Pages

Tuesday, April 2, 2013

Parlimen Malaysia akan terbubar dengan sendiri - Kenapa?

Pada aku tak payahlah nak buat ramalan bila Najib akan membubarkan Parlimen,, dia tak bubar.. tunggu sahajalah terbubar dengan sendirinya...

Kenapa...


Tolong baca apa blogger otai umno tulis ni..



NASIONAL.


Suara sudah mula terkeluar dari dalam Bilik Gerakan PRU 13 Barisan Nasional - Adakah benar hanya 87 dan semakin menurun kerusi putih yang ada untuk Barisan Nasional. Ada cerita yang mengatakan bahawa kerusi jangkaan milik BN sudah jatuh kepada 67 dan ini memerlukan magis Najib untuk melakukan pusingan terhadap ranking Barisan Nasional dan sebenarnya meningkatkan semula kerusi milik BN. Masa semakin suntuk dan kita perlu SEGERA bangkit dari hanya menunggu pembubaran parlimen. Perpecahan undi Melayu dan kesepakatan undi Cina adalah antara punca kedudukan BN diancam. Kita memerlukan undi lebih dari 2/3 kali ini. Kedudukan Najib dalam UMNO juga akan terancam sekiranya sokongan terhadap BN - menang nipis dalam PRU 13 berlaku. Segera bangkit dengan Magis berkesan untuk PRU 13 kali ini.

Sumber : Link

Kalau sekadar 87 kerusi,, itu jangkaan blogger tu, mungkin terlalu sedikit, seratus kerusi pun umno masih lagi kalah... jadi tak payahlah nak susah kepala nak bubar-bubar kalau dah tak boleh nak memang,, memerintah lah selagi boleh ,, sehingga habis tempoh,, 

Perkemaslah dan bakarlah file-file rahsia yang boleh disabitkan kesalahan di mahkamah selepas PRU13 nanti...






No comments:

Post a Comment