Pages

Friday, September 13, 2013

Tukar pulak dak,, dari RASUAH ke DEMANG pulak...

Aku bukan pakar bahasa Melayu,, malah tulisan aku dalam blog ni pun haru, lingkup tata bahasa, dengan ejaan nya pun kekadang lingtang pukang,,
Tetapi dalam pada tu aku tetap alert aakn penggunaan bahasa...



Memang ada demang politik dalam Umno - Mubarak

pada 13-09-2013 11:09 Ditulis Oleh Shuhaniza Said


Post Pic

SHAH ALAM: Memangnya terdapat pemimpin 'warlords' atau 'demang politik' dalam Umno yang menggunakan wang demi memperkukuhkan pengaruh politik untuk kepentingan peribadi, kata Setiausaha Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim.

Beliau yang dihubungi Antarapos berkata, pemimpin sebegini adalah 'duri' dalam parti yang merosakkan tunjang perjuangan parti kerana menggunakan 'kuasa wang' dalam mengatur kepimpinan, tanpa mengambilkira kredibiliti serta kelayakan yang diperlukan untuk menjadi pemimpin.

Justeru, beliau menyokong penuh saranan Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar perwakilan menolak pemimpin sebegini serta mencadangkan tempoh jawatan tertentu dihadkan demi mengekang pemimpin demang politik ini.

"'Warlords' memang wujud. 'Warlords' ini mungkin boleh kita hapuskan bila kita memberi tempoh. Hadkan tempoh memegang jawatan selama 10 tahun, tiga penggal atau dua penggal cukup.

"Kecuali dia hebat, dia bertandinglah lebih atas. Kalau dia sendiri merasakan dia hebat sangat, ahli yang akan menentukan," katanya kepada Antarapos.

Di samping menghadkan tempoh sesuatu jawatan, sistem pemilihan baru yang akan digunapakai pada Oktober depan adalah cara terbaik bagi menghapuskan pemimpin 'warlords' ini, katanya.

Bagaimanapun, ia akan berkesan hanya sekiranya proses pemilihan dijalankan dengan telus dan mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.

Kata Abdul Rahman lagi, Umno akan menjadi tidak relevan khususnya kepada generasi muda sekiranya masih dibayangi pemimpin seperti ini.

"Sekiranya Umno dibiarkan dikuasai oleh golongan warlords seperti yang disebutkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, Umno mungkin akan kehilangan pengaruh terutama dari kalangan generasi muda,"ujar beliau.

he he,, tau malu juga puak-puak umno ni ya... nak sebut rasuah ,, hukumnya haram,, malah dr Mahathir sendiri kata, siapa amal rasuah umpama makan babi,,, jadi ubah kepada lemang ,,, opp silap,,, demang pulak... 
Menatang apa demang ni,, Demang Lebar Daun ka....

12 comments:

  1. (Umno) rasuah VS (pas) sedekah...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo sedekah tu salah...napa SPRM x tangkap mb khalid dgn lembu2nya?
      tapi yg pasti rasuah lembu kak ijat mmg salah...

      yampoi samsu kak pidah!!! kahkahkah

      Delete
  2. Salam Manjungmari

    Ini dah boleh dikira menghina Demang Lebar Daun...

    ReplyDelete
  3. Umno rasuah utk sedekah cai mcm juragan buat keje...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai bulan ni dah tak dapat sedekah ker sampai tak ngaku cai?

      Delete
    2. Apsal Bhai ... bulan ni sedekah lambat masyuk ker? Melilau2 sana sinipun x masyuk lagi ker?

      Delete
    3. Hahaha...klu setiap org yg beri komen dn dpt upah...knp lu org nk malu yg lu org pun cai juga...whatever bhai lu blh ckp apa saja... hahaha dah takda isu ke...

      Delete
    4. Org lain bg komen jgk tp takla 24 jam tercanguk2 kt sini..hai cai cai..ker nak panggil ko demang juragan plak? Tp ko nk melangut kat sini tak der salahnya .. dah mmg keje demang..Haha..

      Delete
  4. Umno- demangnya najib.dia tentukan siapa wakil bahagian.
    Pkr- demangnya nuar. Dia akan tentukan siapa ketua setiap ranting.
    Dap- demangnya guan eng. Dia tak bagi india undi takut jatuh.
    Pas- demangnya nik aziz. Dis akan tentukan siapa presiden dan timbalannya.

    ReplyDelete
  5. Nik aziz bagi rasuah kat galas masa pilihanraya kecil dulu ,dia kata tak salah. Kenapa orang lain buat dia kata salah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab bukan mintak balas undi mintak esakan allah saja...umno i hep u you hep me..kahkahkah

      Delete