Pages

Tuesday, April 2, 2013

PRU13 - Umno guna nasihat BOMOH untuk dapatkan tarikh PRU 13 ...

Bomoh apa yang umno gunakan,, bomoh sakai, bomoh tok batin bomoh siam atau tuhan kerajaan langit Ayah Pin yang juga seorang ahli Umno... Bab ini umno tak payahlah nak menafikan... sejarah lama umno adunnya kena kerat 18 oleh bomoh Mona Fendi di Tanjung Talam Pahang masih dalam ingatan..



alt

KUALA LUMPUR 2 April - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa UMNO perlu mendapat nasihat bomoh bagi menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ekoran tarikh tersebut kini menjadi tanda tanya ramai pihak.

Dakwaan tersebut dikeluarkan Hadi ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali berkenaan tarikh PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

"InsyaAllah kita akan menghadapi PIlihan Raya Umum pada bila-bila masa. Walaupun Datuk Mustapha Ali, Setiausaha Agung (PAS) menganggar tarikh-tarikh tersebut, saya yakin UMNO yang mengepalai barisan Nasional (BN) akan mendapat nasihat bomoh terlebih dahulu."

"Kerana UMNO ini percaya pada bomoh. Dia (UMNO) tanya bomoh terlebih dahulu lah nak tetapkan (tarikh) pilihan raya ini. Mungkin kalau bomoh dia tentukan kalau awal, awal lah. Tak sepertinya seperti tarikh yang Datuk Mustapha sebut tadi," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, hari ini.

Katanya lagi, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat (PR) berdasarkan kepada resolusi asas kerjasama pakatan tersebut.

Jelasnya lagi, parti komponen PR tidak sependapat dalam beberapa perkara berikutan perbezaan ideologi namun masih bersama berdasarkan prinsip PR.

"Walaupun kita berbeza ideologi. Kita faham dan bersefahaman dalam perkara yang berbeza dan kita bersatu dalam perkara yang bersama," katanya lagi.

Sumber : Link

Nak tunggu , pemimpin umno mana yang nak sangkal kenyataan Tuan Guru Presiden PAS,,,  




5 comments:

  1. Apandi suami Mona itu ex NAVY, untuk maklumat ekau jang !! masa rekrut den yg ajar dio !!

    ReplyDelete
  2. Salam Manjungmari

    Yong pun kenal beberapa orang bomoh yang didatangi pemimpin ameno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam...
      siapa bomoh-bomoh tu yong... email kat saya,, boleh popularkan bomoh tu...

      Delete
  3. Setiap tohmahan palsu perlu diakhirat.BERSEDIALAH WAHAI MANUSIA.

    ReplyDelete
  4. Salam & respect to all
    Entri yang menarik. PRU13 memang key yang hot sekarang ni. Jentera Perang Poster dan Kempen kat luar sana just tunggu semboyan aje nak bermula. Harap-harap segalanya berjalan lancar untuk kali ke 13 ni. Yang dah layak undi jangan tak undi! Itu hak kita..

    • Laman terakhir dilawati: Hootoh Blog • Track Entri: Kata-Kata Semangat Hari Pilihan RayaPilihlah calon yang terbaik demi Agama dan Negara. "Ahli-ahli politik seperti lampin. Mereka perlu berubah dan selalu ditukar ganti demi menjaga kebersihan."

    ReplyDelete