Pages

Monday, March 12, 2012

Isu pencen Angkatan Tentera - Mana janji Menteri Pertahanan Zahid Hamidi..

Bila ku siar artikel anggota-tldm-ditahan-ketika-ikuti nampaknya mendapat fedback yang amat berkesan, sehingga ada satu komen yang cukup terasa,,

hmmm nampaknya hanya Laksma Hj Imran yang boleh memperjuangkan nasib warga LLP TLDM... Nak tunggu Panglima yg ada sekarang ni tak payahlah. kalau ada yang berani pun dah lama kena cantas atau berhenti.. Kita tunggu PRU ke 13.. nasib LLP TLDM dan bekas LLP yg diberhentikan dgn kejam akan terbela. Mana thua jika PR menang Hj Imran dilantik emjadi MB Perak yg baru. Beliau layak dan dihormati semua di Manjung. Mari sama2 kita buat perubahan....

ReplyDelete

Walaupun aku ni hampir 10 tahun makan pencen, sepatutnya aku dah jadi awam sepenuhnya,, tak perlu aku nak ikut arahan sesiapa lagi seperti mana dalam tentera dahulu, tetapi bila dath terlatih dengan sikap ketenteraan, menghormati kepada yang lebih senior, jiwa dan sikap aku masih sepertimana dalam tentera, begitulah sikap aku dengan Haji Imran, beliau dari segi umur lebih tua dari aku, dari segi pangkat apatah lagi, memang jauh berbeza, kemudian sekarang ni dalam jamaah PAS, beliau juga diberi amanah dan tanggungjawab sebagai Ketua cawangan PAS Setiawan Barat, sedangkan aku ahli biasa,, jadi dari segi adat dan hukumnya aku kena patuh dan hormat segala arahannya yang bersangkutan dengan perjuangan parti...

Petang tadi dalam hujan-hujan pun, ia call, tanya kat mana rumah aku, dan ia sendiri mari ke rumah aku hantar beberapa maklumat minta aku siarkan demi kebajikan bekas tentera... sedangkan sepatutnya aku yang kena pi cari dia.., Tetapi itulah sikap sebagai pemimpin, bukan hanya nak mengarah, tetapi sama-sama bekerja untuk mencari keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wataala,,, moga-moga aku juga dapat melaksanakan tugas ini dengan seberapa ikhlas yang mungkin, dan aku juga mohon perlindungan dari Allah jika ada anasir-anasir yang tak sihat terhadap diri ku..

Menurut Haji Imran, semua bahan maklumat ini adalah datang dari bekas tentera dan mereka memohon bantuannya,, apa yang beliau mampu lakukan, beliau bukan wakil rakyat untuk nak dibawa ke peringkat yang lebih tinggi, bab isu wakil rakyat ni aku malas nak sentuh dulu,, dah banyak kali aku tulis, tetapi pihak yang terlibat buat derk aja...

Apa yang termampu insyaallah akan kami laksanakan demi keadilan saudara-saudara aku dari bekas tentera..

Isu yang nak aku sampaikan ialah isu Menteri Pertahanan Zahid Hamidi dok heboh sehari dua yang lepas,, Apa cerita,,, janganlah sekadar dok buat PC cerita dalam akhbar TV, bla....,bla,....bla.... habuk pun tarak... ,, .





Tak terfikir aku dengan satu catatan yang tertulis di atas,, betul juga ya,, kenapa ADUN dan Ahli Parlimen yang pegang jawatan sepenggal paling tinggi tempohnya 5 tahun layak dapat pencen,,, Sedangkan tentera yang berkhidmat 12+1, 15+1 atau 18+1 tahun tak layak,, hanya sekadar duit simpanan dari tabung LTAT,,,

Ahli Parlimen atau ADUN terutama sekali dari UMNO atau BN,, memang boleh bayangkan,, aku rasa 95% mesti tibai apa yang ada peluang-peluang sewaktu mereka jadi wakil rakyat,,, setahun berkhidmat dah boleh buat rumah banglo, berenti jadi wakil rakyat selepas 5 tahun dapat pencen,,, adilkah itu... hangpa habaq mai.... berbanding dengan tentera,,,

Aku nak cerita sikit masaalah tentera laut skot-skot aku kenapa mereka bersara tak sempat nak pencen,,, sebabnya mereka tak larat dan tak tahan nak belayar (sailing),, itu pengakuan mereka,,, kalau mereka kerja supply macam aku mereka sanggup bertahan, namun apa boleh buat rezeki depa kena belayar,,, bila dah tak tahan sampai tempoh nak sambung,, mereka terpaksa tarik diri minta bersara,,, ada pihak-pihak berkenaan yang diatas fikir masaalah tu...,

Mereka yang dudok kat darat senanglah nak buat memo bagi arahan,, tetapi mereka yang belayar, azabnya hanya Allah yang tahu,, skot kat darat sedap tidok peluk bini, member yang tengah sailing, nak tiduq pun tak berapa nak lena, mana nak kena alun gelombang, mana nak duty, nak harap elaun belayar sekupang pun tarak, cuma sekadar dapat makan free, (ransom) dan elaun dobi....
Waktu tu pulak gaji berapa duit, sebulan jika nak dibanding dengan gaji sekarang,, jadi banyak faktor-faktor kenapa tentera berhenti awai.. Pihak yang tak merasa atau dudok diluar sana janganlah nak cakap pandai,, sesiapa dah rasa baru tau...

Yang diatas tu komen aku,, yang dibawah ni komen yang Haji Imran dapat dari seorang hamba allah dan dia bagi kat aku, minta aku siarkan,, aku tak larat nak taip balik, yang mudah aku scan,, dan hangpa yang kat luar sana bacalah,,, Inilah UMNO yang dikatakan membela rakyat... Phooorah...







Buat sahabat dan saudara aku bekas tentera, anda semua dah awam,, yang mana belum daftar mengundi perdi daftar mengundi,, bila tiba PRU13 nanti buatlah perubahan, jangan ingat UMNO sahaja boleh memerintah,, sebagai bukti PAS dah memerintah Kelantan lebih 20 tahun dah,, ada dengar ADUN PAS yang makan rasuah,, tolong habaq mai,, ada MB dari PAS kena naik mahkamah macam Khir Toyo,,, jadi fikir-fikirlah,,

Undi dahlu,, kalau rasa tak boleh juga ubah balik,, cuba fikir,, agak-agaklah,, kalaulah UMNO dan BN mempunyai kuasa majoriti 2/3 di Parlimen dan semuan negeri dalam Malaysia mereka yang perintah, adakah mereka nak bagi bantuan RM100 kepada setiap pelajar, RM200 kepada pelajar IPTA dan BR1M....

Kalau Timbalan Presiden PAS Mat Sabu tak buat heboh isu Polis di Bukit Kepong,, rasa-rasanya adakah bekas Polis lama dan waris-waris mereka nak dapat bantuan.... fikirlah dengan hati yang terbuka....




10 comments:

  1. syabas dan saya sgt2 bersetuju dgn hujah dan keterangan yg jelas , mmg saya jg ketahui perihal tersebut lebih 2 thunlps tp masa itu deraf utk yg berkhidmat 10-18 thun belum siap sepenuh nya tp utk menyedapkan mulut masam si zahid midi ni dah war2 kan, klau dah dasar penyamun tu penyamun jg la..nk hrapkan PBTM yg di pimpin mat gani 2 2x5 ja sbb dia pun bendahari UMNGOK KUBANG KERIAN KELANTAN ..mana berani nk usulkan hal2 kebajikan bekas tentera kerna dia sendiri dan kembung perut nya di isi oleh penyangak2 yg memerintah malaysia...harap saudara war2kan selalu supaya byk warga bekas tentera yg akan dpt pembelaan INSYAALLAH...bekas FOMEN SEMBOYAN 18 tahun

    ReplyDelete
  2. Sangat setuju....ADUN lepas 5 tahun dh boleh dapat pencen...takkan bekas2 tentara yg berkhidmat 10-18 thn ni tak boleh dpt...bukan senang bekas2 tentera nk hidup pada zaman skrg ni dgn kos hidup yg begitu tinggi....tu pun kalau depa tak boleh pikir x tau lah...jawapanya ada pada bekas2 tentera semua...

    ReplyDelete
  3. Zahid is another politician and they all all the same. They are not known for fulfilling promises but rather the number of 'unkept' promises.

    ReplyDelete
  4. kalau 10-18 thn ada pencen...ramai la anggota yg taknak sambung pasal dah bule pencen

    ReplyDelete
  5. Aku amat setuju dgn Manjung mari. Nasiib anggota tentera dan bekas tentera khususnya memerluka pembelaan. Kalau nak harapkan Panglima-Panglima yg ada dlm perkhidmatan sekarang.. jangan haraplah... semuanya penyokong setia Umnogok dan mementingkan diri m,asing-masing. kalau yg dah satu bintang nak naik dua.. yang dua nak naik tiga dan begitulah seterusnya.. siapa yg tidak tahu dlm TLDM bagaimana Panglima2 yang ada ni diperbudak-budakkan oleh PTL sekarang yg memang warisan dan proksi arwah Ghaffar Baba sejak dulu kini dan selamanya. Sebagai anggota LLP pun kami tahu bagaimana kecutnya perut Panglima2 ni pada hari rabu. Kata maki dan marah didengari semua termasuklah kami LLP. Malu rasanya kami sebagai LLP mendengar makian ini diperingkat panglima. Tapi itulah hakikatnya keadaan sekarang. Tiada yg berani bersuara dan mebetulkan kedaan. Semuanya menjadi pengecut belum lagi pergi berperang.... Untuk menukar dan menjana perubahan ini yg perlu dilakukan ialah menukar kerajaan dan pemerintah. Biarlah yg menjadi Panglima2 ini mereka yg mempunyai kredibiliti dan bukannya pencacai Umnogok. Saya mengenali Hj imran sekian lama dan pernah berkhidmat dgn beliau bersama di KD Kasturi. Beliau merupakan seorang pegawai yang amanah dan berani. Baginya menegakkan kebenaran adalah tanggungjawabnya sebagai seorg pegawai. Beliau terkenal dgn sikap peramahnya dan sentiasa mementingkan kebajikan anggota yang berada dibawah pimpinannya. Jika ada anggota yg sakit beliaulah yg pertama dtg melawat. Jika ada kematian beliau akan turun padang memandikan jenazah, mengimamkan solat jenazah dan menguruskan segalanya hingga jenazah selamat dikebumikan. Beliau sanggup makan setalam dgn siapa sahaja walaupun sudah berpangkat Laksamana. Mana nak cari Panglima yg sebegini sekali sikapnya. Beliau semasa dlm perkhidmatan sering memperjuangkan nasib LLP. Antara nya yang paling diingati dan dikagumi apabila beliau memperjuangkan nasib pelatih2 DTM yang dinafikan hak mereka disuruh berhenti atas kegagalan pengurusan sumber manusia TLDM merancang kenaikan pangkat dan penempatan mereka. Beliau memang tidak menjadi pegawai yg popular dikalangan org atasan tapi begitu popular dikalangan anggota bawahan. Aku percaya jika Hj Imran diberi peluang menjadi wakil rakyat beliau akan terus berjuang utk kebajikan warga TLDM. Walaupun telah berhenti dari TLDM sehingga kini beliau masih lagi menjaga hubungan baiknya dgn warga TLDM. Wahai rakan-rakan dlm TLDM dan yg telah bersara jgnlah kita menjadi bodoh dan takut dgn ugutan atau gula2 kepimpinan TLDM sekarang. Hak utk memilih wakilrakyat adalah hak mutlak kita. Mereka diatas sana patut sedar dan jgn bermain politik. jika nak berpolitik berhenti shj dan masuk kegelanggang. Jgn menggunakan pangkat yg ada dibahu utk mengkhianati amanah. Ingatlah pangkat tu tak kekal sentiasa dan hormati hak anggota bawahan. Kamu gagal membela nasib anggota LLP dan bekas tentera. tanyalah diri kamu bila kali terakhir tentera dinaikkan gaji. Tentera hanya menumpang kenaikan kakitgn awam. Polis, guru sentiasa mendapat pembelaan. Tapi tentera siapa peduli. Belayar tanpa elaun siang malam, dikerah utk menjadi alat politik pencacai umnogok dan syarat perkhidmatan yg amat tidak menarik. Pangliam asik sibuk bermain golf, mencantikkan rumah dan mengayakan tabungan masing-masing. Korupsi menjadi amalan biasa. Keselamatan negara diabaikan. Aset TLDM tak terpelihara. Wang rakyat berjuta ringgit digunakan utk mengkayakan kaum kerabat dan rakan-rakan Panglima. Negara akan hancur jika kerajaan BN dan Panglima bacul ini dibiarkan berkuasa.

