmin walaupun berjawatan sebagai Timbalan Presiden dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi tidak mempunyai ketahanan politik sebagaimana mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kata Mustafa, Azmin sekarang berada dalam keadaan yang sangat tertekan, maka bukanlah sesuatu yang menghairankan jika orang nombor dua PKR itu sering kali melenting secara berlebihan apabila berhadapan dengan sesuatu isu.

“Saya sebenarnya tidak terlalu mengambil kisah mengenai apa yang dikatakan oleh Azmin dalam laman Twitternya. Dia seorang pemimpin yang berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan pada masa yang sama tiada ketahanan.

“Walaupun Azmin adalah Timbalan Presiden PKR tetapi dia tidak mempunyai ketahanan seperti Anwar dan Wan Azizah.

“Sepatutnya Anwar yang tertekan kerana tuduhan ini (video seks) dilemparkan terhadapnya, tetapi saya pelik kenapa Azmin pula yang terlebih tertekan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas kritikan terbuka Azmin yang berang apabila hampir keseluruhan media melaporkan kenyataan Mustafa bahawa Pas akan membuat ketetapan baru selepas siasatan terhadap video seks itu selesai.

Azmin dalam Twitternya dipetik sebagai berkata: “Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.

“Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian.”

Ditanya mengapa mengambil masa selama tiga hari untuk membalas kenyataan Azmin, jelas Mustafa, selaku Setiausaha Agung Pas, beliau tidak mahu menambah lagi tekanan kepada Timbalan Presiden PKR itu.

“Dia kawan kita, jadi kita tidak mahulah tambah beban dia,” ujarnya.

2 comments:

  1. bodoh la pemimpin2 ni....dok ajak kita boikot utusan, tv3 tp depa yg dok gatai buka mulut kt depa tu...pastu pakat dok percaya dan kena main pulak dgn benda hat depa suruh kita boikot tu....geram betoi la aku.....

    ReplyDelete
  2. DAH TENTU FITNAH PUNYA. TAK GUNA UTUSAN. APA HUKUM BACA UTUSAN HAH ?

    HANG BERANI LANGGAR FATWA HARUN DIN NO? TAPI BETOI JUGAK. ADA RAMAI ORANG PAS YANG JUAL UTUSAN, HARALAH DIA MAKAN DUIT UNTUNG TU YER...

    ReplyDelete