Pages

Tuesday, April 26, 2011

Ostad pembuat fitnah...

Salam Sejahtera,

Inilah standard ostad cap ayam,,

“Imam ini Sheikh Abdul Rahman bawa amalan Wahabi dan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan untuk menyuntik fahaman Wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.

“Kalau beliau datang bercakap untuk soal umum tentang Islam, kepentingan Islam kita boleh terima, tapi ia jadi masalah kalah bercakap tentang Allah ada mata,,,, ada tangan,,,, ada kaki itu semua kita tidak boleh terima, ” kata Zamihan yang pernah menjadi fokus berhubung isu Wahabi tahun lalu......baca seterusnya sini

.

Aku nak tanya siapa ostad Zamihan kalau nak dibandingkan dengan Imam Besar Sheikh Abd Rhman Sudais, imam dihadapan rumah Allah (Baitullah) yang berjuta-juta makmum dibelakangnya...


Walau pun Sheikh Abd Rahman Sudais berfahaman Wahabi, tetapi bila ia mengimami sembahyang Jumaat di Malaysia yang disiarkan secara langsung di TV1, mengikut cerita sifu aku, beliau membaca bismillah dengan jelas ketika memulakan membaca fatihah dalam sembahyang, kemudian bila selesai sembahyang selepas salam, beliau turus membaca wirid-wirid seperti mana yang diamalkan oleh imam-imam kita, berbeza jikalau sewaktu diMekah..

Jadi tak payahlah nak dok sebok buat cerita-cerita perkara cabang (furuq) ni, banyak perkara lain yang perlu diketengahkan..., Tak bolehkah kita saling menghormati diantara satu sama lain, mereka ada hujah (dalil) mereka sendiri, kita pun ada hujah kita sendiri, kalau dok asyik nak berbalah hal ini, sampai bila pun tak akan selesai,

Musuh Islam kat luar semakin hari semakin banyak dok masuk jarum kepada remaja-remaja islam, ada ostad-ostad ini ambik kisah....













2 comments:

  1. http://apiqputraspeech.blogspot.com/2011/04/individu-paling-berpengaruh-di-dunia.html

    ReplyDelete
  2. masalah furuq bukan akidah.

    kat malaysia berlambak masaalah akidah tidak selesai,contohnya...kalungan bunga kat kubur kamal atartuk tu.

    hanya bn yang menjamin ketenteraman dan perpaduan malaysia...ini cakap2 tanpa akidah,tak sebuk2 ke.

    ReplyDelete