    ReplyDelete
  6. sambungan dari atas.....

    Ayuh rakan-rakan semua.. kita lakukan perubahan di PRU 13 ini.Laksamana Bersara Haji Imran wajar kita pilih. Kita patut berbangga jika Pegawai kanan yg jujur, amanah dan sentiasa perihatin dgn nasib maalng anggota TLDM ini diberi peluang membela nasib kita. Mengenali Hj Imran sebagai anggota yg pernah berkhidmat bersamanya aku yakin Hj Imran akan melakukan yg terbaik utk kita. Jgn kita jadi bodoh dan takut serta tunduk kpd arahan yg bercanggah dgn perlembagaan negara. Undi adalah hak mutalak kita samada bekas tentera atau tentera. jika semua kita bersatu hati memilih pemimpin, Inshaalah tiada apa yg boleh dilakukan oleh Pangliam@ pengecut ini. Kita boleh melakukan perubahan dan jgn harap UMNOGOK atau PTL utk merubah nasib kita. ,Menteri pertahanan dan Laksamana Jadian juga ahnya pandai menabut budi. Jgn terpedaya. Sudah sekian lama kita dibohongi dan pemikiran kita diajah. Bangkitalah rakan-rakan semua utk kita menentang kebatilan ini.

    ReplyDelete
  7. Aku amat setuju dgn posting sahabat aku ini. Aku berpeluang bekerja dgn kedua-dua Laksamana ini. Laksamana Tan Sri Aziz dan Laksma Hj Imran Kedua-dua mereka mempunyai karakter yg amat berbeza. Aku juga masih ingat bagaimana dalam satuy majlis pertukaran Pegawai Memerintah di Markas Armada Tan Sri Aziz mengamuk hanya kkerana air minuman yang disediakan utk beliau terlebih gula. Anggota sterward yg menyediakan air ditengking di hadapan semua org ketika itu dan kemudian pegawai beliau diarah mendakwa anggota ttersebut. Masih teringat aku bagaimana anggota PWP tersebut meleleh airmatanya terlalu sedih dan mengigil ketakutan. Sebaliknya Hj Imran pula amat berlaianan karektornya. Beliau seorg yg amat penyabar dan sentiasa tersenyum. Bila berjumpa anggota bawahan sebelum sempat kami mengucapkan salam beliau yg akan memulakannya diiringi dgn senyum manisnya. Ketika 4 org puterinya meninggal dunia serentak akibat kemalangan jalanraya beliau begitu tenang, tabah dan pasrah dgn ketentuan Illahi. Amat dikagumi beliau masih mampu mengimamkan solat jenazah ke empat2 puterinya ini. Moga2 mereka semua dicucuri rahmat dan dipermudahkan segalanya. Amin. Hj Imran tidak bercuti lama ketika itu sebaliknya segera kembali stelah semua urusan jenazah disempurnakan. Beliau menganggap semua anggotanya di KD PELANDOK samada staf atau pelatih umpama anaknya sendiri. Setiap malam jumaat beliau akan berada di surau KD Pelandok memimpin solat dan membaca yasin dan doa selamat serta memimpin majlis berzanji. Cubalah rakan2 seperjuangan fikirkan wajarkah kita menolak pemimpin yg begitu mulia hatinya dan tinggi budi bahasanya. Alangkah ruginya kita jika kita menolak pemimpin yg berhati mulia ini dan mempunyai ciri2 seorg pemimpin yg berpegang kpd prinsip menegakkan kebenaran dan mencegah kemunkaran. Aku merayu kpd semua rakan-rakan supaya bangkit dari lamunan dan laksanakan tanggungjawab dan amanah memimpin pemimpin yg boleh membawa kesejahteraan dunia akhirat. Jgn takut. Jika semua anggota TLDM memangkah utk memilih Hj imran tidak ada apa yg boleh dilakukan oleh PTL yg pro umno lebih amno dari umno itu sendiri. Allahuakbar...

    ReplyDelete
  8. Memanglah berbeza bro kedua-dua insan ini. Yang satu suka pada majlis-majlis agama yang satu lagi tu suka pada aktiviti glamor dan hiburan. Yang satu percaya pada yang Maha Esa yang satu lagi percaya pada bomoh. Bukan fitnah atau dusta tanyalah warga kapal di Lumut siapa hantar bomoh ke kapal selepas KD MUTIARA terbakar dan KD PARI tenggelam. tanya juga berapa byk beras ditabur dan berapa hari beras tak boleh di sapu.... Entahlah dizaman moden ini masih ada lagi Panglima yang percaya kpd bomoh.. mungkin TLDM nanti jika pergi berperang akan gunakan kuasa bomoh.. sebab itulah kesiagaan kapal di ketepikan... kah kah kahhhhhhh

    ReplyDelete
  9. Asalamualaikum. Selama ini byk bekas LLP dan anggota tetap LLP yang menulis di manjong mari ini tentang ketidakpuasan mereka. Kini aku rasa dah sampai masanya aku pula menulis sebagai seorg pegawai tentera yg memang tidak berpuashati dgn kepimpinan TLDM sekarang. Mungkin ramai yang akan menganggap aku penderhaka, pembelot atau musuh dalam selimut. Namun rasanya dah sampai masa kami pegawai-pegawai muda juga membela nasib kami diruangan manjong mari ini. Aku adalah antara sebahgian dari pegawai tauliah jangka pendek yang tidak dpt menyambung perkhidmatan tanpa sebarang alasan yang kukuh. Alasan yg diberi adalah kerana aku seorg pegawai tauliah jangka pendek dan TLDM tidak pernah menjanjikan utk aku terus dapat berkhidmat dalam TLDM selama mana yg aku kehendaki. Sebaliknya TLDM mempunyai hak utk membenarkan aku menyambung atau tidak. Tapi tidak pernahkan kepimpinan TLDM memikirkan di saat aku memasuki TLDM memang cita-cita ku ingin terus berkhidmat dalam TLDM sejauh mana yang aku mampu. Cuma cara kemasukan yg mewajibkan kami semua masuk sebagai peg tauliah jangka pendek. Setelah sekian lama berkhidmat, malahan ada dikalangan rakan-rakan ku yg sudah berkhidmat melebihi 15 tahun masih terikat kpd kontrak seperti ini utk menyambung perkhidmatan. Setiap kali permohonan menyambung perkhidmatan dimajukan maka ianya di tolak dan kontrak disambung dua tahun lagi. Kami seolah-olah pendatang dinegara sendiri sedangkan pendatang haram pun mungkin tak melalaui proses seperti yang kami lalui. Dan kontrak kami digunakan sebagai satu cara utk menakut-nakutkan kami supaya tidak melawan atau menyatakan kebenaran. Yang peliknya ada pula dikalangan rakan kami, anak seorang Panglima berpangkat tinggi yang tidak layak tapi masih boleh menyambung perkhidmatan. Tak perlulah aku sebut nama Panglima tersebut dan anaknya kerana rata-rata semua pegawai TLDM mengetahui siapa mereka. Semaklah BMI pegawai ini. Semaklah rekod Pegawai ini. Tiada apa-apa kecermelangan pun. Walaupun berada di luar batas BMI yang dibenarkan beliau tetap boleh menghadiri kursus-kursus bagi meningkatkan kerjayanya dalam TLDM. Ramai diantara kami yg ditahan kenaikan pangkat kerana masalah BMI namun beliau ini senang-senang dinaikkan kepangkat pemangku Lt Kdr walaupun BMInya jauh mengatasi kami. Belum sempat dinaikan ke pangkat Lt Kdr sebenar beliau telah pun ditukar tauliah kpd Tauliah Jangka Tetap. Bertuah menjadi anak seorang Laksamana. Tak perlu bersusah payah namun masa depan sentiasa terjamin. Semak kalau ada sesiapa di cawangan perkhidmatan Pegawai yang berani menafikan perkara ini..

