Pages

Sunday, September 11, 2011

Dajjal yang bukan dajjal..

Salam Sejahtera..



Dah 4 bulan lebih aku berehat, maka pagi tadi jam 9.30 pagi routine aku pada hari minggu kedua bermula balik,, Lama sangat dah tertinggal, terpaksa juga aku gagahi pergi buat pertama kali selepas 4 bulan.. .

2x Klik untuk besar

Topik yang Ustaz Tarmizi Abd Rahman bawa sambungan dari buku kitab Iman ialag bab Kemunculan Dajjal.... Menurut beliau Dajjal sebenar kita tidak pasti bila akan berlaku walaupun kemuncullannya pasti akan berlaku, mungkin kemunculannya kita dah dalam kubur...

Namun yang paling kita takuti ialah Dajjal yang bukan dajjal, (DYBD) ini kerana DYBD ini berada disekelilingi kita... Jadi kita kena pastikan supaya dapat menghindarinya apabila berdepan dengan dajjal sebelum dajjal, menurut Ustaz dajjal adalah manusia berketurunan Yahudi....

Apa yang dimaksudkan dajjal ialah pendusta yang menutup kebenaran dengan kebatilan (Rujuk balik dalam paparan diatas) dengan memperdayakan manusia....

Jadi sama-samalah kita kita fikir apa yang berlaku dalam suasana penghidup an seharian kita hari ini... Cuma aku dok terfikir dalam waktu-waktu akhir ini terlalu banyak dan ramai sekali dajjal yang sebelum dajjal.... Cuma dajjal yang sebelum dajjal ni bermata dua, bukan bermata satu, malah ada dajjal yang berkaca mata.. ngeeee......



1 comment: