Pages

Friday, September 13, 2013

Ha ha ha,, mulai detik ini bermula bahananya, moga-moga akan berterusan.

Rasanya detik hari jumaat hari ini, maka bermulalah satu ketetepan dari pihak berkuasa kerajaan sendiri,,, terimalah..



Mahkamah perintah blogger Papagomo bayar ganti rugi RM500,000

pada 13-09-2013 10:09 

Post Pic

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan blogger Papagomo untuk membayar RM500 ribu kepada seorang ahli perniagaan yang memfailkan saman fitnah terhadapnya. 
 
Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera mengenal pasti Papagomo sebagai Wan Muhamamad Azri Wan Deris dalam penghakimannya. 
 
Ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor sebelum ini memfailkan saman fitnah 10 juta ringgit terhadap Papagomo. 
 
Beliau mendakwa blogger itu telah memfitnahnya sebagai mengaut berjuta-juta ringgit menerusi kontrak-kontrak temasya Sukan Komanwel pada tahun 1998 yang dianjurkan oleh Malaysia.
 
Vazeer memerintahkan Papagomo membayar RM200,000 bagi ganti rugi am dan RM300,000 ganti rugi teladan
 
Beliau turut meluluskan injunksi untuk melarang Papagomo memfitnah Abdul razak.
 
Vazeer berkata, keputusannya hari ini harus menjadi teladan kepada blogger-blogger yang membuat tuduhan sewenang-wenang terhadap pihak ketiga. 

Dimana Najib dan pemimpin umno yang lain,,tak kan tak boleh tolong..., mungkin tak ada masaalah,,, sekadar RM500 ribu, boleh lagi bayar,,, 
Tetapi kena ingat,,, jika mahkamah dah mula mengesahkan blogger Papagomo,, 
maka nampaknya, senarai menunggu saman yang lain akan menurut berikutlah.... saman Dato Husam, saman Anwar Ibrahim,, dan ramai lagi,,, siap sedialah.... 

10 comments:

  1. Papagomo akan dibantu oleh BN dalam stage berikutnya iaitu rayuan....so JANGAN hepi sangat dgn status ni; silap2 haribulan; akan kedengaran statement "mahkamah berkenaan tersilap dalam menjatuhkan hukuman ke atas si..." hahahahahaha kencing bau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selepas tungu giliran kita saman pula blog MANJUNG MARI.

      Delete
  2. Aduhhhh.. minyak dan barang akan naik lagi 10 sen sebab nak bantu PapaGomo(PG)ni.. Perkasa akan buat kutipan RM1 seorang dari ahlinya untuk membantu PG. Menteri Auwww kena bantu kawan rapat dia ni..

    ReplyDelete
  3. Hahaha...badan kehakiman 'dirasakan'adil lg telus jika hukuman yg dikeluarkn hnya dgn dua cara... jika berpihak kpd pr maka kehakiman itu adil lg telus...
    Wlupun secara jelas dan nyata bukti brpihak kpd pendakwa...yg pnting kemenangan kpd pr maka telus lg adil...hahaha

    Jika ada tertuduh yg disahkn ada kaitan mmberi undi kpd bn...maka hakim tak perlu nk susah payah memikirkan apa bukti atau asas tuduhan...hnya dgn mnjatuhkn hukuman kpd tertuduh maka kehakiman itu dianggap adil lg telus...dan hakim itu layak utk senarai calon ke syurga....hahaha donia donia apa pun boleh asalkn kena....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...apa isunya ko ni macai! kes 1) rampasan kuasa di Perak, mahkamah rayuan berpihak kpd UMNO/BN dan penyokong PR x puashati keputusan mhkmh berjalan spt biasa ada masalah ke? kes 2) salahguna kuasa DSAI 1998, mhkamah kata Anwar salah dan penyokong DSAI xpuashati, beliau ttp meringkuk dlm penjara 6 tahun ada masalah ke? kes 3) mahkamh mendapati Khir Toyo bersalah dan dijatuhi hukuman penjara dan tentu penyokong PR gembira, ttp Khir Toyo MASIH belum menjalani hukuman itu ada masalah ke? kes 4) bekas AP sabak Bernam didapati salah oleh Mahkamah mmbuat tuntutan palsu penyokong PR bersuka ria tp masih belum menjalani hukuman itu ada masalah ke?....tapi rakyat tak pernah lupa kisah Hakim "correct, correct, correct"!!!!!!

      Delete
    2. Hahaha...rampasan kuasa di perak...pergh dngr kan bunyi ayat maka wajib kerajaan amerika campurtangan...hahaha bhai yg anwar duk war2kn 16 sept tu utk tukar kerajaan tu berdasarkn apa....adakh dun perak dikepung dan ahli dun dijdkn tebusan dan diugut...hahaha jika nk brckp penukaran kuasa di perak oleh dr zambry dan parlimen
      malaysia oleh anuwar apa cita2 dan harapan oleh penyokong pr...adakh waktu itu istilah rampasan kuasa akan digunakn..ada kh waktu itu ada penyokong pr akan nenentang cara yg anwar gunakn...bhai jgn apa yg kita buat semua betul dan benar, dan jika terjadi pada org lain maka bebagai istilah keluar...rasuah vs sedekah...rampasan kuasa vs keadilan hahaha

      Delete
    3. ...ko ni mangkaq betoi! aku tanya apa isunya replies dr ko punya komen gak? ko plak replies aku cari part yg ko buleh berloyar buruk! patut la depa kat sini gelaq hang macam2

      Delete
    4. Bhai...sabor bhai...sabor bhai...kita boleh bincang...ha ha ha

      Delete
    5. Aku dah kata macai juragan tulis bahasa malaysia pun tak paham mangkak berayun

      Delete
  4. Inilah padah brgelumang dgn fitnah

    khianat adalah sesuku sakat dgn fitnah

    khianat & fitnah adalah gara2 rembat & rasuah

    adakah isu kominis bukan FITNAH??
    adakah isu pil kuda bukan khianat/FITNAH???

    adakah lagi DOSA yg lebih besar/BEJAT selain DOSA khianat/FITNAH??

    lebih2 lagi DOSA khianat & FITNAH trhadap jutaan/majoriti rakyt @ ummah?????



    ReplyDelete