    ReplyDelete
  10. ......sambungan dari atas.

    Satu perkara lagi yg nak aku sentuh ialah tentang kesiagaan kapal. Mungkin ada yg akan anggap aku penderhaka kerana membocorkan 'rahsia' TLDM. Namun aku rasa lebih khianat kalau aku duk pendam je penyelewengan sebegini. Pendedahan ini perlu kerana kerana sudah sampai masanya TLDM berhenti bermain sandiwara. Lagipun perkara ini memang telah diketahuioleh semua warga TLDM dan aku percaya negara asing pun tahu sejauh mana kemampuan TLDM sekarang. Aku ingin bertanya dari 18 kapal yg sepatutnya boleh melancarkan peluru berpandu berapa sekarang yg masih mampu melancarkan peluru berpandu ini? Tak perlu disebut....rasanya semua warga TLDM tau. Sedih, bila tgk majoriti kapal kalau dulu berkeupayaan misil tapi kini semua telah diturun taraf kepada meriam dan meriam pun belum mampu membuat penembakan. Tak percaya? Ku cabar TLDM buat satu latihan penembakan dlm masa terdekat ini, tgk berapa buah kapal yg upaya. Kalau nak lebih glamer panggil Majalah 3 utk buat liputan sepertimana liputan utk kapalselam tempohari.. Jgn kata ini rahsia strategi negara. Jika dalam rancangan MAJALAH 3, TV3 boleh mempamirkan keupayaan aset strategik negara kapalselam baru-baru ini, aku tak nampak masalah jika TLDM mempamerkan keupayaannya dalam penembakan peluru berpandu pulak. Sekali lagi, jgn kata aku pengkhianat kerana mereka yg berselindung dlm kepuraan-puraan dan pembohongan itulah sebenarnya pengkhianat negara. Apa akan jadi jika negara diserang musuh. Bagaimana TLDM mampu utk mempertahankan negara. Seperti komen terdahulu sebelum ini, pakai bomoh kah? Hahaha.. aku bangkitkan isu ini bukan utk mengaibkan TLDM tetapi utk memprebaiki dan menghentikan permainan wayang kulit yang amat merbahaya ini. Jgn siasat siapa aku dan kenapa aku menulis begini. Aku akui kekesalan aku kerana tidak dpt menyambung menjadi satu faktor pemangkin namun isu yg aku bangkitkan ini adalah benar. Di dalam TLDM tiada ruang utk menyuarakan kebenaran. Hampir semua Pegawai Kanan dan Panglima hanya mementingkan diri masing-masing dan mengejar pangkat serta sibuk dgn Golf mereka. Masalah kami LLP dan pegawai muda tak pernah diambil peduli. Slogan navy exist bcos of fleet dan warga didahulukan kesiagaan diutamakan hanyalah retorik semata-mata. Semak juga keupayaan kapal penangkis periuk api. Masih mampukan kapal2 tsb melaksanakan tugas dan peranan yg sepatutnya. Aku mecabar RISLA, RISIK dan BSPP menyiasat kebenaran isu yg aku bangkitkan. Jgn kamu juga bersikap bacul menyembunyikan kebenaran dan sibuk melakukan tugas perisikan yg hanya memberi manfaat kpd umno sahaja tetapi langsung tidak memberi apa-apa menafaat kpd perkhidmatan dan negara yang tercinta ini. Sekali lagi aku katakan aku menulis demi kebenaran. Aku menulis demi meperbetulkan pembohongan. Semoga negara ku yg tercinta ini sentiasa aman damai dan terpelihara sentiasa. Amin.

    ReplyDelete